Assalamualaikum semua,

Ulam Kacang Kelisa, bendir, pucuk Paku Rawat, Ulam Tepuih, Rebung, Pucuk Janggus/Gajus., Pucuk Kadok dan yang tengah sekali tu terong.
Saya memang gemar ulam, kalau tak ada ulam dan sambal atau sayur, kemungkinan besar saya tak makan, tengok saja kawan makan. :)
Banyak pilihan sambal , tengah fikir ni mana nak pilih
ini kalau cicah dengan ikan keli bakar...menyengat..tapi sambal yang kat bawah ni pun sedap jugak...tak boleh jadi ni!! Sambal dah pilih, mesti ada kerabu sikit, ikan keli bakar...dan air. Cukup!! Makan yang ini dulu...
Sambal Ikan Tuka
mak aii,,pecah air liur tengok sambal kat atas. Cicah dengan ulam dan ikan bakar , bukan 1 kali tambah nasi ni, bertambah-tambah dibuatnya. Alah bukan selalu , balik nanti diet la. Memang rugi besar kalau tidak mencuba. Kalau anda tak tahan pedas, anda boleh cuba lauk pauk yang lain atau minta saja makanan bergoreng.
Somtam
Sambal Buah Kuinin
Pucuk Tepuih - baunya wangi dan sedap
Ulam Paku Rawat
Ikan Tamban Kering
Ikan Gelama Kering
Ini belum masuk ikan bakar, gulai ikan puyu, dan beraneka jenis makanan dan masakan yang pastinya membuat anda akan datang lagi untuk kali kedua dan seterusnya.
Gulai Ikan Puyu
Ini bukan ikan puyu sembarangan, menurut pengusaha restauran ini ia dibeli khas dari Nakhorn, Thailand.
Masak Lemak Cili Api pucuk Paku (kegemaran saya)
Sayur Manis Rebung
Masak Kicap Pedas Paru
Berbagai jenis sayuran
Ikan Puyu Bakar
Ikan Keli Bakar
Restauran ini juga pernah dikunjungi oleh krew jalan-jalan Cari Makan. Ianya terletak tidak jauh dari Bandar Kangar, lebih kurang 5 minit dan anda boleh singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Besar.
Memang selesa makan di sini, disajikan pula dengan lagu-lagu nostalgia ketika anda menikmati hidangan anda.
Minuman Puteri Chiangmai
Kerabu Tauge
Kerabu Jantung Pisang
Kerabu Kacang Kelisa
Kerabu Daun Selom
Bubur Jagung
Serawa Pisang
Di samping lauk pauk dan masakan bergoreng , restauran ini juga ada keunikannya sendiri, anda boleh mencuba beraneka jenis bubur, kalau anda tak berselera makan nasi anda boleh cuba bubur atau anda boleh bungkus bubur selepas makan, wah!!! sedapnye!. Lepas makan nasi, makan bubur pulak, lepas tu cuba beraneka jenis minuman seperti Puteri Chiangmai, Jus Poligami dan banyak lagi minuman yang terdapat di sini. Konsep 3 dalam satu restauran , menyediakan tempat menjual pakaian dan juga tudung.

Anda boleh menjamu mata melihat pakaian dan tudung Pilih dan beli jika berkenan di hati.

Perniagaan ini akan diperluaskan lagi dan pakaian / barang-barang lain akan dijual . Idea yang cukup kreatif, mudah-mudahan perniagaan ini akan terus berkembang maju dan terkenal satu hari nanti.
Asyik bercerita pasal makanan saja, apakata kita berkenalan pula dengan pengusaha restauran ini, En. Mohd. Zain Manah dan Puan Salmiah Ibrahim.
Masa sedang makan tadi terlintas serangkap pantun untuk beliau dan isteri :-
Memetik Bunga Di dalam Taman
Untuk Suntingan Dara Pujaan
Sama Cantik Sama Padan
Sama Manis Sama Menawan.
Di satu sudut diletakkan Buku Pelawat bagi pengunjung-pengujung yang datang. Semoga restauran ini terus maju dan terus dikunjungi dari semasa ke semasa. Jutaan terimakasih saya kepada beliau sekeluarga dan tidak lupa juga kepada pekerja-pekerja di restauran ini yang telah memberikan kerjasama kepada saya. Di sini juga saya sertakan peta dan nombor telefon bagi memudahkan perjalanan anda ke sini. Akhir kata Selamat Datang dan Jangan Tak Singgah ye..Pastinya setiap masakan yang disajikan dari semasa ke semasa akan menambat hati anda.
Terimakasih.