NOVEL
Hajat Cinta Syahidah
Karya K. Nazmi Rodzy
Berasal dari Jitra, Kedah, mendapat pendidikan awal
di SK Ibrahim, Sungai Petani yang kemudiannya terus meningkat ilmu di Sekolah
Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Beliau merupakan lulusan Ijazah Profesional
Undang-Undang pada 2011 dan kini sedang menyambung pengajiannya dalam bidang
Undan-Undang ke peringkat Master.
Beliau juga merupakan penulis skrip TV dan filem
selain menghasilkan novel sulongnya ini.
Apa yang boleh dikatakan tentang karya ini adalah
garapan penuh unsur cinta, ‘suspen’, seram, sedih, humor, setiakawan,
kekeluargaan serta kerohanian. Tidak ada kisah cinta seperti ini. Karya cinta
yang bukan semata-mata cinta. Ini janji yang terukir pada karya pertama Khairul
Nazmi Rodzy.
Kata pegangan penulis : “Bila takdir telah
tertulis, redahlah biar payah, kerana kalau tidak melangkah, masa depan akan
mengeji kita. Jadi melangkahlah penuh gagah!”
-
Petikan dari Novel beliau –
Dari penulis blog ,
Untuk pengetahuan semua, beliau yang sekarang ini
mencecah usia 26 tahun menghidap sakit buah pinggang di kedua-dua belah yang kritikal. Memerlukan bantuan dan
sumbangan sesiapa saja bagi menampung kos rawatan dialisis sepanjang hayat
dengan kos mencecah lebih kurang RM200.00 setiap kali rawatan dibuat. Sumbangan boleh dibuat dengan membeli Novel
sulong beliau ini dengan harga RM30.00 (termasuk harga pos). Novel ini tidak
ada di pasaran dan kepada yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi
nombor telefon di bawah :
012-4518062
(ibu beliau)
017-3657654
(beliau sendiri)
Sebagai penulis blog, ini saja bantuan yang dapat
saya lakukan iaitu dengan menghebahkan untuk pengetahuan semua. Semoga ada
pihak yang sudi memberi sumbangan dengan membeli novel beliau dan benar-benar
menghargai karya penulisan beliau.
Sebuah karya ikhlas yang penuh dengan nilai serta
jalan ceritanya yang tersendiri. Kisah cinta yang mengangkat nilai kesetiaan dan
kebodohan dalam mengikut perasaan. Aben terlalu mencintai Nia Syahidah. Kisah
cinta mereka adalah kisah cinta yang terlalu manis bagi diri Aben. Namun kini
Aben keseorangan dengan kesetiaannya yang tidak pernah terbalas. Kisah ini
menjadi menarik dengan bermulannya ‘journey’ melepaskan hajat yang
pernah dijanjikan Aben kepada Nia Syahidah. Selepas ‘journey’ berakhir,
Aben berharap akan tenang dan benar-benar melepaskan Nia Syahidah yang selama
ini terkurung di dalam hatinya. ‘Journey’ tidak munasabah ini menjadi lebih menarik,
keliru, huru-hara serta penuh dengan emosi apabila dua rakan baik Aben iaitu
Zathir dan Hazwan secara tidak dirancang terjebak. Lebih serabut lagi apabila
tunang Zathir bertegas mahu juga mengikuti misi tidak tentu arah itu.
Prolog
Petikan dari Novel beliau
Taman Tasik Shah Alam 17 April 2011
“ Tapi kenapa?’Suara Aben sedikit kuat.
Suasana nyaman tasik pada petang itu seakan-akan tercemar dengan perasaan hiba
yang pantas meluru ke lubuk hatinya. Burung undan yang terbang rendah
seakan-akan meraikan kecelaruan perasaan yang menghiasi pertemuan yang
sepatutnya indah.
“Sya minta maaf… Sya dah tak mampu,”
Nia Syahidah perlahan menuturkan bait-bait kepahitan itu. Matanya redup
memandang tanah. Dia bagaikan tidak sanggup memandang wajah yang
dikecewakannya. Wajah yang selalu meluangkan hatinya untuk Sya. Namun, hari ini
hati itu disakiti. Terlalu dalam Sya menyakitinya.
