Syukur alhamdulillah,
Akhirnya penantian saya untuk menunaikan umrah terlaksana jua, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana menerima kunjungan hambanya yang kerdil ini di bumimu Ya Allah. Syukur hambamu mu ini kepada mu YA ALLAH di atas segala kenikmatan, di atas segala rezeki , di atas segala kesenangan, kemudahan, kesihatan tubuh badan di atas segala-galanya yang engkau YA ALLAH anugerahkan kepadaku dan keluargaku sepanjang kami berada di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah ....
Alhamdulillah hambamu ini memanjatkan kesyukuran di atas segala apa yang kau berikan selama hidupku ini, semoga YA ALLAH jua melimpahkan segala kebaikan di dunia maupun di akhirat kepada saudara-saudaraku yang beriman walau di mana saja berada. AMIIN.
Mama
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa manisnya pengalaman menunaikan umrah , walaupun pada mula saya juga ragu-ragu samada pemergian saya ke Tanah Suci Mekah ini akan berjalan lancar atau pun sebaliknya. Ini adalah kerana banyak cerita-cerita yang menakutkan, yang saya dengar dan baca mengenai pengalaman mereka-mereka yang menunaikan umrah. Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah supaya sebagai hamba Allah , setiap apa yang berlaku itu adalah kerana perbuatan kita sendiri. Sebagai manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa , hendaklah kita sentiasa sedar di atas segala kesilapan dan bertaubat. Begitu juga diri ini, takut sekiranya Allah tidak dapat menerima saya sebagai tetamunya...takut sekiranya saya tidak sempat menjejakkan kaki di bumi Mekah kerana dosa-dosa yang telah saya lakukan semasa hidup ini, sepanjang masa , setiap ketika, setiap detik dan setiap nafas saya ini...sentiasa dihantui dengan ketakutan, keresahan, kebimbangan sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Oleh itu sebelum saya ke sana, saya banyak melakukan solat taubat memohon keampunan dari ALLAH, memohon ampun kepada keluarga dan rakan-rakan , semoga pemergian saya sekeluarga sebagai tetamu Allah mendapat keberkatan dan kerahmatanmu. Kemanisan beribadah di Tanah Suci Mekah masih terpahat, sesekali airmata ini membasahi pipi , sebak kerana Allah menerima kunjungan hambamu ini tanpa sebarang halangan, betapa Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani.