Saturday, May 4, 2013

Chalet

Assalamualaikum semua,


Sekiranya anda sekeluarga atau bagi mereka yang ingin berkunjung ke Perlis dan mungkin juga ingin ke Padang Besar atau ke Langkawi, singgahlah sehari dua di Kuala Perlis. Kalau yang datang dengan kereta saya syorkan anda bermalam di Chalet / Rumah Tamu UNIMAP yang terletak lebih kurang 15 minit saja dari Jeti Kuala Perlis dan Masjid Terapung. Di Kuala Perlis sendiri terdapat budget hotel dan hotel yang berdekatan dengan pantai di mana anda boleh menjamu selera  dengan makanan seperti ikan bakar dan makanan laut lain di samping menikmati keindahan matahari terbenam. Di sini saya hanya sempat berkongsi gambar Rumah Tamu / Chalet yang di uruskan oleh UNIMAP. Kawasan sekelilingnya masih dalam pembinaan jalan  baru tapi anda boleh menginap di sini kerana ia juga berdekatan dengan tempat membuat belacan ,,, kalau anda suka :)) dan agak privacy sikit. Jangan bimbang walaupun dekat dengan perusahaan membuat belacan taklah sampai bau belacan sekiranya anda menginap di sini. Belacan Kuala Perlis dah memang terkenal sedapnya. Tak beli rugi dah datangkan.








Chalet / Rumah Tamu 2 tingkat. Di bahagian dalam, agak luas dengan 1 katil besar.























Kawasan di sekitar chalet ini amat cantik dan menarik serta dijaga rapi dan saya berharap agar ianya berkekalan sampai bila-bila kerana pertama kali saya sampai di sini, orang kata dah terpaut :)









Mula-mula tu saya ingatkan sebuah rumah tapi bila diberitahu ianya 2 tingkat dan 2 bilik yang berasingan dengan harga RM60.00 untuk 1 bilik. Wow murah dah tu...kalau buat Family day untuk office mesti best ni...sebelah petang buat BBQ , buat aktiviti / game , dan pada sebelah malam tempah restaurant tepi laut pulak, boleh solat di Masjid Terapung ,kalau rasa nak makan laksa Kuala Perlis pun dah dekat, hilang stress. Amin.



Anda tidur semalam di sini, petang anda boleh drive sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis ke pekan Kuala Perlis untuk menjamu selera laksa Kuala dan pada sebelah petang pula anda boleh makan di tepi pantai sambil menanti matahari terbenam, jangan lupa bawa kamera atau video camera, kalau cuaca baik, pastinya anda akan terpesona dengan keindahannya, dari situ dah tak jauh dengan Masjid Terapung dan Jeti Kuala Perlis. 































Saya sempat menelefon pihak pengurusan UNIMAP samada sesuai atau dibenarkan untuk buat BBQ, pihak pengurusan kata ok cuma peralatan BBQ kena sediakan sendiri. Bagaimanapun sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Kalau anda berminat, anda boleh menghubungi nombor telefon ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Tel : 04-9798136


Dari sini anda boleh solat di Masjid Terapung iaitu Masjid Al-Hussain yang dibina berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis. 








Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi dan terimakasih.