Showing posts with label House is your Heaven. Show all posts
Showing posts with label House is your Heaven. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Tradisional House


Location : Beseri, Perlis, Malaysia

















Friday, June 7, 2013

House





Kedudukan rumah dan senibina rumah ini juga menarik minat saya untuk memaparkan gambarnya di blog saya. Apa yang membuat saya tertarik dengan rumah ini adalah warnanya, tingkap dan senibinanya yang tidak keterlaluan. 








Simple dan sedap mata memandang serta terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi yang menghijau membuatkan saya tertanya-tanya siapa pemiliknya. 


Gambar ini diambil pada waktu petang dan agak mengganggu kalau nak terjah rumah orang ikut suka hati. 

Wednesday, June 5, 2013

House

Assalamualaikum,

Nampaknya dalam bulan Jun ini saja, banyak entry di blog saya memaparkan gambar rumah-rumah yang memiliki senibina yang menarik hati saya. 


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini saya tidak pandai menulis dan penceritaan saya adalah menerusi gambar-gambar kerana minat yang mendalam terhadap senifoto. 


Gambar ini saya ambil kerana saya rasa ia mempunyai keunikannya yang tersendiri, saya rasa gabungan tingkap dengan rumah kayu itu yang menarik hati saya dan binaannya nampak kukuh, teliti walaupun tidak terdapat ukiran-ukiran tadisional , ia masih lagi menampakkan gabungan yang cukup menarik.




Rumah ini juga dibina bersebelahan dengan kawasan sawah padi dan masih lagi di dalam pembinaan.





Saya tidak dapat bertemu dengan pemilik rumah ini kerana menurut pekerja yang mencuci kawasan rumah berkenaan, pemiliknya menginap di kampung berdekatan. Kemungkinan rumah ini belum siap sepenuhnya... tak sabar saya nak melihat bagaimana ruang di dalamnya. 

Terimakasih















Monday, June 3, 2013

House is your heaven


Assalamualaikum,


Blog saya pada kali ini memaparkan gambar rumah gabungan modern and traditional yang saya ambil di sekitar kampung. Menurut tuan rumah berkenaan rumah ini masih lagi belum siap sepenuhnya. 



Orangnya masih muda tetapi meminati ciri-ciri rumah tradisional, ketika saya tiba, waktu itu dah petang  mereka sekeluarga sedang duduk bersantai sambil memerhatikan gelagat dua orang anak mereka yang berlari ke sana sini. 


Kedatangan saya agak mengejutkan mereka tapi bila saya beritahu maksud dan tujuan saya, mereka memberi kerjasama yang cukup baik dan memudahkan saya merakamkan gambar-gambar ini untuk blog saya.


Di belakangnya sawah padi dan halaman utamanya begitu luas dan bersih. Kalau orang melihat binaan rumah ini pastinya disangka orang tua yang tinggal di sini , kata beliau.









Di sini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada beliau dan keluarga di atas kerjasama mereka membenarkan gambar-gambar ini diambil. 






Sunday, May 26, 2013

Unique Traditional House

Yesterday I discovered a unique house which attract me to capture some photos for my blog. I found it very interesting because of its design. Luckily the owners were kind and allowed me to take a few shots of their house. 





Backyard view



side view






Front view








According to the owner, this house was completed in one year. The design of the house came from the combination ideas from the owner and the architect.






Stairs of the entrance


The house is situated by the riverside and facing the paddy field and it's so lively with an amazing view. 


Beautiful Malay's traditional carving  on both side of the stairs


















View from the Gazebo in front of the main entrance of the house












car porch which is under the house


















I would like thank the owner for their kindness for allowing me to take the above photos


Thankyou

Sunday, May 5, 2013

Rumahmu Syurgamu

Assalamualaikum semua,

Apakhabar? Dah pergi mengundi atau anda mengunci diri anda dalam rumah sehingga selesai undi?  Ni nak cerita la sikit, lepas mengundi tadi perut mulalah lapar, sempat jamah 2 biji bahulu dan air sejuk sebelum keluar mengundi. Lepas mengundi malas pula nak masak sebab dah tengahari jadi kami cadang makan dekat gerai yang berdekatan saja.




