Sunday, May 5, 2013

Rumahmu Syurgamu

Assalamualaikum semua,

Apakhabar? Dah pergi mengundi atau anda mengunci diri anda dalam rumah sehingga selesai undi?  Ni nak cerita la sikit, lepas mengundi tadi perut mulalah lapar, sempat jamah 2 biji bahulu dan air sejuk sebelum keluar mengundi. Lepas mengundi malas pula nak masak sebab dah tengahari jadi kami cadang makan dekat gerai yang berdekatan saja.




RM6.00 dengan teh ais. Nape mahal ke??Saya memang gemar ikan keli goreng, sayur mesti ada dan sedikit sambal, lengkap. Banyak lauk dan kurangkan nasi untuk maintain hehehe. Ekor ikan pun sampai terkeluar pinggan , kira oklah RM6. Habis nak kata pe, beli dulu baru bayar.





Lepas makan saya cadangkan kami ke Kuala Perlis nak cari keropok udang lipan dan meninjau lokasi-lokasi menarik untuk dimuatkan dalam blog. Kami drive sepanjang persisiran pantai untuk menikmati udara segar di tengah panas matahari..cuaca panas pun segar ke? Ada orang tolong bawa kereta dah kira ok, so jangan cakap banyak. Keadaan disekelilingnya tenang sekali, kalau sebelah petang anda akan nampak ramai orang yang duduk atas batu-batu dan yang menjamu selera di gerai seberang jalan sambil menghirup udara petang dan melihat matahari terbenam. 



Di sepanjang jalan banyak bendera-bendera yang dipasang dan orangramai masih lagi keluar mengundi cumanye, saya rasa tak banyak yang keluar seperti pilihanraya sebelum ni. Walau apapun tak usahlah kita berbicara mengenai politik, dah tak pandai nak memandai pulak. so kami berhenti solat di masjid. TIBA-TIBA...chewah !!! mata saya terpandang bentuk unik yang kat bawah ni, wah cantiknya!!, 




Homestay ke? Chalet ke ? restauran ikan bakar ke? sama sekali saya tak sangka ianya rumah,so apa lagi dah dapat idea nak masuk citer ape dalam blog. Chalet di tengah sawah padi tajuknya konon. Bila ditinjau-tinjau tak ada plak papantanda, untuk dapatkan kepastian kami singgah di gerai makan yang berdekatan, menurut tuan kedai , itu adalah rumah....maka terbantutlah seketika idea saya nak muatkan gambar dalam blog. Dengan berat hati dan kecewa yang teramat-amat sangat, (melebih-lebih pulak citernye) kami pun memandu sehingga lebih kurang 10KM, saya kata stop kita patah balik, saya pun memberanikan diri bertemu dengan tuan rumah yang pada ketika itu sedang menonton TV,, Nasib baiklah mereka benarkan, terimaksih banyak2 ya..:). Agaknya macamni lah rasanya jadi reporter , entah boleh entah tidak ,

                                                                                                                                                                  
Ok!! saya bukan reporter so tak nak celoteh panjang atau mengarut yang bukan-bukan dalam blog ni. Di sini saya cuba mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan dalam blog kerana saya rasa rumah ini cukup unik dan menarik.










Halamannya cantik dan di tengah tu pula ada meja , sukanya saya kalau tengok laman yang hijau, tenang rasanya macam tinggal di satu tempat lain dengan suasana yang berbeza.


Macam rumah terapung dan dikelilingi pula sawah padi, kan best kalau ada ikan boleh tiap petang pancing ikan, salah satu hobi saya tapi sekarang dah tak pancing lagi atas sebab kesihatan.







Lupa pulak tanya siapa punya idea kreatif buat rumah ni, maklumlah bukan reporter, nama tuan rumah pun lupa nak tanya, adoi, kalau betul kerja sebagai reporter , awal-awal dah kena pecat.













Saya dapat bayangkan betapa cantiknya pemandangan pada sebelah malam,  kalaulah boleh ambil gambar waktu malam bagus juga, tapi sekarang musim hujan tak pasal-pasal jatuh dalam air.









Rumah adalah tempat kita menghabiskan sisa hidup dan rumah  merupakan tempat kita berlindung , kecil atau besar, cantik atau buruk , hendaklah kita hargainya kerana ia adalah sebahagian dari hidup kita. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih pada mereka yang memberikan kebenaran dan menyambut baik kedatangan saya Hakikatnya rakyat Malaysia ini memangnya peramah dan berbudi bahasa. Tak lokek senyum dan pandai bergurau. Di sini saya akhiri dengan serangkap pantun


Terlalu asyik membaca buku
Tidak sedar masa berlalu
Rumah itu adalah syurgaku
Moga bahagia dan kekal selalu 



TERIMAKASIH