Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, December 26, 2016

KARIPAP



Karipap Biasa


Karipap Pusing
 (Gambar ini saya ambil semasa pertandingan memasak karipap pusing), jadi sempat juga saya berlajar cara menyediakan kulitnya dari salah seorang peserta pertandingan


Bahan-Bahan

Untuk Kulit : -
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar margerin
Kedua bahan ini digaul sebati sehingga lembut. Anda boleh tambahkan margerin sekiranya doh agak kering

Bahan B
1 cawan tepung gandum 
secubit garam dicampurkan ke dalam air
Air
Kedua-dua bahan ini digaul sehingga sebati dan tidak melekat di tangan. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul, sekiranya tepung melekat ditangan tambah sedikit tepung.

Ambil bahan B dan buat bulat-bulat 
Ambil bahan A dan buat bulat-bulat

Bahan B yang telah dibuat bulat dileperkan dengan penggelek
Masukkan bahan A ke dalam bahan B, litupkan dan buat bulat
Gelekkan sehingga leper 
Kemudian gulung memanjang
Dengan menggunakan penggelek, gelek sekali lagi tapi mengikut arah memanjang
Kemudian gulung semula dan potong lebih kurang 1.5 cm
Selepas dipotong gelek semula sehingga leper
Masukkan inti

Bahan untuk Inti

Kalau anda suka inti sardin, lebih mudah. Tapi jika anda memilih untuk menggunakan inti ubi atau ayam , daging dan sebagainya agak leceh sikit penyediaannya.

Bagaimanapun hari ini saya pilih cara memasak inti ubi. Kalau anda suka boleh masukkan daging atau ayam untuk lebih sedap.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

1. 4 biji ubi kentang bersaiz besar (ubi keledek)
2. sedikit daun sup
3. rempah kari daging / ikan / rempah kurma ( ikut citarasa anda )
4. 1 labu bawang besar dipotong dadu
5. Air
6. Garam dan gula secukup rasa









Thursday, February 12, 2015

PAD PET - MASAKAN THAILAND



Sekiranya anda menggemari masakan Thailand seperti Kengsom, Pad Pet dan sebagainya. Anda boleh membeli rempah masakan yang telah siap dibungkus ini di Padang Besar. Kebetulan Kak Cik sepupu saya mencuba rempah Pad Pet yang dibelinya, memang sedap tapi agak pedas. Citarasa saya biar pedas jangan manis. Biar keluar peluh lepas makan ye tak.. Dia hanya masukkan 1 sudu besar rempah digoreng dengan ayam dan sayur. Rempah lain saya tak pasti sedap atau tidak sebab belum cuba. 


Wednesday, December 17, 2014

KERABU MEMPELAM




BAHAN-BAHANNYA

3 biji buah mempelam yang diparut memanjang
4 biji tomato di potong agak nipis
2 biji bawang besar dipotong nipis
3 sudu besar kerisik
10 biji cili padi ( ikut suka kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
1 biji cabai / cili besar  
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

1. Semua bahan di atas digaul sehingga sebati dan boleh dihidangkan


CORETAN

Kerabu ini disediakan semasa kami berada di rumah maksu Ton menanti ketibaan keluarga pihak lelaki menghantar wang hantaran. Saya hanya membantu memotong bawang sehingga menangis-nangis dibuatnya...pedih biji mata,,,hemmm. Bila dah selesai saya sempat merasa keenakkan kerabu ini. Memang sedap, terasa 3 (M) masam, manis dan masin.Untuk pengetahuan bakal mak mertua pun puji sedap. 

