Monday, December 30, 2013

Muzium Padi, Kedah

Assalamualaikum semua,

Hari cuti minggu lepas saya dan sepupu ke Muzium Padi dan Pusat Sains di Kedah. Bila melihat alatan yang digunakan dari pada menanam sehingga menuai padi, terkenang-kenang semasa dulu, dulu mana ada traktor, bajak sawah dengan kerbau, masa belasan tahun dulu saya memang suka sangat potong padi guna pisau pemotong dan pernah juga cuba membanting padi...saja cuba-cuba dan bila peralatan tersebut dipamerkan di muzium ini terlintas sejenak gambaran ketika zaman belasan dulu...


Gambar ini diambil disebelah belakang bangunan muzium


Front View menghadap Gunung Keriang



Tiket RM5.00 ( dewasa ), kanak-kanak RM2.00, Bayar dulu baru masuk ikut pintu ini dan naik tangga perlahan-lahan ye, takut jatuh. Sampai di atas anda boleh ambil tempat duduk sambil ia bergerak perlahan-lahan dan di hadapan anda terdapat lukisan pemandangan sawah padi yang merupakan lukisan hidup yang cukup menarik seperti yang saya paparkan di bawah






Dalam banyak-banyak gambar, gambar seorang ibu dan anak yang paling menarik minat saya












Oleh kerana tripod tertinggal dalam kereta, saya abadikan gambar sepupu dan Mak cik je...

Minta Kak Cik tolong ambil gambar saya, jadilah dapat satu gambar pun....nak tunjuk juga keseronokan melawat muzium padi ni..

Dulu kalau pergi sawah pakaian yang selalu dipakai Tok lebih kurang macamnilah. Sekarang saya rasa dah tak pakai kain dan baju kurung lagi, ramai yang mengenakan seluar atau kemeja lelaki berlengan panjang 































oh Basikal Tua, teringat masa tengah sekolah rendah, bila ketinggalan bas, Tok Cha ( Datuk  Lelaki ) akan kayuh basikal tua sebiji rupanya macam ni bawa saya ke sekolah, bahagia sekali. 














Di antara cenderamata yang anda boleh beli sebagai kenangan untuk dibawa pulang.



















Selepas ke Muzium Padi kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara yang terletak tidak jauh dari situ.





Teringin juga nak main bersama tapi siapa pula yang nak tolong ambil gambar. 


Nasib baik jumpa cermin dapat juga abadikan gambar sendiri tapi kenapa nampak pendek je....


Budak-budak lebih suka di sini dari Muzium Padi, masuk percuma dan macam-macam ada, cuma tak banyak gambar yang saya ambil. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami bertolak ke tempat makan 'Gulai 7 Kawah' sebelum meneruskan perjalanan pulang.


Hemmmm....kenyangkan perut anda dengan ayam bakar tempayan dan daging kambing bakar tempayan. Hati pun senang ,,,jom balik!!!