Showing posts with label Tempat Menjamu Selera. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menjamu Selera. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

LAKSA, MEE KARI DAN CENDOL




Laksa


Mee Kari


Cendol


Minuman yang disediakan dalam bekas , nampak menarik, kalau beli untuk jamuan hariraya pasti lebih mudah cuma bimbang satu, mungkin mudah pecah


Kedai Kak Na yang terletak di Utan Aji, jalan menuju ke Gunung Medan, Perlis. Saya suka laksa di sini , manakala teman-teman saya memilih Mee Kari sebagai makanan tengahari dan Cendol. kata mereka Mee Kari nya pun sedap. 

CENDOL



Cendol Biasa dan Cendol Pulut


Saya lebih gemar makan cendol biasa, sepupu saya memilih untuk mencuba cendol pulut


Gerai CENDOL POWER di Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Kedah, gerai tepi jalan besar tak jauh dari 1 internet Malaysia. Gerai ini hanya menjual Cedol Biasa, Cendol Pulut, Cendol Tapai. Apa yang saya suka, ia tidak menggunakan santan, dan bahan-bahannya seperti kismis, sedikit jeruk betik dan lain-lain amat sesuai dengan citarasa saya. Dan tak manis sangat.. Bagaimana dengan anda?? Saya diberitahu gerai ini dibuka setiap hari bermula pukul 2.00 petang sehingga pukul 6.00 petang.

Tuesday, July 9, 2013

Cendol




Kalau anda di Perlis, ingin menikmati cendol, boleh cuba di sini


Restaurannnya juga bersih, dan hanya 3 minit dari Bandar Kangar cuma ia terletak di seberang jalan menuju ke Padang Besar, anda boleh buat U-turn atau menikmati hidangan cendol selepas shopping di Padang Besar.


Menjual cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai, cendol laici dan cendol special di samping itu anda juga boleh menikmati bihun sup, nasi ayam dan laksa. Menurut pengusahanya penggemar cendol yang datang akan memesan cendol dengan nasi ayam.


Amboi member saya, Nun.....lupa kawan , pulun sungguh..mmmmph, pelan-pelan nanti tersedak cendol!!! Oleh kerana saya sudah kekenyangan kami hanya pesan 2 cendol laici dan 1 bihun sup.


Nasib baik restauran baru buka taklah ramai sangat orang, bolehlah ambil close-up sikit, kalau tidak orang pun hairan, kawan makan tak ingat dunia, heheh

Berminat? Jangan tak cuba , nombor telefon sudah tertera di atas sekiranya anda sesat.

Saya mengucapkan semoga sampai ke destinasi dengan selamat

DAN

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA.

Sunday, July 7, 2013

Laksa Kuala Perlis




Laksa Kuala Perlis sememangnya terkenal dan mendapat sambutan di kalangan sesiapa saja yang menggemari makanan ini.   Kalau di Perlis , laksa bukan saja dimakan begitu saja tapi ada juga yang memakannya bersama dengan pulut udang ataupun kuih sepera yang bentuknya seperi karipap tapi berintikan kelapa dan bahan-bahan lain.



Ini kuih sepera yang saya maksudkan , boleh anda dapatkan juga di gerai laksa ini 


Jaga kecantikan walaupun berniaga (bedak sejuk) tak tinggal kakak ni, patut pun gebu je kulit muka..seputih laksa

Selain dari laksa, beranika jenis kuih muih juga dijual di sini tapi favorite saya adalah laksa dan sepera. Sebenarnya saya pun tak pernah makan laksa dengan pulut udang atau sepera tapi melihat rakan yang makan, saya pun kata, apa salahnya mencuba. well okay juga cuma rasa tak mcam laksa original sebab kuah dah bercampur dengan pulut dan inti kelapa, tapi masih enak ditambah dengan ulam dan sedikit cili potong dan kicap ,,,mmmmmmph..power!!

Selepas ambil gambar saya beli 1 kilo laksa dengan harga RM8.00, kalau sebelum ini hanya RM6.00 untuk makan dengan sepupu.



Lihat saja anak sepupuku ini, memang suka sangat dengan laksa sehingga tak sedar saya sedang mengambil gambar dia. 

Sekiranya anda teringin sangat nak menikmati laksa, di mana-mana saja anda boleh dapatkan di gerai-gerai di Kuala Perlis atau pun di Kangar. Lain orang yang buat lainlah rasanya, sekirannya anda berminat untuk mencuba laksa dan spera di atas anda boleh menghubungi nombor ini untuk tempahan atau membelinya.

No. telefon :- 012-5876150


Friday, June 28, 2013

Restaurant Ikan Bawal Panas


Lunch Time at Restaurant Ikan Bawal Panas
Location : Kangar, Perlis, Malaysia


with my cousins and aunt



Ulam-ulam kegemaran saya , kacang bendir rebus, betik rebus, ulam raja, selom, terung rebus dan macam-macam jenis untuk awet muda. If you want to look younger and healthy you need to include ulam ( salad )in your dishes everyday and that's what I am trying to do today and everyday :-))




Restaurant ini menghidangkan berbagai jenis masakan dan ulam-ulaman serta ikan bakar di samping set ikan bawal panas (RM7.00 sahaja mengikut kadar semasa.)  Harga tidak termasuk tambahan lauk pauk lain dan air.






