Gulai Pisang
Bahan-Bahan
1) 3 biji pisang Abu
2) 1 bungkus serbuk Kari Babas ( digaul sebati dengan sedikit santan / air )
2) 2 ulas bawang merah ( dimayang halus )
3) 2 ulas bawang putih ( dimayang halus )
4) 1/2 cawan santan pekat
5) 1 sudu kecil halba campur
6) sedikit perahan asam jawa
7) garam secukup rasa
Cara
1) Tumis bawang yang telah dimayang halus bersama halba campur hingga pecah minyak / kuning.
2) Bancuh serbuk kari bersama dengan sedikit santan
3) Masukkan bancuhan tadi di dalam bahan-bahan yang ditumis dan kacau hingga pecah minyak
4) Masukkan sedikit perahan asam jawa, anda boleh masukkan lagi nanti sekiranya kurang masam.
5) Masukkan santan dan kacau hingga mendidih dengan api yang sederhana.
6) Masukkan pisang dan garm secukup rasa
7) Akhir sekali ikan dan biar seketika.
CELOTEH
Gulai Pisang ini sumbangan resepi dari Mak Nun member baik saya, sebenarnya hari tu nak cuba masak kek sicillian dan Kek Planet Kukus. Masa tu makcik baru sudah masak Ayam Masak Kicap dan Gulai Pisang, saya dah makan sebenarnya, perut ni kalau dah makan nasi sekali dah tak boleh nak masuk lagi, jadi saya minta nak rasa saja ayam masak kicap dan gulai pisang tu. Kalau sedap saya nak minta resepi masuk blog. Sedap pulak...so inilah resepinya...Hari yang sama kami buat kek sicillian menggunakan pemanggang yang agak besar sikit saiznya, ok juga tapi rentung sikit sebab saiznya agak besar dan lebar menyebabkan ianya cepat masak di sebelah bawah dan yang atas tu masih belum masak. Lepas tu kami buat kek planet kukus pulak, resepi nanti ya!!!!