Wednesday, December 17, 2014

MASAK LEMAK CILI API IKAN HARUAN



BAHAN-BAHANNYA

2 atau 3 ekor ikan haruan
2 batang ubi keledek

Bahan A
sebatang serai
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili hidup 
5 biji cili padi ( boleh tambah kalau nak pedas )
1 cm kunyit hidup ( sekiranya anda masuk serbuk kunyit tak perlulah dimesin sekali )
1 keping asam 
secubit belacan
garam secukup rasa

Secawan santan

cara menyediakannya

1. Mesin semua bahan A
2. Panaskan dengan sedikit minyak dan tumis bahan A. 
3. Masukkan santan, biar mendidih dan masukkan ubi keledek dan masak hingga empuk
4. Masukkan asam keping dan ikan haruan tadi biar sehingga mendidih dan ikan masak.
5. oh jangan lupa masukkan garam 


Assalamualaikum, apakhabar semua. Untuk masakan pada kali ini saya sertakan resepi masak lemak cili padi (cili api ) ikan haruan dengan ubi keledek manis yang dimasak oleh Mak Cik. Sebenarnya saya pun tak tahu apa Makcik masak hari ini, sebabnya masa saya keluar rumah tadi, Kak Cik (sepupu) dah call bagitau , ada orang nak datang hantar wang hantaran untuk anak Mak su Ton. Seperti biasa saya akan masuk ke rumah makcik dan terus menuju ke dapur, membuka segala periuk belanga yang ada sebab nak tahu apa yang makcik masak. Barulah saya tahu makcik masak yang kat atas tu. Tanpa berlengah lagi, saya terus mengambil piring kecil, lalu saya isikan masakan tadi ke dalam piring. Nak rasa lah konon-kononnya. Habis satu piring...emmm sedaplah pulak,,,lalu saya tambah sedikit lagi...makan tanpa nasi sebab perut ni kecik,,,kalau dah makan nasi nanti pi rumah mak su ton dah tak boleh nak makan
Dalam hati nanti balik saya nak makan dengan nasi. Jadi bertolaklah kami ke rumah maksu Ton tapi fikiran masih melayang-layang kat periuk yang berisi ikan haruan tadi. Harap-harap tu Pak Cik tak habiskan sebabnya Pak Cik pergi mengail ikan haruan takut kalau dia balik habis semua dimakan....melopong saya nanti.