MASAK LEMAK CILI API IKAN HARUAN



BAHAN-BAHANNYA

2 atau 3 ekor ikan haruan
2 batang ubi keledek

Bahan A
sebatang serai
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili hidup 
5 biji cili padi ( boleh tambah kalau nak pedas )
1 cm kunyit hidup ( sekiranya anda masuk serbuk kunyit tak perlulah dimesin sekali )
1 keping asam 
secubit belacan
garam secukup rasa

Secawan santan

cara menyediakannya

1. Mesin semua bahan A
2. Panaskan dengan sedikit minyak dan tumis bahan A. 
3. Masukkan santan, biar mendidih dan masukkan ubi keledek dan masak hingga empuk
4. Masukkan asam keping dan ikan haruan tadi biar sehingga mendidih dan ikan masak.
5. oh jangan lupa masukkan garam 


Assalamualaikum, apakhabar semua. Untuk masakan pada kali ini saya sertakan resepi masak lemak cili padi (cili api ) ikan haruan dengan ubi keledek manis yang dimasak oleh Mak Cik. Sebenarnya saya pun tak tahu apa Makcik masak hari ini, sebabnya masa saya keluar rumah tadi, Kak Cik (sepupu) dah call bagitau , ada orang nak datang hantar wang hantaran untuk anak Mak su Ton. Seperti biasa saya akan masuk ke rumah makcik dan terus menuju ke dapur, membuka segala periuk belanga yang ada sebab nak tahu apa yang makcik masak. Barulah saya tahu makcik masak yang kat atas tu. Tanpa berlengah lagi, saya terus mengambil piring kecil, lalu saya isikan masakan tadi ke dalam piring. Nak rasa lah konon-kononnya. Habis satu piring...emmm sedaplah pulak,,,lalu saya tambah sedikit lagi...makan tanpa nasi sebab perut ni kecik,,,kalau dah makan nasi nanti pi rumah mak su ton dah tak boleh nak makan
Dalam hati nanti balik saya nak makan dengan nasi. Jadi bertolaklah kami ke rumah maksu Ton tapi fikiran masih melayang-layang kat periuk yang berisi ikan haruan tadi. Harap-harap tu Pak Cik tak habiskan sebabnya Pak Cik pergi mengail ikan haruan takut kalau dia balik habis semua dimakan....melopong saya nanti.

Wednesday, November 5, 2014

Sandwich




Saya akan menyediakan 2 jenis sandwich iaitu sandwich tuna dan sandwich telur, bolehlah kita namakan sandwich bertaut kasih...

Bahan-bahan untuk sandwich telur

Roti

3 biji telur ( direbus sehingga masak )
2 biji kentang ( direbus sehingga empuk )
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Mayonnaise 
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya


1) Telur yang direbus dilenyek hancur dan kemudian masukkan ubi kentang ( yang telah dilenyek ) , digaul sebati bersama telur

2) Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
3) Masukkan mayonnaise secukupnya, gaul sebati.
4) Boleh terus sapu pada roti atau simpan dalam peti sejuk untuk hidangan petang.


Bahan-bahan untuk  Tuna Sandwich 


Roti
Timun, tomato, bawang besar (dihiris), salad
Tuna dalam tin ( tuna in water )
Mayonnaise (saya suka brand ladies choice sebab ia kurang masam , apa pun terpulang kepada pilihan yang anda gemari) 
sedikit air perahan limau nipis 
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya


1) Lenyek ikan tuna sehingga hancur

2) Masukkan mayonnaise sehingga sebati dengan ikan
3) Garam dan gula
4) Perahan air limau nipis

Lebih enak disimpan dalam peti ais sebelum dimakan.



CORETAN

Semasa ambil kursus photography dulu, semua kena tahu buat, macamana nak hiaskan makanan, macamana nak sediakan ratio lighting dalam studio kerana saya memang minat advertising dan graphic. Cuma tak pandai melukis, jadi saya pohon untuk mengikuti kursus Photography. Minat memasak dan mengambil gambar pemandangan, atau apa saja yang saya rasa menarik. Inilah salah satu tujuan utama kenapa saya wujudkan blog, boleh juga berkongsi gambar dan minat dalam masakan walaupun tak sehebat Kak Cik (sepupu saya ) , tak setanding mama saya, dan tak sesedap masakan adik saya. Itupun kawan-kawan dah tanya, bolehlah buat tempahan untuk raya atau kenduri. Untuk tidak menghampakan, saya jawab boleh, kalau sampai terima tempahan mesti sedap kot...cubalah ya. 

