Wednesday, October 30, 2013

JAPAN - Nara Park


Ok, hari ini saya nak bawa anda semua ke Nara Park..... belum pernah pergi,,, nak cuba pergi dengan mak saja, adik dan adik ipar ada rancangan lain. Adik ipar ni kaki pancing so mereka rancang cari kedai pancing dan saya pula suka bergambar dan mengambil gambar ...JOM....




Dalam perjalanan ke Nara, dalam 1 jam setengah sampailah...tapi malang sekali tersilap naik keretapi , pukul 6.30 pagi keluar dari Kshibe, pukul 11.30 pagi baru sampai. Kami tidak menggunakan agensi perlancongan untuk ke Osaka dan perjalanan ke Nara ni pun tidak dirancang terlebih dahulu. Cuma dari info yang kami dapat dari staff hotel , tempat ini jauh tapi menarik. Ini adalah lawatan pertama kami dan yang pastinya kami akan datang lagi kerana hari ini hujan rintik-rintik so gambar kalau ambil , mungkin tidak seperti yang anda harapkan atau bayangkan. Apapun esok dah nak balik, kena redah juga!!!!

NARA PARK MAP
Peta kawasan Nara Park yang begitu luas, tempatnya memang cantik dan menarik cuma tak sempat nak menerokai keseluruhan kawasan. 


Chewah mama dengan payungnya....turun saja dari bas tak sabar-sabar betul mak saya nak bergambar...tunggu tunggu mama ooi....hujan ni, mana nak pegang payung lagi, tripod, beg kamera.....sabar-sabar...Hang ambik gambar aku kat sini, lepas tu kat pokok kuning tu, pokok merah tu pulak....adoi....yelah mama...patut pun hujan turun


Alamak mama...tulah kelam kabut sangat,,,nak focus gambar mama terfokus gambar couple kat belakang tuuu..cantik jugak .well it turned out nice tho..:))


Deer kat sini semuanya jinak-jinak merpati...:) pastikan anda bawa barang makan atau anda boleh beli di sini untuk diberi pada deer tersebut. kalau bawa beg, jangan letak merata2, takut dibawa lari mereka...sebab masa kami sampai ada couple ni beli omiyage (souveniour ) , berbungkus dalam kotak , tiba-tiba jer disambar oleh deer.....mungkin mereka ingatkan makanan. 
















 Macam nak terbang ke bulan je... hohoh





emmm..macamana nak tengok ni...


Pemandangannya cukup cantik, rasa macam  baru semalam balik nak pergi lagi, ...








 Welcome to Nara Park everyone :)





Tak sangka dalam tasik ini ada naga,eh ular ke tuuu.....!!! Let me introduce you to the only one left in this planet......be nice you cute anaconda




Dah jatuh cinta dengan deer kat sini sebab jinak-jinak,walaupun agak jinak, masih ada sedikit perasan takut. semua tanduk dikerat ..kalau tak kerat kena pakai baju besi lah jawabnya


Si ibu sebelum ni control bukan main, ha kena dengan anak dia yang ni,,, tak mau kalah posing...huhuhu




Mama mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekeliling taman dalam keadaan hujan yang masih lagi belum reda dengan payung birunya. Nasib baik kami dah beli payung sebab malam tu sebelum ke Nara, ramalan kajicuaca mengatakan esoknya hujan.  


















Masa kami sampai di sini daun masih belum merah sepenuhnya. sebab tulah pokok ni menjadi sasaran kami, alangkah cantik kalau cuaca pada hari tersebut terang  mesti daun tersebut akan nampak betul-betul kemerah-merahan dan akan nampak lagi menarik dalam gambar.













Merah daun mu menyinari bumi,
Jatuh berguguran di atas tanah,
Semakin kufikir semakin ku selami,
Hidup pasti mati  bumi pastikan musnah 




























Bila  balik hotel dan tunjuk gambar ni pada adik, menyesal berguling-guling sebab tak ikut...heheh...cantik2 , menyesal adik tak ikut. Kami pun sebenarnya hampir tak jadi pergi sebab salah naik train lepas tu turun pulak salah tempat. 