RM6.00 dengan teh ais. Nape mahal ke??Saya memang gemar ikan keli goreng, sayur mesti ada dan sedikit sambal, lengkap. Banyak lauk dan kurangkan nasi untuk maintain hehehe. Ekor ikan pun sampai terkeluar pinggan , kira oklah RM6. Habis nak kata pe, beli dulu baru bayar.





Lepas makan saya cadangkan kami ke Kuala Perlis nak cari keropok udang lipan dan meninjau lokasi-lokasi menarik untuk dimuatkan dalam blog. Kami drive sepanjang persisiran pantai untuk menikmati udara segar di tengah panas matahari..cuaca panas pun segar ke? Ada orang tolong bawa kereta dah kira ok, so jangan cakap banyak. Keadaan disekelilingnya tenang sekali, kalau sebelah petang anda akan nampak ramai orang yang duduk atas batu-batu dan yang menjamu selera di gerai seberang jalan sambil menghirup udara petang dan melihat matahari terbenam. 



Di sepanjang jalan banyak bendera-bendera yang dipasang dan orangramai masih lagi keluar mengundi cumanye, saya rasa tak banyak yang keluar seperti pilihanraya sebelum ni. Walau apapun tak usahlah kita berbicara mengenai politik, dah tak pandai nak memandai pulak. so kami berhenti solat di masjid. TIBA-TIBA...chewah !!! mata saya terpandang bentuk unik yang kat bawah ni, wah cantiknya!!, 




Homestay ke? Chalet ke ? restauran ikan bakar ke? sama sekali saya tak sangka ianya rumah,so apa lagi dah dapat idea nak masuk citer ape dalam blog. Chalet di tengah sawah padi tajuknya konon. Bila ditinjau-tinjau tak ada plak papantanda, untuk dapatkan kepastian kami singgah di gerai makan yang berdekatan, menurut tuan kedai , itu adalah rumah....maka terbantutlah seketika idea saya nak muatkan gambar dalam blog. Dengan berat hati dan kecewa yang teramat-amat sangat, (melebih-lebih pulak citernye) kami pun memandu sehingga lebih kurang 10KM, saya kata stop kita patah balik, saya pun memberanikan diri bertemu dengan tuan rumah yang pada ketika itu sedang menonton TV,, Nasib baiklah mereka benarkan, terimaksih banyak2 ya..:). Agaknya macamni lah rasanya jadi reporter , entah boleh entah tidak ,

                                                                                                                                                                  
Ok!! saya bukan reporter so tak nak celoteh panjang atau mengarut yang bukan-bukan dalam blog ni. Di sini saya cuba mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan dalam blog kerana saya rasa rumah ini cukup unik dan menarik.










Halamannya cantik dan di tengah tu pula ada meja , sukanya saya kalau tengok laman yang hijau, tenang rasanya macam tinggal di satu tempat lain dengan suasana yang berbeza.


Macam rumah terapung dan dikelilingi pula sawah padi, kan best kalau ada ikan boleh tiap petang pancing ikan, salah satu hobi saya tapi sekarang dah tak pancing lagi atas sebab kesihatan.







Lupa pulak tanya siapa punya idea kreatif buat rumah ni, maklumlah bukan reporter, nama tuan rumah pun lupa nak tanya, adoi, kalau betul kerja sebagai reporter , awal-awal dah kena pecat.













Saya dapat bayangkan betapa cantiknya pemandangan pada sebelah malam,  kalaulah boleh ambil gambar waktu malam bagus juga, tapi sekarang musim hujan tak pasal-pasal jatuh dalam air.









Rumah adalah tempat kita menghabiskan sisa hidup dan rumah  merupakan tempat kita berlindung , kecil atau besar, cantik atau buruk , hendaklah kita hargainya kerana ia adalah sebahagian dari hidup kita. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih pada mereka yang memberikan kebenaran dan menyambut baik kedatangan saya Hakikatnya rakyat Malaysia ini memangnya peramah dan berbudi bahasa. Tak lokek senyum dan pandai bergurau. Di sini saya akhiri dengan serangkap pantun


Terlalu asyik membaca buku
Tidak sedar masa berlalu
Rumah itu adalah syurgaku
Moga bahagia dan kekal selalu 



TERIMAKASIH