Ayam Percik



 Sotong Masak Merah - Jangan tak cuba kalau anda ke sini



Dimakan bersama jeruk maman dan ikan bakar serta sambal belacan menambah lagi selera anda.



Pelbagai jenis lauk yang disediakan mengikut selera kampung dan pastinya menambat selera anda.






 Sementara menunggu makanan yang kami pesan dihidangkan saya sempat mengambil gambar suasana di dalam restauran dan keadaan di luar . Apa yang menarik restaurant ini bersebelahan dengan sawah padi yang menghijau dan restaurannya juga bersih .



Diantara masakan yang kami order, kerabu, sotong masak sambal, ikan bawal goreng, ikan keli goreng, ayam goreng, gulai untuk 3 set hidangan serta air cincau.


Makanan pun sudah terhidang di hadapan mata, baca doa makan dulu oleh sikecil yang baju biru dan sikecil baju kuning . Kalau pasal baca doa memang pandai sampai erti bacaan pun mereka hafal. Alhamdulillah bagus macam tu. 




Apa tunggu lagi, mailah kita makan pelan-pelan sebelum orang lain habiskan. Makan kena ada strategi, duduk biar dekat dengan kanak-kanak sebab mereka makan sikit, kononnya tapi tengoklah apa sudah jadi....


Ini baru mula....1, 2, 3



Set 1, dan set 2 dah licin, kita cuba tinjau set untuk kanak-kanak, mana tau boleh curi-curi sikit, budak-budak tak kisah..


Habis licin set untuk kanak-kanak... hampa hampa heheh. Cuba tengok sikecil dalia, orang lain semua dah habis dia paling last sekali menghabiskan hidangan dengan begitu berselera sekali. 


Sedapnya tengok Dalia makan




Ha...sampai senget tudung punya sedapnya masakan di restaurant ini.  Orang lain semua dah habis makan, tinggallah sicomel lote ni,,, pulun lekas , lekas. Menikmati makanan secara perlahan-lahan dan menghabiskannya adalah lebih baik dari cepat habis tapi tak jugak kenyang. 

Sessi makan dah selesai,  sessi bergambar pulak


Perut dah kenyang, senyum pun lebih lebar dan lebih manis


Wajah-wajah kenyang kategori budak-budak hehehe


Wajah-wajah kenyang kategori dewasa dan veteran




Soal makan tiada yang menang dan kalah dalam kategori yang dipertandingkan kerana semuanya pemenang yang penting masing-masing perut kenyang.



Sila tuan sila lah datang , nikmati hidangan Melayu Asli  

Saturday, June 15, 2013

Otak-Otak






Terima kasih untuk adik atas kiriman gambar ini. Maklumlah beliau dan suami kerap juga mencuba bermacam-macam masakan. 

Monday, June 10, 2013

Nasi Lemak


Location : Beseri, Perlis, Malaysia



Nasi Lemak lauk ikan kering




Gerai ini terletak bersebelahan dengan Pusat Perlancongan Bukit Temiang, Beseri, Perlis. Menjual berbagai jenis kuih, laksa dan yang special nya Nasi Lemak dengan beranika jenis lauk seperti sambal bilis dan telur, ayam, sardin, sambal ikan kering, sambal sotong. Sekiranya anda ke sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa nasi lemak, kuahnya yang tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu pedas, bukan sekadar sedap mata memandang tapi sedap mulut yang merasa. Sepertinya mahu tambah lagi sepinggan ni! lauk lain pula!
















Friday, June 7, 2013

Pasembor

PASEMBOR - BB D'KUA , Kodiang, Kedah


What is Pasembor ??well.. It's a mix salad consisting of shredded cucumber, bean curd, turnip, bean sprout, prawn fritters, fried crab, radish and hard boiled egg. 



RM3.00 ( special ) 

It is served with sweet and spicy nut sauce. There a people who like sweet sauce but I prefer hot and spicy. If you happened to be here in Kodiang, Kedah. You can try Pasembor at BB D' Kua which is located at the centre of Kodiang near Masjid Jamek, Kodiang.

















Persekitaran gerainya bersih, selain dari Pasembor, laksa dan mee rebus juga ada di sini. Harganya murah dan sedap. Menurut Kak BB, beliau telah mula berniaga lebih dari 14 tahun yang lalu.








Sekiranya anda ke Perlis, boleh singgah di Kodiang, Kedah untuk menikmati Pasembor  dengan harga RM2.00, special RM3.00 dan minuman dengan hanya RM1.00 tidak termasuk minuman juice atau berpaket.