Assalamualaikum semua,
Jika anda dalam rangka lawatan ke Perlis ataupun mungkin merancang untuk menziarahi keluarga di sini, pastinya anda tertanya-tanya apa yang boleh anda beli atau bawa balik untuk saudara mara atau rakan-rakan di pejabat, maupun untuk anda sendiri, bolehlah mencuba Kordial Mango yang dibuat dengan mempelam sala ini. Hari ini saya berkesempatan mengunjungi tempat memproses kordial mango yang terletak di Lot 1, Kawasan Industri MARA, Jejawi. Sempat juga saya megambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama.
Di sini saya kongsikan di antara gambar-gambar product yang dibuat di Frutania Industry.
Minuman herba dan minuman untuk kesihatan juga boleh didapati di sini.

Bagi yang berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah :
Tel : 04-9779093 / 04-9782814
atau email :
saparutrading@gmail.com