Sunday, May 26, 2013

Unique Traditional House

Yesterday I discovered a unique house which attract me to capture some photos for my blog. I found it very interesting because of its design. Luckily the owners were kind and allowed me to take a few shots of their house. 





Backyard view



side view






Front view








According to the owner, this house was completed in one year. The design of the house came from the combination ideas from the owner and the architect.






Stairs of the entrance


The house is situated by the riverside and facing the paddy field and it's so lively with an amazing view. 


Beautiful Malay's traditional carving  on both side of the stairs


















View from the Gazebo in front of the main entrance of the house












car porch which is under the house


















I would like thank the owner for their kindness for allowing me to take the above photos


Thankyou

Friday, May 24, 2013

Kek Minyak

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ada temujanji dengan kawan untuk buat 'Kek Orang Minyak " sorry, sorry Kek Minyak. Oleh kerana dia sibuk terpaksalah saya yang buat , dia jadi Tok Guru. Saya kalau pasal buat kek atau biskut, minta tolonglah tak pandai tapi kalau masak untuk makan insyaallah , nak kata sedap tu taklah sangat tapi boleh bagi banyak jugak bintang tu. 


Gambar ini diambil berlatarbelakangkan sawah padi di belakang rumah beliau, kalau nak tahu gambar latarbelakang blog yang saya gunakan sekarang ini , kat sinilah tempatnya, Kek Minyak yang warna hitam tu, yang sebelah tu kek biasa je.




Kawan saya ni, pandai masak, mak dia pulak pandai buat kuih dan pekasam, selalu orang buat pekasam ikan darat je tapi tangan mak dia ikan laut pun menjadi. Bila saya suruh dia buat kek ni untuk saya muatkan dalam blog, dia kata ok tapi dia akan ajar saya, dia jadi Boss hehehe dan dia suruh saya beli bahan-bahannya seperti di bawah ni :- 

Bahan-bahan

1 cawan gula castor halus
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung blue key
3 biji telur ayam
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas

Cara

1) Kacau gula castor dengan minyak masak hingga kembang
2) Masukkan soda bikarbonat, kacau sebati
3) Masukkan esen vanila dan kacau
4) Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati
5) Masukkan tepung blue key
6) Pukul telur 3 biji tadi hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan di atas. Kacau hingga sebati
7) Masukkan 1 cawan air panas dan kacau sebati
8) Pastikan loyang anda telah dilapik dengan kertas minyak sebelum adunan ini dituang ke dalamnya
9) Masak dalam oven selama lebih kurang 50 minit dengan suhu 70 darjah celcius

CELOTEH

Alhamdulillah nasib baik menjadi, tapi tulah buat kek dan biskut bukan kepakaran saya, setiap kali masukkan bahan dalam adunan, mesti tanya betul ke ni Nun, lepas tu buat apa pulak, sampai baju dan seluar kotor dengan coklat , habis bertabur coklat dalam rumah beliau. Padan muka saya hhehee..apapun terimakasih banyak ye Makcik dan Nun. Mula-mula tu dia tanya tak nak cuba guna pembakar ajaib ke masak, saya tak berani lah pulak mencubanya sebab saiz pembakar yang ada besar sikit so kami bakar dalam oven



Ini halaman rumah beliau, sebelah kirinya sungai sebelah kanannya ada sawah padi, cantik sangat.




Masa saya pergi tadi cuaca kejap panas kejap hujan, angin pulak tu bertiup lembut sekali sekala ganas..hehehe. Kawasan sekeliling rumah beliau banyak pokok mempelam, bunga dan ulam-ulaman. Mereka ajak makan tadi tapi saya berpuasa, lain kali ye ajaklah lagi, kita pekena sambal belacan dan ulam...menitis  lagi air liur. Sekali lagi saya ucapkan terimakasih banyak pada To Guru dan Makcik. Jumpa lagi untuk resepi yang lain pula.

Wednesday, May 15, 2013

Tudung Dan Telekong

Perusahaan menjahit berbagai jenis tudung dan telekong ini terletak di Batu 5, Jalan Kuala Perlis. Perusahaan ini mula beroperasi lebih kurang 5 tahun yang lalu dan telah mendapat tempahan yang meluas.








Tudung yang dijahit dan dihasilkan di sini




Ini di antara tudung yang telah mendapat tempahan pelanggan 




























Best Buy







Tudung-tudung yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kualitinya memenuhi citarasa pelanggan. 








Telekong berenda dan kain yang dihasilkan dengan  pelbagai warna  



Dan juga  mini telekong tanpa kain untuk pelanggan beliau








Menurut pengusaha berkenaan beliau menjual dan menerima tempahan menjahit beraneka jenis tudung  dan telekong mengikut kesesuaian warna dan kain yang dikehendaki pembeli. Bagi mereka yang berminat untuk membeli atau menempah, anda boleh menghubungi nombor atau datang terus ke ev's Hijab.