Aben menarik nafas. Wajahnya sengaja dikerutkan
untuk menahan kesakitan dan kenyataan yang harus diterima. Perkataan yang
selalu menjadi mimpi ngeri dalam setiap pertemuan indah yang diharapkan.
Perpisahan. Ungkapan pedih yang sanggup dilakukan oleh insan yang disayangi
sepenuh hati. Sesekali dia mengeluh sedalamnya sambil mata dikecilkan untuk
menahan air dari terus bertakung di dalam bundar matanya. Badan Aben yang
gempal kaku menghadap kearah tasik. Kelihatan beberapa pasangan sedang indah
berkayak sambil gelak tawa menghiasi hari bahagia mereka. Ya, mereka bahagia di
sana dan Aben penuh emosi luka di sini. Dia menggelengkan kepalanya. Wajahnya
dipaling menghadap Nia Syahidah yang masih lagi kaku memandang tanah.
“Awak tahu kan saya sayang awak sangat-sangat.
Saya tak mampu hidup tanpa awak, kenapa awak buat macam ni pada saya, Sya?”
soal Aben penuh kesal. “Sya dah tak sanggup menipu diri Sya, Sya minta maaf,”
perlahan bibir kecilnya meluahkan kata-kata.
“Menipu apa Sya? Selama ini awak cakap awak sayang
saya, awak cinta saya, awak nak hidup sampai mati dengan saya, kenapa awak
berubah hati? Saya sayang awak…saya sangat menyayangi awak, Nia Syahidah,”
semakin sebak suara Aben. Air mata sudah pun mengalir namun dibiarkan sahaja
membasahi kepanasan wajahnya.
“”Sya sayang awak juga. Tapi Sya tak
boleh lupakan dia…”
“Azeem..” pintas Aben pantas. Wajahnya semakin
dikerutkan. Kepalanya pula digelengkan. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
diluahkan oleh kekasih hatinya itu.
“Patutlah, cinta lama berputik kembali…” Aben
merengus perlahan.
“Bukan. Sya Cuma tak boleh lupakan dia. Sya tak
tahu kenapa.” Nia Syahidah cuba menegakkan isi perasaan nya.
“Awak pandang wajah saya. Pandanglah wajah saya.
Awak dah lupa apa yang kita lalui? Segala kenangan kita? Dia kecewakan awak dan
saya yakin dia akan kecewakan awak lagi.” Bentak Aben dalam rayuannya.
“Sya tak tahu,” Nia Syahidah masih lagi memandang
bawah.
“Wajah saya pun awak dah tak sanggup nak pandang..”
keluh Aben penuh kekecewaan.
“Bukan macam tu..”
“Habis macam mana sayang? Macam mana?!’ Aben
sedikit menjerit.
“Sya sayang awak. Awaklah orang yang paling faham
Sya. Awak hargai Sya dan Sya suka bila ada dengan awak. Cuma, Sya tak sanggup
jadi penipu. Sya ada dengan awak tapi Sya sering fikirkan lelaki lain. Sya tak
nak kecewakan awak,” Nia Syahidah cuba memberi penjelasan.
“Hati saya dah pun kecewa. Koyak.
Sakit. Habis, selama ini awak cakap awak cintakan saya. Palsu?’ Soal Aben. Nia
Syahidah hanya kaku. Diam. Dia memandang wajah Aben yang dihiasi tangisan
seorang lelaki. Lelaki yang kecewa dengan kisah cinta yang diharapkan indah..
“Sya tak tahu.” Nia Syahidah kembali menatap tanah.
Aben terasa lemah. Nafasnya diatur semula. Setiap nafas seakan-akan melalui
rongga yang penuh bisa. Gadis yang disuntingnya sepenuh keikhlasan kini mahu
pergi meninggalkannya. Seorang insan yang di hatinya mahu dijadikan seorang
isteri. Isteri yang akan menerima sepenuh kesetiaan dan kasih sayang dari
dirinya yang kelak menjadi seorang suami. Dia berjalan perlahan-lahan
meninggalkan Nia Syahidah. Sedikit pun dia tidak mahu menoleh namun, kakinya
bagai dirantai beribu beban hingga berat untuk dia melangkah. Namun, langkahan
demi langkahan yang mencorakkan kepiluan hatinya tetap dilalui.