Kebanyakan gambar yang diambil menggunakan tripod dan self timer. Mudahkan!!! 



Gambar ini saya tak guna tripod susah sebab deer tu asyik bergerak-gerak , kena ajar mama ambil gambar, blur pun tak pa, hentam sajalah. Semua deer kat sini tanduknya sudah dibuang , teramat jinak sangat bukan apa tu...lapar, jadi kalau anda ke Nara Park, jangan lupa sediakan sedikit makanan untuk mereka.



Gambar ini saya guna tripod, ooohh giant bumblebee....

Mama tak boleh buat apa kalau saya dah terlalu excited, kalau tegur pun tak guna, lagi overreacted nanti, so dia senyum saja. Cuma dia bagitau kat adik, patutlah kak hang nak pi sangat Jepun, memang cantik dan seronok cuma cuaca agak berangin , sejuk  dan hujan sedikit pada ketika ini.

 Mula-mula tu mama suka sangat bergambar dengan deer ni, lama kelamaan dia asyik ikut saja, mama jadi takut, dah dah lah tak nak ambil gambar lagi....pi sana pi sana!!! Yang Si deer ni pulak...tak faham bahasa malaysia...











 On the way nak balik, sempat juga ambil gambar deer ni, kawasan sekitar Nara ini begitu luas, ini baru satu check point, masih banyak kawasan lagi yang kami tak sempat lawati kerana hujan dan masa yang terlalu singkat




Deer kat sini akan beratur sepanjang jalan masuk ke temple, kalau ada makanan boleh juga bagi, next time kalau datang lagi dah tahu dah apa yang mereka mahu..






Setelah seharian di Nara Park...masa untuk balik...sempat lagi tu bergambar kenang-kenangan di Stesyen Nara



 Beli Omiyage (buah tangan) sikit untuk staff-staff di Hotel Kishibe yang begitu ramah dan baik hati, sebenar hari ke 6 sebelum balik dah tak tahu mana nak pergi, samada ke Kyoto atau ke Nara, oleh kerana saya suka mengambil gambar nature , salah seorang dari staff di Kishebe suggest saya ke Nara....so arigato gozaimashita!!...I was an amazing place, beautiful and worth to visit....

Pemandangan ini saya ambil dari dalam keretapi yang sedang bergerak so agak blur ...


Setelah 1 minggu di Osaka, tibalah masanya untuk pulang, eh eh masih sempat lagi mengabadikan diri dalam bilik, sedih bercampur gembira...mama dah tak tahu apa nak cakap melihat gelagatku yang tak tentu arah, kena posing buat kali terakhir...entah bila dapat datang lagi dan kalau ada peluang Kishibe Hotel menjadi pilihan.


Peduli apa orang kata, sebab bukan kacau orang pun kan!! Adik tolong ambil gambar kakak !! Nak posing habis-habisan ni..


Menyorok belakang pintu pun jadi kerja....selalu sangat saya ambil gambar...tolong pula ya adikku...mama cuma ketawa terbahak-bahak dan terjegat serta kaku saja depan pintu..hahah,  Mereka berdua memang takut kalau saya berposing...tak kira tempat, masa, ikut suka hati  saya je....







Selamat Tinggal bilik kesayanganku....jumpa lagi...sedih tapi masih boleh senyum dan ketawa...tak dapat digambarkan betapa gembiranya sepanjang percutiaan bersama keluarga di Osaka, Kyoto, Nara. InsyaAllah sekiranya dipanjangkan umur..sampai lagi ke sini.


Ini bilik adik pulak, dia jealous sebab tadi dia ambil gambar saya dengan mama, dia suruh singgah bilik dia kejap...nak kemas-kemas dan ambil gambar dia pula... kita ambik sikit sudahlah...banyak barang makanan segera dari Malaysia yang dibawanya...Maggie, PAMA, macam-macam yang tak habis dimakan. so kami bagi pada cleaner. Saya harap mereka boleh makan Maggie tu walaupun agak pedas....

