Rasanya macam dah lama tak masuk entry dalam blog, so hari ini saya akan cuba masak sambal petai goreng yang sememangnya favorite saya sejak dari kecil lagi.Sejak dari umur belasan tahun masa sekolah rendah, sambal petai dengan nasi pun dah cukup tak perlu nak ada ikan ke. Satu lagi kegemaran saya ialah cabai goreng (cili goreng) , kalau ada masa saya bagi resepi cabai goreng.
Ikan bilis goreng untuk menyedapkan lagi masakan dicampur dalam sambal petai tadi. ( banyak ni je ikan bilis yang saya jumpa sebab terlupa nak beli )
Bahan-Bahan
1.Petai ( saya buat 2 berkas petai, rasanya dalam 10 tangkai )
2.Cili kering (dimesin halus bersama sedikit bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan )- macam nak buat sambal ikan bilis tu
3.Sedikit perahan asam jawa
4. Sedikit sos tiram dan kicap ( kalau nak masukkan , tak nak pun tak pa)
5. Garam dan gula secukup rasa
Caranya
1. Tumis cili kering yang dimesin halus tadi dalam kuali bersama dengan sedikit minyak. Masukkan satu cawan air untuk menumis.
2. Masukkan 1 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar kicap ( sekiranya anda suka )- masa kecil-kecil dulu tok / mama buat dia tak pernah masukkan pun sos dengan kicap ni. lebih sedap dari yang saya buat.
3. Garam dan gula secukup rasa
4. Sedikit perahan asam jawa
Tumis hingga naik bau atau masak. Kemudian biarkan sejuk sebelum masukkan petai dan ikan bilis supaya bahannya masih lagi rangup.
Sumber Resepi : Tok
Masakan : Penulis Blog
CELOTEH
Nak cerita sikit , saya ni memang hantu petai, kalau saya buat 10 tangkai atau 2 berkas tu 2 hari boleh habis... saya sorang jer.. sebabnya ..petai tu saya buat makan dengan nasi satu bab, yang lainnya saya buat macam sandwich, beli roti gardenia tu, masukkan petai goreng , dan saya juga suka meratah begitu saja sambil melayari internet. So cabai petai goreng saya ni cepatlah habis sebab dari pagi sampai malam lauknya petai , cuma bahan nak dimakan bersama tu saja yang lainnya. Kerana petai juga lah hampir terbatal puasa saya, mana taknya balik saja dari sekolah dari luar dah bau petai goreng...sensitif betul hidung ni... , buka saja kasut , terus baling beg kotak (peti) warna merah hitam , meluru ke dapur mencari dari mana datangnya bau petai, mulalah buka periuk ,kuali terus ngap........baru kunyah dua tiga kali belumpun sempat telan, terdengar suara Tok Cha...ooi hang tak posa ka???? Arrr...alamak terlupalah Cha!!! Begitulah cinta saya pada petai hehehe, Kalau di tempat kerja , bila tandas berbau je mereka kata saya yang punya kerja walaupun saya tak makan petai ketika itu. Tak patut betul kawan-kawan ni. Sampai hati kata saya macam tu ye tak?? Orang punya banyak dalam office saya jugak yang menjadi mangsa!!! Mana saya nak mengadu ni..ade ke undang-undang yang boleh saya sabitkan kesalahan mereka kerana menuduh saya tanpa usul periksa...hahaha.
Masa kecil dulu saya juga suka makan nasi panas-panas dengan sedikit margerin / planta dan sedikit garam digaul dalam nasi yang panas tu , lepas tu masukkan sedikit toyu tak tau mai mana bahasa toyu ni atau (kicap), Makan pula dengan ikan kembung panas wishhhh sedap...tak percaya cubalah Begitulah ceritanya ...ehh ehh panjang pulak celoteh arini..sorry!!
Masa kecil dulu saya juga suka makan nasi panas-panas dengan sedikit margerin / planta dan sedikit garam digaul dalam nasi yang panas tu , lepas tu masukkan sedikit toyu tak tau mai mana bahasa toyu ni atau (kicap), Makan pula dengan ikan kembung panas wishhhh sedap...tak percaya cubalah Begitulah ceritanya ...ehh ehh panjang pulak celoteh arini..sorry!!