Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

TEMPURA IKAN & POTATO CROQUET (KOROKKE)






Kebiasaannya saya akan ke pasar borong untuk membeli ikan kembong buat  Si Pok ( kucing kesayangan ) dan kucing-kucing lain yang terbiar di belakang rumah. Tak sampai hati mendengar suara mereka bagaikan merintih-rintih meminta makan. Tapi tulah....sekarang bukan musim ikan kembong, kalau adapun harganya mencecah sehingga RM14.00 sekilo. Terpaksa cari ikan yang agak murah iaitu ikan selayang...itupun RM10.00 sekilo. Kena pilih juga takut kena yang lembik...tiba-tiba terpandang sekelompok ikan yang jarang-jarang saya nampak. Bila saya tanya penjual di situ, mereka kata itu namanya ikan Jepun....Haa...jauh benar ikan Jepun ni berenang sampai ke Malaysia. Bila sebut sahaja ikan Jepun maka terdetik hati kecil ku ini untuk masak tempura. Saya pun beli 2 kilo ikan selayang dan 1 kilo ikan Jepun. Ini rupanya ikan Jepun tu.,.. nama saintifiknya saya tak tau....yang pasti hari ini saya akan masak Tempura Ikan Jepun di Malaysia. 


IKAN JEPUN


Bahan-bahan yang saya beli iaitu Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna ( Pedas ) Bestari dan serbuk roti ( saya pilih warna kuning ) , serbuk roti warna putih pun ada dijual kalau anda suka yang putih. Untuk menambahkan seri Tempura, saya cuba buat Potato Korokke ( croquet ). 









Selain dari bahan-bahan di atas, anda juga perlukan bahan-bahan berikut :

2 biji telor putih ( dipukul )
sedikit garam untuk disalut dengan isi ikan

caranya masak...senang saja..

1) ikan yang dibersihkan tadi dipotong dan dibuang tulangnya 
2) disalut dengan sedikit garam kemudian ditoskan
3) biar beberapa minit dan salut / golekkkan dalam tepung pedas Bestari 
4) seterusnya celup dalam putih telor
5) salut pula dengan serbuk roti dan tekan-tekan sampai serbuk tersebut betul-betul lekat dengan elok pada ikan.
6) Goreng dalam minyak yang penuh (seelok-eloknya)

Sediakan Green Tea yang saya beli di farmasi cina dengan hidangan Tempura dan Potato Croquet. Enak dimakan dengan mayonaise dan sos cili....oh ya sedikit perahan lemon. Nak masak agak remeh tapi bila nak menghabiskan tak sampai 5 minit...terkebil-kebil Pok melihat tuannya makan begitu menyelerakan sekali. Maaf ya Pok, umi nak makan sekejap, Pok makan ikan selayang yang umi rebuskan tadi ya...jangan ganggu Umi buat sementara waktu..heheh


Thursday, January 29, 2015

PEKASAM IKAN PUYU


Saya memang suka sangat-sangat pekasam ikan puyu atau ikan lampam....boleh dimakan dengan pulut atau nasi panas-panas, mesti berkali-kali tambah nasi. Memang tak boleh nak control...Kadang-kadang tu makan nasi berlaukkan ikan pekasam semata-mata.....mana taknya,,,memang sedap!!!


Suka makan pekasam ikan puyu ? Anda boleh membuat tempahan dengan menghantar email di bawah.