Assalamualaikum semua,
Dah lama tak buat kek dalam adunan pemanggang ajaib, teringin pulak nak merasa kek buatan sepupu, kek susu pekat. Semua resepi ini dari Mat Gebu, apa yang bagusnya resepi dari website Mat Gebu, yang pernah kami cuba semuanya Alhamdulillah menjadi, cuma kami kurangkan gula.
Ini pemanggang ajaib yang saya maksudkan, cepat masak cuma kalau yang nak berniaga tu rasanya tak sesuai nak bakar dalam ni sebab perlu berhati-hati, cepat hangus. Begitulah yang terjadi pada kek kami hari ini, Terhangus sedikit tapi bila makan wow masih lagi gebu, sedap, dan terasa sedikit rangup kerana hangus..:-)
Ingin mencuba,,,boleh boleh, di sini saya sertakan resepinya
Bahan-bahan (ini untuk 1 adunan guna oven biasa, kalau guna pemanggang kena buat 2 adunan sebab pemanggan tu besar dan ajaib )
120 gm mentega
120 gm tepung kek
3/4 sudu teh baking soda
1/2 cawan susu pekat
45 gm gula halus
2 biji telur gred A
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven 175
2. Lenser acuan dengan mentega
3. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanila dengan garam dan putar hingga gebu.
4. Tuang susu pekat dan putar hingga sebati
5. Masukkan tepung yang diayak dengan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Masukkan telur satu persatu ( Jarak masuk setiap telur 1 minit baru masuk lagi)
7. Tuang dalam bekas dan bakar selama 50 - 1 jam bergantung kepada oven sehingga masak.
PERHATIAN
1. Adunan ini adalah untuk oven, Kalau untuk pemanggang ajaib mesti buat 2 adunan dan dipanaskan atas api yang sedang lebih kurang 8 minit setiap belah pemanggang , so lebih kurang 16 minit untuk masak. Apapun bergantung kepada kepanasan api yang anda gunakan.
2. Kami kurangkan sedikit gula
Terimakasih kepada Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/
&
SELAMAT MENCUBA
BERANI MENCUBA BARU TAHU HASILNYA OK..:)