Be innovative and creative in preparing whatever you feels like 

Sunday, November 2, 2014

TERUNG GORENG CABAI



Bahan-bahan

Terung dipotong dan digoreng sehingga kekuningan
sedikit ikan bilis digoreng
6 tangkai cili kering
1/2 ulas bawang besar
1 biji bawang putih
secubit belacan ( kalau anda suka )
sedikit perhan asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :-

1) Cili kering dipotong, di rebus sehingga lembut
2) Cili tersebut dimesin dengan bawang dan belacan
3) Tumis dengan minyak dan masukkan perahan asam jawa dan tambah sedikit air, garam dan gula tumis sehingga agak kering.
4) Boleh tambah air sekiranya anda suka kuah yang banyak
5) Akhir sekali biarkan sejuk sebelum anda masukkkan ikan bilis dan terung.

CORETAN

Masakan di atas disediakan oleh sepupu saya (Kak Cik), salah satu masakan kegemaran saya. Mesti ada pedas , sayur , sambal belacan atau kerabu. Daging dan ayam tak main ye.. ikan tak pa.Maklumlah bila dah meningkat umur ni, banyak benda yang tak boleh makan. Doktor suruh pantang, ikut saja selagi boleh, kalau rasa tak boleh sembunyi-sembunyi makan dan tanggung sendiri sakit.



Friday, October 31, 2014

IKAN SUMBAT



Bahan-bahan


6 ekor ikan kembong sederhana besar
segenggam kelapa parut
2 sudu kecil lada hitam 
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 biji telor ayam
Isi ikan yang saya kikis dari 6 ekor ikan tadi
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

1) Ikan kembong dibelah belakang, dibuang tulang dan kikis isinya mula dari ekor ke atas.
2) Tumbuk lada hitam dengan kelapa parut dan serai sehingga lumat, dan masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati kemudian baru masukkan bawang besar dan tumbuk  lagi tapi saya lebih suka bawang tersebut ditumbuk tidak begitu hancur. 
3) Asingkan dalam bekas, masukkan garam dan gula halus secukup rasa dan akhir sekali pecah telor ayam dan gaul dalam bahan tadi sehingga sebati supaya bila menggoreng ia melekat dalam ikan.
4) Sumbat bahan-bahan tadi didalam ikan dan goreng dalam minyak penuh dan panas.
5) Tekan sikit badan ikan semasa anda masukkan dalam kuali untuk menggoreng supaya isi tidak terkeluar dan goreng hingga masak.

CORETAN

Kalau ikan sumbat ni, 3 ekor saya sorang pun boleh habis, tak perlu makan dengan nasi, meratah macam tu saja atau cicah dengan sos cili. Fuhhh!!! sedap. Penyediaannya agak rumit dan leceh ketika nak asingkan isi ikan, itu saja, yang lain mudah. Makan lagi mudah dan cepat habis sebab tulang dah dibuang

Wednesday, October 29, 2014

KERABU BUNGA BETIK



Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Bunga Betik direbus sehingga lembut dan dibasuh dan toskan

Bahan A

Secubit belacan
1/2 ulas bawang besar
1 tangkai cili besar
6 tangkai cili padi
4 sudu besar kelapa parut

Bahan B

1/2 ulas baki bawang besar tadi dihiris sederhana nipis
2 - 3 sudu besar kerisek
sedikit perahan asam jawa ( boleh campur dengan santan dan perah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

1) Tumbuk semua bahan A
2) Gaulkan dalam bunga betik
3) Masukkan kerisek, perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

