Showing posts with label Perusahaan / Bussiness. Show all posts
Showing posts with label Perusahaan / Bussiness. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

LAKSA, MEE KARI DAN CENDOL




Laksa


Mee Kari


Cendol


Minuman yang disediakan dalam bekas , nampak menarik, kalau beli untuk jamuan hariraya pasti lebih mudah cuma bimbang satu, mungkin mudah pecah


Kedai Kak Na yang terletak di Utan Aji, jalan menuju ke Gunung Medan, Perlis. Saya suka laksa di sini , manakala teman-teman saya memilih Mee Kari sebagai makanan tengahari dan Cendol. kata mereka Mee Kari nya pun sedap. 

CENDOL



Cendol Biasa dan Cendol Pulut


Saya lebih gemar makan cendol biasa, sepupu saya memilih untuk mencuba cendol pulut


Gerai CENDOL POWER di Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Kedah, gerai tepi jalan besar tak jauh dari 1 internet Malaysia. Gerai ini hanya menjual Cedol Biasa, Cendol Pulut, Cendol Tapai. Apa yang saya suka, ia tidak menggunakan santan, dan bahan-bahannya seperti kismis, sedikit jeruk betik dan lain-lain amat sesuai dengan citarasa saya. Dan tak manis sangat.. Bagaimana dengan anda?? Saya diberitahu gerai ini dibuka setiap hari bermula pukul 2.00 petang sehingga pukul 6.00 petang.

Thursday, January 29, 2015

PEKASAM IKAN PUYU


Saya memang suka sangat-sangat pekasam ikan puyu atau ikan lampam....boleh dimakan dengan pulut atau nasi panas-panas, mesti berkali-kali tambah nasi. Memang tak boleh nak control...Kadang-kadang tu makan nasi berlaukkan ikan pekasam semata-mata.....mana taknya,,,memang sedap!!!


Suka makan pekasam ikan puyu ? Anda boleh membuat tempahan dengan menghantar email di bawah. 

Sunday, July 7, 2013

Laksa Kuala Perlis




Laksa Kuala Perlis sememangnya terkenal dan mendapat sambutan di kalangan sesiapa saja yang menggemari makanan ini.   Kalau di Perlis , laksa bukan saja dimakan begitu saja tapi ada juga yang memakannya bersama dengan pulut udang ataupun kuih sepera yang bentuknya seperi karipap tapi berintikan kelapa dan bahan-bahan lain.



Ini kuih sepera yang saya maksudkan , boleh anda dapatkan juga di gerai laksa ini 


Jaga kecantikan walaupun berniaga (bedak sejuk) tak tinggal kakak ni, patut pun gebu je kulit muka..seputih laksa

Selain dari laksa, beranika jenis kuih muih juga dijual di sini tapi favorite saya adalah laksa dan sepera. Sebenarnya saya pun tak pernah makan laksa dengan pulut udang atau sepera tapi melihat rakan yang makan, saya pun kata, apa salahnya mencuba. well okay juga cuma rasa tak mcam laksa original sebab kuah dah bercampur dengan pulut dan inti kelapa, tapi masih enak ditambah dengan ulam dan sedikit cili potong dan kicap ,,,mmmmmmph..power!!

Selepas ambil gambar saya beli 1 kilo laksa dengan harga RM8.00, kalau sebelum ini hanya RM6.00 untuk makan dengan sepupu.



Lihat saja anak sepupuku ini, memang suka sangat dengan laksa sehingga tak sedar saya sedang mengambil gambar dia. 

Sekiranya anda teringin sangat nak menikmati laksa, di mana-mana saja anda boleh dapatkan di gerai-gerai di Kuala Perlis atau pun di Kangar. Lain orang yang buat lainlah rasanya, sekirannya anda berminat untuk mencuba laksa dan spera di atas anda boleh menghubungi nombor ini untuk tempahan atau membelinya.

No. telefon :- 012-5876150


Monday, June 17, 2013

Pulut Udang

Bagi sesiapa yang menggemari Pulut Udang, saya rasa pulut udang sedap yang saya pernah makan adalah di Jitra, kedai beliau bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Jitra. 










Inti Pulut Udang 









Selain dari pulut udang beranika jenis kuih lain yang menggunakan daun pisang dijual oleh Makcik Ah. Di antaranya


















Sekiranya anda berada di Perlis, dah tak jauh nak ke Jitra,Kedah iaitu lebih kurang 25 minit, beliau mula berniaga lebih kurang pukul 11 dengan dibantu rakan. Begitulah kehidupan beliau setiap hari, rezeki halal yang dicari mudah-mudahan diperluaskan dan dipermudahkan oleh Allah sehingga ke akhir hayat. Kalau sekarang di Perlis, kenduri kahwin dihidangkan dengan bubur kacang / bubur pulut hitam dan ada juga yang menghidangkan tapai pulut , selain dari nasi apakata kita cuba hidangkan pulut udang pula. Semoga Makcik Ah dan rakannya sentiasa dilindungi Allah dan sihat hendaknya.Terimakasih kerana melayani saya dengan penuh mesra dan membenarkan saya mengambil gambar ini.

Saya doakan rezeki MakciK Ah diperluas, dipermudah dan diperbanyak Allah.

Anda boleh menghubungi beliau untuk tempahan di nombor telefon ini : 012-5162643 


Wednesday, May 15, 2013

Tudung Dan Telekong

Perusahaan menjahit berbagai jenis tudung dan telekong ini terletak di Batu 5, Jalan Kuala Perlis. Perusahaan ini mula beroperasi lebih kurang 5 tahun yang lalu dan telah mendapat tempahan yang meluas.








Tudung yang dijahit dan dihasilkan di sini




Ini di antara tudung yang telah mendapat tempahan pelanggan 




























Best Buy







Tudung-tudung yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kualitinya memenuhi citarasa pelanggan. 








Telekong berenda dan kain yang dihasilkan dengan  pelbagai warna  



Dan juga  mini telekong tanpa kain untuk pelanggan beliau








Menurut pengusaha berkenaan beliau menjual dan menerima tempahan menjahit beraneka jenis tudung  dan telekong mengikut kesesuaian warna dan kain yang dikehendaki pembeli. Bagi mereka yang berminat untuk membeli atau menempah, anda boleh menghubungi nombor atau datang terus ke ev's Hijab.






























Monday, May 6, 2013

Kuih Tradisional



Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kuih tradisional sekiranya anda berkunjung ke Perlis bolehlah mendapatkannya di  sini atau anda boleh telefon untuk maklumat yang lebih lanjut bagaimana untuk ke sini. Di antara kuih-kuih yang  diusahakan oleh Mak Su ( panggilan diri beliau ) adalah seperti bahulu, peneram, kuih cakar ayam, kuih karas dan lain=lain.






Kuih Peneram









Kuih Loyang









Kuih Karas







Bahulu

Maaf bahulu yang bentuk ikan dah masuk dalam perut baru teringat nak ambil gambar . Selain dari itu ada juga kuih kuih lain yang diusahakan oleh rakan-rakan beliau dijual di sini.


Semoga perusahaan beliau akan terus berkembang maju sampai bila-bila.

Terimakasih.