Showing posts with label Trip / Melancong. Show all posts
Showing posts with label Trip / Melancong. Show all posts

Monday, December 26, 2016

KYOTO

Station Kyoto yang terletak lebih kurang 20 minit dari hotel urban seta di mana saya menginap, hanya 1 train JR line, kalau tak silap saya 360 yen ( one way ) , memudahkan perjalanan saya ke Kyoto, cuma agak sesak kalau keluar lewat dan keretapi memang sesak dengan manusia  Untuk mengelakkan anda bersesak-sesak dengan orang -orang Jepun yang keluar bekerja, pastikan anda keluar awal selepas solat subuh atau keluar lewat sikit, tapi waktu balik sememangnya sibuk dan penuh. Kalau hari Sabtu dan Ahad memang sibuk jadi bersedia untuk berdiri selama 20 minit, itu baru Kyoto. Saya pernah berdiri lebih dari 2 jam untuk keseluruhan perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya. Oleh kerana kedudukan hotel saya berdekatan jugak dengan Kyoto , saya selalunya kembali ke hotel untuk solat dan keluar semula kerana station Kyoto merupakan station utama untuk anda mendapat pengangkutan seperti bas, ke destinasi-destinasi yang menarik. Selalunya saya akan ke Kyoto dan orang pertama beratur untuk menaiki bas yang mula beroperasi pukul 8.00 am. Kalau anda bercuti di Kyoto atau Osaka lebih dari 2 minggu, carilah hotel yang menggunakan khidmat keretapi swasta bukannya JR Line. Bolehlah anda menggunakan Kansai Thru Pass kerana ia boleh digunakan juga untuk menaiki bas , so tak perlu nak beli tiket keretapi dan tiket bas. Oleh kerana saya menginap di Seta Urban terpaksalah saya manaiki JR Line , bagaimanpun diskaun tiket bagi JR Line boleh anda dapatkan di kaunter - kaunter tertentu tetapi tidak berbaloi sekirannya anda hanya menginap untuk jangkamasa yang pendek dan tidak kerap menggunakan JR Line. ( walaupun ia lebih murah )   seterusnya saya gunakan Kansai Thru Pass. Menjimatkan masa beratur nak beli tiket..itu masalah kedua, masalah pertama ada setengah station yang hanya meletakkan nama station dalam tulisan Kanji...aduh pening....kalau hiragana dan katagana bolehlah tahan . Kalau tulisan Kanji ni saya ambil masa sikit nak mengenal hurufnya. Kalau tak faham-faham jugak, terpaksa lah saya berjumpa dengan staff yang bertugas. 




Hotel Seta Urban , Otsu , Shiga 




Harga masa booking RM155 semalam, adakala boleh mencecah lebih jadi pastikan anda rajin melayari internet untuk mendapatkan tawaran yang lebih murah, 5 hari saja saya menginap di sini sebab mana nak cari duit kalau 2 minggu, so saya cari pulak harga hotel di Osaka yang lebih murah. Biliknya luas dan selesa sekali, semua kemudahan asas disediakan. Bilik air pun besar, yang best tu ada green tea, kita minum dulu sebab saya memang suka sangat green tea, memang rasanya agak kelat tapi bila dah selalu minum, dah menjadi kemestian setiap kali berada di hotel. 


Stesen Keretapi Seta

Saya selalu keluar awal pagi selepas solat Subuh, kalau anda lihat keretapi pun masih belum beroperasi, belum ada orang yang keluar untuk bekerja.


Ini gambaran dalam keretapi dari Seta ke Kyoto Station, skrin menunjukkan kita akan berhenti di ZEZE selepas ini.


Kaunter tiket , alhamdulillah belum ada orang




Hari ini saya nak ke Arashiyama,  untuk memudahkan perjalanan saya akan ambil gambar setiap kaunter atau papan tanda penting untuk rujukan bagi memulakan perjalanan keesokkan harinya pulak. Nasib baik ada tulisan Romaji, kalau tidak lama jugak dok belek-belek tulisan kanji tu, ada tulisan kanji yang saya boleh baca , kalau gagal juga kena  cari petugas stesen.