CORETAN

Di kampung saya memang banyak pokok betik yang berbunga, dan kerabu merupakan makanan kegemaran kami tak kira Pak Cik, Mak Cik, sepupu-sepupu pun suka. Air bunga betik digunakan untuk ubat cuci buah pinggan oleh Pak Cik, beliau merupakan pengamal perubatan islam. Bunganya kalau dibuang sayang, jadi kami buatlah kerabu. Penyediaannya tidaklah susah cuma leceh bagi yang suka buat sendiri kerisek. Kalau nak beli kerisek kena hati-hati juga sebab ada yang buat campur minyak. Kerisek yang sedap bila kelapa parut tu digoreng dengan api sederhana sehingga keperang-perangan dan hampir bertukar ke coklat, jangan sampai hitam plak ye...hangus dah namanya tu. Tutup api dan terus tumbuk sehingga pecah minyak dan mengeluarkan aroma yang wangi barulah kerisek tahan lama dan sedap untuk masakan. Hari ini saya masak kerabu betik dan ikan sumbat. Kak Cik masak terung goreng cabai dengan ikan bilis. Makan panas-panas , puas hati. Lepas tu tidur....



Monday, October 28, 2013

Masak Lemak Cili Api Keladi dan Ayam


Bahan

Keladi - rebus keladi dengan 2 keping asam keping bagi menghilangkan gatal , seperti anda nak buat asam pedas, basuh dan sejat airnya
1 biji kelapa , perah ambil santannya ( bahagi 2 mangkok )
1 keping asam keping

Bahan untuk dikisar halus
1 labu bawang besar ( kalau terlalu besar ambil sebelah saja )
2 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh tambah cilinya )
1 biji cili hidup
Halia sebesar ibujari
1 batang serai

Cara

1) Bahan yang dikisar halus dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan ( 1 mangkok )
2) Masak atas api dan masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa
3) Biar hingga mendidih dan masukkan asam keping, biar mendidih seketika
4) Masukkan pati santan 1 mangkok biar mendidih dan tutup api

CORETAN

Keladi, petai, rebung, ulam-ulaman, sambal belacan, sayur-sayuran, salad dan semua jenis masakan pedas-pedas memang kegemaran saya. Satu ketika dulu saya tinggal dengan Tok Cha dan Tok di kampung, kawasan sekeliling pada ketika itu dipenuhi dengan banyak pokok ulam, pokok keriang, pokok janggus, pokok buah pauh, jambu batu, dan macam-macam pokok ada, teringin nak makan apa,,,??? cakap saja...semuanya boleh petik kat luar rumah....saya pula dulunya suka berkebun tapi sekarang kawasan sekeliling kampung dah cerah, nak cari ulam pun payah.....bila direnung, difikir dan diimbas kembali masa lalu, sememangnya suasana dahulu lebih segar dan menyeronokkan berbanding dengan sekarang yang panas.  Zaman saya dulu lepas makan tengahari, saya akan merayau-rayau di luar , pada sebelah petang   saya dan kawan-kawan lelaki yang sama-sama mengaji Quran dengan Tok Cha akan keluar bermain depan rumah, permainan tuju tin, aci sembunyi, tembak-tembak, kejar-kejar atau panjat pokok macam tarzan tu, bila sebut pasal panjat pokok teringat saya pada pokok asam  tengah sawah depan rumah dulu, saya akan cicah garam belacan yang saya tumbuk sendiri dengan asam muda atas pokok asam atau pokok jambu yang isinya merah, kalau pokok-pokok tersebut masih ada , kemungkinan besar saya akan melakukan perkara yang sama....nostalgia rindu menggamit .....biarku leka sejenak.... 

Wednesday, October 23, 2013

Rendang Itik Dengan Betik


1 ekor itik 

Bahan A ( Ditumbuk dan dicampur dengan rempah daging serta kerisik )

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan B ( Ditumis )

2 ulas bawang merah ( diricik )
2 ulas bawang putih   ( diricik )
1/2 inci halia dipotong memanjang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih

Bahan C

3 sudu besar kerisik

Ambil sebelah biji buah betik yang tidak terlalu masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara

1) Tumis bahan B sehingga masak / garing
2) Masukkan bahan A dan tumis hingga pecah minyak
3) Masukkan santan dan daging itik
4) Masukkan buah betik
5) Biar sehingga semuannya empuk dan siap untuk makan tengahari

