Station Kyoto yang terletak lebih kurang 20 minit dari hotel urban seta di mana saya menginap, hanya 1 train JR line, kalau tak silap saya 360 yen ( one way ) , memudahkan perjalanan saya ke Kyoto, cuma agak sesak kalau keluar lewat dan keretapi memang sesak dengan manusia Untuk mengelakkan anda bersesak-sesak dengan orang -orang Jepun yang keluar bekerja, pastikan anda keluar awal selepas solat subuh atau keluar lewat sikit, tapi waktu balik sememangnya sibuk dan penuh. Kalau hari Sabtu dan Ahad memang sibuk jadi bersedia untuk berdiri selama 20 minit, itu baru Kyoto. Saya pernah berdiri lebih dari 2 jam untuk keseluruhan perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya. Oleh kerana kedudukan hotel saya berdekatan jugak dengan Kyoto , saya selalunya kembali ke hotel untuk solat dan keluar semula kerana station Kyoto merupakan station utama untuk anda mendapat pengangkutan seperti bas, ke destinasi-destinasi yang menarik. Selalunya saya akan ke Kyoto dan orang pertama beratur untuk menaiki bas yang mula beroperasi pukul 8.00 am. Kalau anda bercuti di Kyoto atau Osaka lebih dari 2 minggu, carilah hotel yang menggunakan khidmat keretapi swasta bukannya JR Line. Bolehlah anda menggunakan Kansai Thru Pass kerana ia boleh digunakan juga untuk menaiki bas , so tak perlu nak beli tiket keretapi dan tiket bas. Oleh kerana saya menginap di Seta Urban terpaksalah saya manaiki JR Line , bagaimanpun diskaun tiket bagi JR Line boleh anda dapatkan di kaunter - kaunter tertentu tetapi tidak berbaloi sekirannya anda hanya menginap untuk jangkamasa yang pendek dan tidak kerap menggunakan JR Line. ( walaupun ia lebih murah ) seterusnya saya gunakan Kansai Thru Pass. Menjimatkan masa beratur nak beli tiket..itu masalah kedua, masalah pertama ada setengah station yang hanya meletakkan nama station dalam tulisan Kanji...aduh pening....kalau hiragana dan katagana bolehlah tahan . Kalau tulisan Kanji ni saya ambil masa sikit nak mengenal hurufnya. Kalau tak faham-faham jugak, terpaksa lah saya berjumpa dengan staff yang bertugas.
Hotel Seta Urban , Otsu , Shiga
Kaunter tiket , alhamdulillah belum ada orang
Hotel Seta Urban , Otsu , Shiga
Harga masa booking RM155 semalam, adakala boleh mencecah lebih jadi pastikan anda rajin melayari internet untuk mendapatkan tawaran yang lebih murah, 5 hari saja saya menginap di sini sebab mana nak cari duit kalau 2 minggu, so saya cari pulak harga hotel di Osaka yang lebih murah. Biliknya luas dan selesa sekali, semua kemudahan asas disediakan. Bilik air pun besar, yang best tu ada green tea, kita minum dulu sebab saya memang suka sangat green tea, memang rasanya agak kelat tapi bila dah selalu minum, dah menjadi kemestian setiap kali berada di hotel.
Stesen Keretapi Seta
Saya selalu keluar awal pagi selepas solat Subuh, kalau anda lihat keretapi pun masih belum beroperasi, belum ada orang yang keluar untuk bekerja.
Ini gambaran dalam keretapi dari Seta ke Kyoto Station, skrin menunjukkan kita akan berhenti di ZEZE selepas ini.
Kaunter tiket , alhamdulillah belum ada orang
Hari ini saya nak ke Arashiyama, untuk memudahkan perjalanan saya akan ambil gambar setiap kaunter atau papan tanda penting untuk rujukan bagi memulakan perjalanan keesokkan harinya pulak. Nasib baik ada tulisan Romaji, kalau tidak lama jugak dok belek-belek tulisan kanji tu, ada tulisan kanji yang saya boleh baca , kalau gagal juga kena cari petugas stesen.