“Sayang..”halus kedengaran suara Nia
Syahidah. Langkah Aben terhenti.
“Awak tak layak memanggil saya dengan perkataan itu
lagi. Saya nak awak tahu, sepanjang saya bersama awak, saya tak pernah
memandang sesiapa. Saya hanya mahukan awak. Saya meletakkan kesetiaan
sepenuhnya kepada awak. Awak dah buat keputusan. Siapalah saya nak mengongkong
awak? Lagipun, cukuplah awak tahu, lelaki ini menyintai awak melebihi dirinya.”
Langkah Aben terus diatur. Melangkah longlai dengan harapan yang punah.
“Sya minta maaf…” Kedengaran corak kesenduan dalam
ritma nada Nia Syahidah. Ternyata, perpisahan ini juga perit untuk dirinya.
“Kalau satu hari nanti, dia kecewakan awak, saya
harap awak tak lupa, saya selalu ada untuk awak. Biar sakit macam mana pun hati
ini awak lakukan. Saya tak mampu benci awak. Sebab cinta saya pada awak terlalu
dalam. Berdoalah agar saya masih hidup tanpa awak. Sebab sekarang pun saya dah
separuh mati. Assalamualaikum sayang…”Air mata semakin laju mengalir membasahi
pipi. Aben melangkah dan terus maju membelah bayu yang bertiup sayu. Tiada lagi kicauan burung yang sering
menyanyi menghibur suasana hati yang dahulunya indah. Nia Syahidah pula masih
kaku berdiri. Sambil air matanya juga semakin galak mencurah. Malangnya,
kecelaruan hatinya itu menyebabkan dia gagal menafsirkan kenapa air mata itu
digugurkan. Adakah kerana cinta sejatinya telah pergi atau dia kecewa dengan
dirinya yang gagal menghargai kisah cinta yang paling setia.
“Waalaikumsalam sayang…” perlahan bibir Nia
Syahidah begetar mengeluarkan nada sendu. Dia berpusing dan terus berjalan
bertentangan arah dengan arah Aben. Sesekali dia memandang ke arah Aben yang
tidak mahu lagi menoleh. Mungkin hatinya terlalu sakit atau jiwanya terlalu
parah. Nia Syahidah mengesat air matanya sambil menahan teksi untuk terus
pulang. Meninggalkan taman tasik yang sering diisi dengan suasana romantik dan
kasih sayang yang tulus. Kini semuanya kosong dan bertambah kosong.
Ini juga saya petik dari karya penulisan beliau di
mukasurat yang terakhir dengan kata-kata yang cukup indah. Sama-samalah kita
hayati :-
Rebah
Syahidah
Berjalan
meniti nafas,
makin
nafas makin sesak,
merangkak
mengharung gelisah,
makin
gelisah bertambah resah.
Lalu aku
sendiri,
termenung
silih termenung,
lalu aku
berfikir,
ada apa
harus ku termenung?
Aku sudah
teriak,
teriakku
kau buat pekak,
aku
sudah meronta,
malah
rontaku kau buat buta.
Rebahlah
kamu,
dan
dampinglah aku,
untuk
rebahkan kamu,
yang semakin berhantu,
mengusik
imanku,
atas
nama rindu.
Syahidah,
Nyatanya
aku cinta,
Hakikatnya
cinta itu dusta,
Rebah
dalam hatiku,
Yang
letih merindu.
Syahidah,
Bantu
bibirku,
Menjadi
pandai tersenyum,
Tolong
nadaku,
Menjadi
bijak ketawa,
Iringi
nafasku,
Bernafas
seperti sediakala.
Bantu,
tolong dan Iringi ku…
Dengan
rebahmu…
Dan
dimindamu…
Jangan
pernah tercicir…
Yang aku
sayang kamu…
Hingga
ku bertemu
Sesuatu
kepastian
Yang
lebih pasti
TAMAT.
Ingin
mengetahui kesudahan jalan cerita novel HAJAT CINTA SYAHIDAH ini ,
bolehlah membelinya sebagai sumbangan
ikhlas untuk rawatan dialisis beliau.