CORETAN

Hari ini Kak Cik (sepupu) saya akan memasak rendang daging itik bersama buah betik. Pertama kali  mencuba makan rendang dengan buah betik, kalau dengan ubi kentang atau ubi keledek dah biasa sangat. Tak sabar menunggu sehingga masak. Oleh kerana saya tidak boleh makan banyak sangat daging , saya hanya mencuba buah betik yang bersalut rempah. Rasa buah betik yang manis dan airnya yang bercampur dengan rempah begitu enak, serasi dan baunya saja sudah membangkit rasa untuk makan sekarang juga..heheh tak sabar nak tunggu sehingga makan tengahari. Tik Tok Tik Tok,,,,napa lambat sangat masa berjalan..betul ke jam tu!!!!

Monday, October 14, 2013

Halwa Cermai





Bahan

1 Kg Buah Cermai masam
Gula Lebih kurang 1/2 kilo

Cara

1) Rendam buah cermai  2 malam dengan air
2) Sejat untuk buang air yang masam
3) Masukkan ke dalam periuk
4) Tambah air biasa biar sama paras buah
5) Masak hingga mendidih, kemudian disejat
6) Buah tersebut kemudiannya  dimasukkan ke dalam periuk dan seterusnya masukkan gula sambil dikacau sekali-sekala sehingga buah bertukar menjadi warna merah
7) Biar sejuk dan simpan dalam peti ais
8) Air dari halwa cermai tadi boleh juga dijadikan jem untuk dimakan bersama roti


CORETAN

Idea membuat halwa cermai ini dari Mak Nun, orang lamalah katakan, pokok cermai depan halaman rumah saja, kalau tak dibuat sesuatu habis gugur buahnya, kalau makan dengan garam belacan pun sedap tapi kalau dah setiap hari, mungkin akan jadi penyakit lain pula, faham-faham sajalahkan..pertama kali saya makan , rasanya manis tapi sedap, sedar tak sedar habis 1 mangkok sehingga dibekalkan bawa balik 1 plastik ...

Thursday, October 10, 2013

Gulai Daging Dengan Rebung



Bahan

1 kilo daging
1 biji kelapa diperah ambil santannya
Garam dan Gula secukup rasa
1 sudu besar cili kering yang telah dimesin dengan bawang merah 


Bahan A
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang serai
1/2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit


Cara

1) Bahan A dimesin halus, gaul bersama cili mesin dan santan yang telah dimasukkan ke dalam periuk
2) Panaskan api dan kacau, masukkan daging biar sehingga agak empuk dan masukkan rebung


CORETAN

Penyediaan Cabai Kering Mesin / Cili Kering, ini memudahkan Mak Cik menyediakan masakan-masakan lain. Cuma ambil segenggam cili kering, rendam dalam air panas biar lembut. Mesin dengan 2 ulas bawang merah, simpan dalam peti sejuk. Bila perlu anda boleh keluarkan, dan tambah apa yang perlu seperti belacan kunyit dan sebagainya mengikut keperluan. Gulai rebung juga salah satu masakan kesukaan saya terutama sekali rebungnya ...nyum nyum nyum. Kalau rebung dibuat acar lagi sedap..tapi penyediaannya agak leceh sebab banyak bahan yang hendak disediakan, sekiranya ada masa saya akan masukkan resepi Acar Rebung pula...

Monday, October 7, 2013

Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi


Bahan

Bahan A ( dimesin )
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi ( kalau nak pedas tambah lagi ) 
2 biji cili hidup
2 batang serai 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit

Pucuk ubikayu direbus terlebih dahulu
1 sudu besar tempoyak
1 biji kelapa diperah 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara

1) Semua bahan dimesin tadi dimasukkan kedalam periuk dan dimasukkan santan serta tempoyak.
2) Masukkan pucuk ubi kayu, diikuti dengan garam dan gula secukup rasa.


Sumber Resepi : Mak Su
Masakan : Mak Su


Friday, October 4, 2013

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kerapu dan Keledek



Bahan A

2 batang serai
2 biji cili besar
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup

Bahan B

3 biji ubi keledek
ikan kerapu
3 cawan santan / 1 biji kelapa
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara

1) Bahan A dimesin dan  dimasukkan ke dalam periuk
2) Masukkan santan
3) Panaskan atas api
4) Masukkan ubi dan seterusnya ikan setelah ubi agak empuk
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa








Thursday, October 3, 2013

Koteow Goreng


Oleh kerana saya berpuasa hari ini, teringin benar nak makan koteow goreng dengan cili pedas manis. Untuk itu selepas pulang dari kerja saya singgah beli koteow dan tauge. Saya terpaksa berpantang dari makan daging merah, maklum saja bila dah meningkat usia, macam-macam penyakit bermaharajalela dalam tubuh. Jadinya bahan yang saya masukkan dalam koteow simple saja.

Bahan

Koteow ( saya lebih suka goreng koteow yang digunakan untuk buat koteow sup, saya ceraikan satu persatu supaya bila kita goreng nanti lebih terasa keenakkannya )

Cili kering yang telah diblend dengan bawang merah
Sos cili ladas ( sebab rasanya pedas dan manis jadi saya tak perlu masukkan gula )
Kicap pekat manis
Sos Tiram
Telor ayam 
Lada sulah

cara

1) Tumiskan semua bahan di atas dan pastikan cukup rasa pedas, manis, masin baru masukkan koteow, tauge dan daun kucai.
2) Masukkan telur yang telah dipukul keliling kuali sambil buka api kuat sikit 
3) Kacau seketika, tutup api dan masukkan lada sulah


Ini pula bahan untuk buat sos cili pedas manis , enak dimakan bersama koteow goreng dan koteow sup

Bahan

8 - 10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
gula pastikan masuk lebih sikit 
garam secukup rasa
perahan air limau nipis ( pastikan agak masam )

Cara

1) Tumbuk cili, bawang putih, belacan
2) Masukkan garam, gula dan akhir sekali perahan air limau nipis atau anda boleh menggantikan dengan cuka.  

Anda cuma perlu cuba mengadunkan bahan-bahan ini dengan betul, supaya rasa, manis, masin, pedas dan masam dapat dirasa bila makan. Sebab adakalanya sos anda mungkin rasa masin saja atau manis dan kurang masam dan sebagainya. Sebelum masuk entry masakan ke blog mesti ada tester, bila Mak Cik kata sedap so okaylah , kalau tak sedap saya tak nak masukkan dalam blog.

Selamat Mencuba






Tuesday, October 1, 2013

Apom Beras


Bahan

2 cawan tepung beras
1 packet eno 
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air
1 cawan nasi disejukkan 
1/4 cawan air suam kuku
1/2 cawan gula pasir

Cara

1) 1 cawan nasi diblend dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukkan gula dan blend semula
2) 1/4 cawan air suam kuku dicampur dengan 1 sudu teh yis dibiarkan selama 10 minit
3) Tuang campuran yis ke dalam campuran nasi tadi
4) Masukkan tepung beras dan mesin dalam 2 hingga 3 minit
5) Biarkan sehingga 3-5 jam ( adunan akan mengembang dan menjadi ringan dalam tempoh ini )
6) Akhir sekali masukkan eno dan blend dalam 2 minit
7) Panaskan kukus, masukkan adunan dalam cup kek dan masak lebih kurang 6- 10 minit atau sehingga apom merekah )





CORETAN

Semasa anda blend nasi, anda akan mendapati adunannya agak pekat, jangan tambah air. Teruskan dengan bahan-bahan lain dan dengan sukatan yang diberikan, kerana adunan akan mengembang dan menjadi lebih ringan selepas dibiarkan dalam tempoh yang diberi. Sila guna acuan yang agak tebal kerana bekas yang sepupu saya gunakan agak nipis , jadi dia masukkan pula ke dalam bekas yang tebal ( lapik 2 kali ) supaya apabila ia mengembang taklah jadi macam bunga Raflesia ,   masukkan jangan terlalu penuh, lebih kurang setengah dari cup kek anda.



Masakan : Kak Cik

Selamat Mencuba

Monday, September 30, 2013

Asam Pedas Keladi


Bahan

keladi dibuang kulit, direbus dengan asam keping sehingga lembut

Bahan untuk dimesin :-
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
6 tangkai cili kering / boleh tambah kalau suka pedas

Lain-lain bahan yang diperlukan

1 batang serai diketuk
4 ekor ikan direbus dan ambil isinya
Asam keping secukupnya
sedikit kunyit
Garam secukupnyakeladi

Cara

1) Bahan-bahan yang telah dimesin dicampur dengan sedikit serbuk kunyit dan air kemudiannya direbus / dipanaskan
2) Masukkan serai, isi ikan dan asam keping
3) Masak biar mendidih
4) Akhir sekali masukkan keladi 


Sumber Resepi : Mak Cik
Masakan : Mak Cik


CORETAN

Di sebelah Utara tanahair, asam pedas rebus keladi ini memang terkenal, kalau di Selatan tanah air, asam pedas ditumis dengan minyak, pun sedap juga. Saya belajar memasak kedua-duanya sekali. Ada juga di antara asam pedas rebus, ikannya dimesin agak halus dan dimasukkan bersama keladi dan dimakan bersama nasi ulam. Sebut nasi ulam terasa pulak malam-malam buta ni nak makan...jom cari ulam!!!! 





Thursday, September 26, 2013

Bengkang / Bingka Tepung Beras


Bahan

3 cawan tepung beras
campuran santan (RM3.00) dan air pandan jadikan 6 cawan
3/4 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 biji telor
1 sudu besar planta
secubit garam

Cara

1) Gaul semua bahan dan panaskan sekejap sambil dikacau
2) Masukkan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak- Mak Su menggunakan pemanggang 

Sumber Resepi : Mak Su
Masakan : Mak Su


CORETAN

Hari ini seperti yang dirancang kami ke rumah Mak Su di Sg. Petani. Kalau di sebelah utara disebut bengkang dan air kopi telah tersedia di atas meja. Perjalanan tidaklah jauh sangat , lebih kurang 2 jam, bila ternampak saja bengkang, tanpa berlengah lagi terus saya masukkan ke dalam mulut. Hemm!! sedap, ambil satu lagi masukkan ke dalam mulut, sedap memang sedap, dari satu dah jadi dua dan seterusnya hingga terlupa bertanya tuan rumah dah makan atau belum. Bila dah sedap mestilah nak tahu resepinya, Mak Su tidak kedekut ilmu , satu persatu bahan-bahan yang perlu untuk membuat bengkang ini saya catatkan dalam buku. Sepupu saya tidak perlu membuat sebarang catatan, dia ingat dalam kepala sahaja. Itu pun kejap tadi baru telefon dia, sebab saya catatkan gula sebanyak 3 1/4....macam tak betul saja...jadi saya telefon untuk pastikan jumlah sebenar, rupa-rupanya 3/4 cawan gula, mungkin telinga dah kurang pendengaran sebab usia dah makin meningkat, boleh kencing manis dibuatnya kalau sebanyak itu yang dimasukkan, lain yang diberitahu lain yang ditulis. Kalau saya sebagai reporter dah banyak kali kena saman. Akhir kata , ucapan terima kasih kepada Mak Su di atas resepi yang diberikan. 

Selamat Mencuba kepada semua yang sentiasa mengikuti blog saya walau dimana saja anda berada. 

Ikan Cencaru Bakar


Bahan

2 ekor ikan cencaru ( dibersih dan di belah belakang dan dilumur garam )
6 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah kari
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Garam dan gula secukupnya

Cara

1) semua bahan dimesin halus kecuali rempah kari, garam dan gula
2) Masukkan ke dalam mangkok
3) Masukkan rempah kari , gula dan garam secukupnya
4) Sumbat bahan ini ke dalam belakang ikan yang telah dibelah tadi
5) Bakar atau goreng terpulang pada anda, kami guna pemanggang ajaib yang dilenserkan dengan minyak






