Location : Gelong, Kedah
Bagi yang suka makan durian kampong, sekarang sudah musim buah-buahan bukan saja di Perlis, Kedah tapi saya rasa di seluruh Malaysia. Saya hanya sempat mengambil gambar buah durian dan rambutan di sekitar kawasan Gelong, Kedah semasa lawatan kami ke sana. Buah Manggis, dokong dan cempedak juga telah berbuah dengan lebatnya.
seronok nampak nun, rambutan dijual dengan harga RM3 sekilo dan buah rambutan pula seberkas RM3
Gambar rumah tradisonal ini saya ambil semasa kami melalui kawasan sawah padi di Gelong dan dari jauh ia kelihatan begitu cantik dan kami terus menemui pemilik rumah tersebut yang kebetulan sedang menguruskan ladang jagung beliau bersama dengan isteri.
Menurut isteri beliau , Makcik Sofiah 2 buah rumah ini dibina dengan kos lebih kurang RM40 ribu , di dalamnya dilengkap dengan semua kemudahan asas dan terletak di tengah-tengah kawasan padi dan bersebelahan dengan ladang jagung yang diusahakan beliau.
Kawasan ladang jagung bersebelahan rumah
Pemandangan melalui tingkap rumah , menurut Mak cik Sofiah rumah ini juga ada ketikanya dijadikan homestay sekiranya tidak digunakan.
Seronok sangat melalui kawasan di sini, sejuk dan pemandangannya juga cukup indah dan menenangkan sesiapa saja yang melalui kawasan ini.