Gambar ini diambil semasa di stesyen keretapi Kishibe, sedang menunggu adik ipar belikan tiket ,,,,sempat lagi posing..kalau boleh sepanjang jalan nak posing ..datang dahlah mahal..biarlah berbaloi dengan gambar-gambar....untuk kenangan ya tak


Adik ipar dah menjeling kat belakang...bukan apa tu jealous tengok kakak ipar dia dari tadi tak habis-habis posing...dia teringin sebenarnya tapi mungkin tak boleh nak cakap...hehehe..dapat adik ipar sporting !!! 


Mama, adik ipar dah terkedu, terkaku, apa yang mereka boleh buat hanya tersenyum...mungkin dalam hati mereka kata kesian budak ni....dah lebih 30 tahun tak datang Jepun..kali pertama masa saya berlajar di Tokyo..1987 , baru dapat menjejakkan kaki semula , itupun di Osaka. sebab Tokyo terlalu mahal...tapi apa yang menarik mengenai Osaka...suasana sekelilingnya yang cantik, tak ramai orang, selesa, dan saya tak menyesal datang ke Osaka sekiranya ada rezeki lagi.



Tak disangka-sangka bertemu dengan Chizu san , staff Hotel Kishibe yang manis, baik dan peramah orangnya. Terkejut beliau bila saya terus memeluk dia dan mengucapkan berbanyak terimakasih. Staff di Kishibe Hotel semuanya bagus dan sentiasa membantu. Pernah adik ipar bertanyakan jalan ke kedai pancing dan bertanyakan tempat yang seuai untuk kami lawati, mereka akan menghubungi kedai berkenaan dan juga akan fotostat salinan / map dan sebagainya untuk kita tanpa mengenakan sebarang charge. 


Transit untuk shopping dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kansai Airport. Ikut sini boleh....Jom...Masa sedang berjalan ternampak Lotteria, restauran ini menyediakan berbagai jenis makanan fast food, kalau masa saya di Tokyo dulu, saya paling menggemari corn soup dan mushroom soup.











Gambar ini pula adik ipar yang ambil semasa kami shopping...lupa pulak nama tempatnya...asyik bergambar dan adik ipar pula asyik cari kedai pancing sehingga terlupa barang untuk diri sendiri. Duit adalah lebih sikit ,,, singgah beli beg dan baju dulu. Masa tu tengah sale...beg-begnya cantik-cantik dan memang sesuai walaupun ketika itu musim autumn, kalau musim sejuk mungkin tak sesuai membeli baju sebab bajunya tebal. Tapi kalau pergi waktu musim bunga lagi best...macam-macam corak baju yang bewarna-warni menghiasi shopping complex 


Kesian juga kat adik ipar, asyik gambar kak ipar dia je...mailah nak tolong ambilkan..yang si isteri (adik saya) tak suka sangat bergambar. Bila kita nak ambil dia kata tak payah sebab kalau gambar kami ada kat situ maksudnya dia pun ada sekali. Bila dah balik ke Malaysia semula, mulalah upload gambar, adik pun tengoklah....barulah tertanya-tanya wei pasal apa gambar adik sikit sangat, meluat asyik-asyik tengok gambar kakak, mama dan suaminya...mulalah menyesal, itu, ini...kami gelak je...lain kali dengar cakap orang tua-tua...sampai sekarang asyik menyesal tengok gambar dia sikit sangat hahaha

Adik ipar sporting... tengok muka adik dengan mama..hehehe...dah buat dah kak hang...mesti dalam hati tu cakap macam tu apa...hhaha.. Adik dengan mama kalau bergambar sopan habis, gaya posing pun lebih kurang sama, kaki mesti ke depan sikit tak kiralah kaki kanan ke kiri..


Lama mana nak meluat akhirnya ketawa juga mereka tengok perangai saya....entahlah rasa macam nak ubah ambil gambar sopan-sopan sikit tapi bila ada depan kamera, secara spontan je jadi...biarkan biarkan!!!Adik tu bukan apa dengki tak boleh nak posing macam saya yang giler2....


Okay sudah dulu,,banyak lagi gambar yang nak upload...tak sempat..sebab baru berlajar buat collage untuk gambar, adalah kelainan sikit....so TO BE CONTINUE....