Bahan
2 cawan tepung beras
1 packet eno
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air
1 cawan nasi disejukkan
1/4 cawan air suam kuku
1/2 cawan gula pasir
Cara
1) 1 cawan nasi diblend dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukkan gula dan blend semula
2) 1/4 cawan air suam kuku dicampur dengan 1 sudu teh yis dibiarkan selama 10 minit
3) Tuang campuran yis ke dalam campuran nasi tadi
4) Masukkan tepung beras dan mesin dalam 2 hingga 3 minit
5) Biarkan sehingga 3-5 jam ( adunan akan mengembang dan menjadi ringan dalam tempoh ini )
6) Akhir sekali masukkan eno dan blend dalam 2 minit
7) Panaskan kukus, masukkan adunan dalam cup kek dan masak lebih kurang 6- 10 minit atau sehingga apom merekah )
CORETAN
Semasa anda blend nasi, anda akan mendapati adunannya agak pekat, jangan tambah air. Teruskan dengan bahan-bahan lain dan dengan sukatan yang diberikan, kerana adunan akan mengembang dan menjadi lebih ringan selepas dibiarkan dalam tempoh yang diberi. Sila guna acuan yang agak tebal kerana bekas yang sepupu saya gunakan agak nipis , jadi dia masukkan pula ke dalam bekas yang tebal ( lapik 2 kali ) supaya apabila ia mengembang taklah jadi macam bunga Raflesia , masukkan jangan terlalu penuh, lebih kurang setengah dari cup kek anda.
Selamat Mencuba