Tuesday, September 24, 2013

Ikan Sepat Masak Cili Padi


Bahan

Ikan sepat menua digaul dengan garam kunyit dan digoreng garing
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah ( boleh juga gantikan dengan 1 labu bawang besar )
2 tangkai cili hidup
10 tangkai cili padi
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram ( jika anda suka )
sedikit belacan
sedikit air perahan asam jawa
Gula dan garam secukupnya


Cara

1) Bawang, cili, belacan dimesin halus
2) Ditumis dan dimasukkan sedikit air
3) Masukkan sos tiram, kicap dan air perahan asam jawa
4 ) Gula dan garam secukupnya
5) Masak hingga kuah agak pekat dan tutup, biar sejuk sebelum dimasukkan ikan.

sekiranya anda menggunakan kicap manis, anda perlu kurangkan gula.


CORETAN 

Terkenang kisah zaman kanak-kanak dulu, masa duduk dengan Tok Cha dan Tok, saya ni suka sangat makan ikan darat, maklumlah dulu mana ada duit nak beli ikan laut, sumber ikan yang paling banyak ketika itu ikan daratlah, Tok Cha dengan Pak Cik memang suka sangat menjala ikan, segala ceruk kampung yang ada sungai dijalanya, saya dengan Tok menunggu dengan sabar dari pagi sampai petang sebabnya kami berdua akan menjadi mangsa menyiang ikan, tapi tak pa seronok bila Tok Cha buka saja bekas ikan, wah ikan sepat menua, lampam, sebesar tapak tangan, masih hidup dan segar, macam-macam jenis ikan darat mereka bawa pulang, paling saya suka ikan sepat menua dan ikan puyu. Tok Cha suka ikan sepat menua yang saiz comel-comel tu digoreng dengan tepung, meratah panas-panas, sedapnya. Ikan puyu dibuat masak asam pedas atau dibuat masak cabai (cili api)...fusssshhh bertambah-tambah nasi. Tok Cha juga pandai buat jala untuk dijual, pernah masa ketiadaan mereka saya mencuba jala yang ada , saya tebarkan atas rumput kononnya nak cuba menjala lepas tu saya cuba pula dalam sungai berdekatan rumah. Mula-mula itu banyak juga ikan yang saya dapat , beberapa kali tebar jala, bukan ikan saja yang dapat ular air pun terperangkap dalam jala. Apa lagi melompatlah saya, jala ke mana, ikan ke mana , orang nya lari lintang pukang, terpaksalah tunggu Tok Cha balik buang ular dari jala..  saya dengan ular ni geli sikit , selepas kejadian itu saya tak pernah menjala ikan lagi dah, pernah juga saya mengikut Tok Cha menjala ikan , saya akan bawa bekas ikan dan buang sampah-sampah pada jala, memang nostalgia tapi sekarang keadaan kampung yang dulunya dihuni puluhan dan beranika jenis ikan sudah tiada lagi, entah ke mana menghilang ikan-ikan tersebut, sungai sekarang dah bertambah elok cuma penghuninya pula tiada. Sedih......  Masa tinggal dengan Tok , tiap-tiap petang kami akan memancing dalam sawah padi berdekatan rumah...umpan cacing. Tak sampai 15 minit dah beberapa kali Tok asyik menyentap pancingnya yang dimakan ikan puyu...saya nak dapat seekor pun susah, mulalah tukar strategi, memancing bersebelahan dengan Tok dan pancing di lopak yang sama,, Tok pun beralah biarkan saja cucu mencuba nasib , sekali sentap  batang pancing sampai 360 darjah, ikan yang lekat pada mata kail terpelanting ke petak sebelah , melepas ikan...terdengar suara Tok ...jangan sentap kuat sangat kail tu,  sentap sikit saja kata Tok, kawasan sawah padi yang dulunya banyak dengan ikan sekarang dah kurang, mungkin juga penggunaan jentera membajak menyebabkan ikan berkurang ataupun penggunaan racun yang agak kuat. Hanya Allah saja Maha Mengetahui........ 

Sumber Resepi : Tok
Masakan : Penulis Blog