MEMANCING - DI MAKASSAR

Terlebih dulu saya mohon ampun dan maaf kerana begitu lama sekali tidak update blog, bukan apa , banyak sangat perkara yang hendak dibuat, rasanya tak menang kedua belah tangan dan kaki. Bagaimanapun kali ini saya akan bawa anda ke Makassar, Indonesia. Buat apa???


Buat apa lagi , kalau bukan memancing laut dalam, salah satu hobi saya

Untuk pengetahuan semua, saya memang kaki pancing tapi untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya menyahut cabaran memancing laut dalam di Makassar. Pertama kali juga saya bertemu dengan Group ahli-ahli pemancing kerdil yang acapkali mencabar diri mereka di serata pelusuk rantau asia. Bagitau saja mana tempatnya, kemungkinan besar mereka sudah sampai. Jadi untuk pertama kalinya saya berasa agak gementar berada di kelompok mereka yang veteran dan pakar dalam cabaran laut dalam ini. Saya perkenalkan dari kiri En. Aris, En. Hassan, En. Zul, Haji KO, Haji T,En. Ayob , En. Mus ( adik ipar saya ) dan akhir sekali En. Zam , dengar kata dah beberapa kali memenangi banyak pertandingan memancing yang dianjurkan di Malaysia dan saya yang kat depan tu , macam bagus jer..hehehe. 

sibuk nampaknya memunggah peralatan dan barang-barang memancing semasa check-in.


Bas yang telah sedia menunggu kami , nasib baik ada anak buah yang berlajar di Makassar, beliaulah yang uruskan pengangkutan di sana.


Kami bertolak dari KLIA lebih kurang pukul 12. 45 t.hari dan tiba di Ujung Padang pada pukul 4.00 petang. Maka bermula percutian yang cukup hebat dan penuh cabaran dan debaran....dup dup dup


En. Aris, macam bawa senapang patah jer,,,nak berburu unta ke?

Nasib baik peralatan pancing adik ipar pinjamkan sebab dia pun memang kaki pancing tegar jadi tak payahlah saya habiskan duit beli, lagipun entah tahun bila pulak saya dapat ikut serta., sebabnya cuti dah banyak ambik tahun ini begitu juga dengan tahun depan , dah ada perancangan. InsyaAllah cita-cita untuk kembali ke Makassar mengharungi cabaran memancing fasa kedua telah saya sematkan disudut hati. Jangan tinggal daku ...kawan-kawan. Tiada kemaafan sekiranya pergi tanpa khabar.....huhuhu. 







Kalau nak bergambar, jangan malu-malu, masuk jer, saya suka gambar yang candid ... kalau candid pun biarlah yang elok ..:) 


Bila saya sebut saja...mai mailah bergambar, buatlah gaya apa pun...barulah semuanya datang,,,, jangan malu-malu ..maklumlah group pemancing kerdil....hati pun kerdil... mereka ingatkan saya nak bergambar sorang-sorang jer.
















Kalau saya pegang kamera atau sesiapa saja yang pegang kamera, masuk jer , saya tak kisah, agaknya begitulah yang saya sedang cakap dengan Haji T. 





Yang En. Aris dok mengendap-ngendap kat belakang apa hal pulak???





Tak nampak kamera ke? atau cermin mata kabur









Mana taknya,,,pakai cermin mata gelap..patut pun







Wow hebatnya gaya En. Hassan, berlari dengan penuh gaya , lekas En. Hassanuddin, oh ya untuk pengetahuan semua  Group Pemancing Kerdil ni , bukan hanya giler memancing tapi suka bergambar. Lega rasa hati bila mereka juga macam saya suka bergambar.



En. Hassan berlari  dengan penuh gaya seperti seorang atlet lompat jauh atau lompat kijang, saya pun tak pasti, ia.... itu dia menapak dengan yakin ...saya rasa lompatan itu kalau dikira boleh mengatasi rekod  kebangsaan.


Dan itu dia pemenang tempat pertama jatuh kepada En.Hassanuddin kedua dan ketiga orang yang sama jugak, kerana tak ada orang lain yang bertanding bersama..heheheh


The Best Group i have ever met...Thank you guys!!








Baru pertama kali mengenali mereka tapi saya dah rasa macam serasi dan tak kekok bergambar... 






Bergambar dengan En. Zam  ( seperti yang saya sebut sebelum ini , beliau telah banyak menyertai dan menjuarai kejohanan memancing )...pastinya beliau menyimpan hasrat untuk menakluki lautan Makassar dengan tangkapan yang besar...sama-sama kita tunggu dan lihat ...!! Jangan pandang ringan , jangan pandang sebelah mata dengan saya.....hahaha, entah-entah saya yang lebih hebat :)

adik dan anak buah saya Erna













Oleh kerana  sudah  lewat , kami terus ke restauran New Makassar  untuk makan malam, perjalanan tidak jauh tapi agak sesak.











Sedang menunggu juadah yang telah dipesan, masing-masing kelaparan tapi masih mampu untuk senyum walaupun keletihan. Ada yang senyum manis, senyum, pahit , senyum kelat pun ada. Yang serius pun ada.....tahan lapar agaknya


Apa yang membuatkan saya serononk sangat ikut group pemancing kerdil ini, kerana mereka happy sangat, dan cool.

Di antara juadah yang kami pesan untuk makan malam sudah terhidang...jom...tunggu apa lagi..kita bedal..heheh

Maaf, tak sempat nak tanya apa nama masakan sebab lapar sangat.


Beraneka jenis minuman yang menambat selera anda, salah satunya air kelapa gula melaka , fuuuh (memang best sekali ), saya cuma pesan air jus oren sebab terlalu banyak minuman jus berasaskan buah-buahan yang saya sendiri tak pasti sedap atau tidak. Erna pesan air kelapa gula melaka, jadinya pakat dok rasa sorang sikit , orang utara cakap macamtu lah. 

  Air Kelapa Gula Melaka

Makanan di sini boleh tahan , nak kata tak sedap ada juga yang enak gitu. Saya bukan suka sangat beri komen yang negatif, maklum saja periuk nasi orang. So ok lah, sebab saya pun kurang makan, apa kata group pemancing kerdil...ok tak ???? Tak dengar pun...agaknya terlalu ghairah meratah ikan stim. Pelan-pelan makan ya bapak-bapak dan ibu-ibu agar tidak tercekik tulang ikan. Kalau tak cuba tak tahukan...jadi bagi sesiapa yang belum pernah datang ke New Makassar ...jemputlah datang beramai-ramai.







Saya cepat-cepat habiskan makan sebab nak mulakan sesi bergambar plak. Biar yang lain masih lagi di ulit dengan keenakkan makanan yang masih lagi banyak. Jom ikut saya....



Restauran nya agak besar, susun atur dan rekaannya menarik, kalau tak salah saya ada dua tingkat. Oleh kerana saya dah kenyang ...so get ready everyone...say cheese !!!!




 Hai ..belum habis lagi ker???





En. Mus serius sangat nape? Ohh takut tak cukup makanan ke?? Tak cukup kita pesan lagi.


Tu...yang baju kotak tu...kami panggil Pak Udin, beliaulah yang akan menguruskan perjalanan kami esok untuk menakluki Laut Dalam Makassar.... Jangan mabuk laut sudah...





Ini Empress Hotel di mana kami menginap untuk malam ni. Malam esok saya dan group pemancing kerdil akan bermalam selama 2 malam dalam bot. Adik saya dan Erna tidak ikut serta sebab mereka bukan kaki pancing.



gambar memancing di Makassar, Indonesia, yang bercermin mata gelap tu sapa lagi ...kalau bukan saya


InsyaAllah kalau gambar ketika kami memancing yang saya simpan tidak rosak kerana virus , akan saya upload kemudian..