Thursday, October 3, 2013

Koteow Goreng


Oleh kerana saya berpuasa hari ini, teringin benar nak makan koteow goreng dengan cili pedas manis. Untuk itu selepas pulang dari kerja saya singgah beli koteow dan tauge. Saya terpaksa berpantang dari makan daging merah, maklum saja bila dah meningkat usia, macam-macam penyakit bermaharajalela dalam tubuh. Jadinya bahan yang saya masukkan dalam koteow simple saja.

Bahan

Koteow ( saya lebih suka goreng koteow yang digunakan untuk buat koteow sup, saya ceraikan satu persatu supaya bila kita goreng nanti lebih terasa keenakkannya )

Cili kering yang telah diblend dengan bawang merah
Sos cili ladas ( sebab rasanya pedas dan manis jadi saya tak perlu masukkan gula )
Kicap pekat manis
Sos Tiram
Telor ayam 
Lada sulah

cara

1) Tumiskan semua bahan di atas dan pastikan cukup rasa pedas, manis, masin baru masukkan koteow, tauge dan daun kucai.
2) Masukkan telur yang telah dipukul keliling kuali sambil buka api kuat sikit 
3) Kacau seketika, tutup api dan masukkan lada sulah


Ini pula bahan untuk buat sos cili pedas manis , enak dimakan bersama koteow goreng dan koteow sup

Bahan

8 - 10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
gula pastikan masuk lebih sikit 
garam secukup rasa
perahan air limau nipis ( pastikan agak masam )

Cara

1) Tumbuk cili, bawang putih, belacan
2) Masukkan garam, gula dan akhir sekali perahan air limau nipis atau anda boleh menggantikan dengan cuka.  

Anda cuma perlu cuba mengadunkan bahan-bahan ini dengan betul, supaya rasa, manis, masin, pedas dan masam dapat dirasa bila makan. Sebab adakalanya sos anda mungkin rasa masin saja atau manis dan kurang masam dan sebagainya. Sebelum masuk entry masakan ke blog mesti ada tester, bila Mak Cik kata sedap so okaylah , kalau tak sedap saya tak nak masukkan dalam blog.

Selamat Mencuba