Assalamualaikum semua,
Publish buat kali 2 untuk tahun 2013, dalam bulan puasa ni tak sempat nak update blog...saya mohon maaf pada semua...bukan setakat sibuk di dapur tapi kerja makin bertambah sebab nak cuti raya. Kepada semua muslimin dan muslimat saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya. Berhat-hati ketika pulang berhari raya dan banyakkan amal ibadat, doa saya semoga semuanya sihat, jaga diri walau dimana saja anda berada. Bagi yang tak dapat pulang, yang jauh di perantauan, usah bersedih hati....ya. Kita jumpa lagi ..kalau sempat saya akan cuba sedaya upaya untuk update blog...ini. Jaga diri anda.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan ke rumah sepupu, dari pagi sampai petang...acara yang menarik kami sepupu-sepupu ni biasalah memasak, macam-macam masakan yang telah kami cuba. Semalam sepupu saya cuba buat kek orange resepi Mat Gebu, sedap dan Gebu. kami menggunakan pemanggang ajaib dan hasilnya memang ajaib sekali 2 adunan dalam satu pemanggang, siap dalam tempoh 15 minit.
Sepupu2 saya memang suka mencuba pelbagai resepi dan yang bagus nya menjadi plak tu...cubalah memang sedap!!!
Ini pemanggang Ajaib yang saya maksudkan, boleh beli di Menang Glassware...eee promotelah pulak..Klau tak salah saya RM100 atau sesiapa yang kebetulan nak ke Langkawi boleh dapatkan dengan harga RM95.00. Kalau semata-mata nak beli pemanggang tak payah lah membazir RM5.00 tu, beli jer di Menang Glassware, Cosway pun kalau tak silap ada jual jugak...
Machehlah sepupu2 ku , memang sedap, arini bawa pi office, semua kata sedap dan minta resepi...
Nampak texturenya yang berongga DAN GEBUS tu, minggu depan mungkin nak buat kek lain pulak...sebab ada kenduri sikit PADA 29HB. Jangan tak cuba ya !!!
Ini resepi untuk 1 adunan yang saya salin dari cousin saya :-
Kek Oren Sicilian ( untuk 1 adunan - guna oven) Kalau nak cuba pemanggang seperti di atas kena buat 2 adunan )
125 gm mentega
125 gm gula halus
125 gm tepung naik sendiri
2 biji telur tak kisahlah gred apa janji telur ayam , kami guna gred A
3/4 sudu teh parutan kulit oren ( Parut yang kuning saja jgn sampai kulit putih nanti pahit )
40 ml jus oren ( diambil dari buah yang diparut tadi , Lebih kurang 1 biji setengah)
CARANYA :-
1) Putar mentega bersama gula halus hingga sebati.
2) Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang
3) Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi ssedikit dan kacau perlahan-lahan
4) Masukkan perahan air oren tadi bersama parutannya dan kacau sebati.
5) Sapukan mentega dalam bekas adunan pada sebelah atas dan bawah pemanggang.
6) Tuang ke dalam bekas pemanggang ajaib dan masak dalam masa 15 minit.
6) Tuang ke dalam bekas pemanggang ajaib dan masak dalam masa 15 minit.
Peringatan :-
- Pertama kali sepupu saya cuba buat 1 adunan tapi terlalu nipis, jadi semalam dia cuba 2 adunan dan hasilnya seperti di atas, kalau masak dalam pemanggang ni tak payah nak panaskan seperti oven, pasang api dapur dan letakkan pemanggang ini tadi.
- Ia cepat masak dan pastikan dialih pemanggang supaya sebelah atas pun masak.
- Yang kami buat adalah untuk 2 adunan dan kami kurangkan gula dari resepi asal.
TERIMAKASIH
Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kami kepada Mat Gebu di link berikut
http://www.tiffinbiru.com/search/label/Kek
untuk resepi kek di atas. Cuba layari blog beliau , memang banyak masakan-masakan yang sedap cuma kena rajin macam Mat Gebu je!!!
http://www.tiffinbiru.com/search/label/Kek
untuk resepi kek di atas. Cuba layari blog beliau , memang banyak masakan-masakan yang sedap cuma kena rajin macam Mat Gebu je!!!
SELAMAT MENCUBA