Wednesday, December 10, 2014

MY COUSIN's WeDDing


Assalamualaikum semua, salam perkenalan dan terimakasih kerana mengikuti blog saya. Untuk entry pada kali ini saya akan muatkan gambar-gambar perkahwinan sepupu saya pada 27 September 2014.



Bergurau-senda bersama teman
Melihat keindahan cahaya bulan
Sama cantik sama padan
Sama manis sama menawan

Berlayar ke laut meredah badai
Hujan dan guruh usah dipinta
Dulu seorang sekarang dibelai
Belaian kasih disulami cinta

Maaflah ye...kadang-kadang terasa nak berpantun, pantun seloka, pantun asmara...buat dah!!


Bukan saja orang yang nak kawin sibuk tapi seisi rumah turut mengambil kesempatan buat baju kenduri....begitu juga Kak Cik yang juga sepupu saya , kakak kepada CT bakal pengantin.



Kempiskan perut sikit, jangan banyak sangat takut nanti tiba hari kawin terpaksa kempis sepanjang majlis.


Mencari tudung yang sesuai dengan baju yang telah siap ditempah memang agak susah. Kalau kena dengan warna , manik-manik atau labuci pulak tak cantik, susah, susah


Nasib baik ada Kak Cik, yang banyak membantu didalam urusan perkahwinan adiknya ini. Ok, cuba yang ini tengok ...macam mana kakak, itu panggilan mereka pada saya. Saya ok ok ok , memang cantik, cun, banyak manik2,labuci.



Setelah siap beli tudung, kami ke Giant supermarket, borong telor untuk persiapan bunga telor dan barang-barang lain yang masih lagi belum mencukupi.


Singgah pulak di Nagoya Textile, sebab kami ingat nak buat sendiri pelamin untuk tempat bergambar bukannya nak glamour macam artis tuu...tidak. Buat ala kadar saja untuk abadikan gambar kenangan pengantin


CT tunggu ye,,,biar kakak dan Kakcik bincang-bincang dan lihat kain dan warna apa yang cun untuk pelamin supaya dapat disesuaikan dengan baju CT. 


Sebelum majlis berlangsung, Wa dan keluarga semuanya mulalah berkumpul saling bantu-membantu untuk persiapan terakhir.



Wa suruh buat wajik / pulut kucai untuk diberi kepada tetamu serta dijadikan salah satu hantaran sebelah pihak perempuan.


Kemudian diisi di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam beg kertas.



Turut sibuk dan letih mestilah kucing-kucing kesayangan kami sekeluarga. Walaupun tidak dapat membantu tapi melihat kepada gelagat mereka amat menghiburkan.


Saya pun turut sama membantu menyiapkan pelamin, bukan senang rupanya, berpeluh-peluh, balik dari kerja terus ke sini, seronok sangat-sangat !!!!.


Hantaran Sumi



 Sejadah



Cleanser for men



Kasut



Jubah Lelaki, ye le takkan jubah pompuan



 Wajik


Jam Tangan



 Tali pinggang dan dompet



Al Quran



Kain Pelikat


Baju Kemeja & Tali leher




Halwa Kundor
Hantaran yang dibawa oleh Mak Su Sg.Petani, Halwa Kundor tapi orang Utara sebut Halwa Kundoq ( bunyi sikit Kundooq dengan dengung yang tinggi hehehe)


Buah-buahan


Coklat

Dibuat sendiri oleh bakal isteri, siap dengan jampi serapah supaya suami sayang hahaha,,,gurau jer.


Cupcake


Biskut Arab


Kek
Bina badanlah lepas ni...





Bunga Telor untuk tetamu, ini boleh dibeli dikedai-kedai sekarang, bukan macam dulu, bersengkang biji mata, buat sendiri bunga telor, sampai bengkak-bengkak jari.  Ini mengingatkan saya lagu "Jari-jariku sakit semua kerna bekerja hari-hari".


Kami juga menyiapkan juga bekas bunga telor, terbanglah burung terbang....!!





Jemput makan kak, tak jemput saya pun


Hari Jumaat sebelum majlis pada keesokkan harinya diadakan bacaan surah Yassin. Ramai orang-orang kampung dan kaum keluarga yang meyempurnakan bacaan dan disediakan sedikit makanan kepada para tetamu. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna..AMIN


Semua persiapan khemah dah selesai


2 hari sebelum majlis perkahwinan CT kami sambut harijadi Kak Cik, selamat harijadi kakcik, semoga Allah panjangkan umur , dilimpahi segala kebaikan dan kesejahteraan di dunia maupun di akhirat.


Coklat Indulgence

Sedapnya kek krim coklat ni, terasa cair di dalam mulut dengan lemak berkrim...nyum nyum..payah jugak nak sebut bahasa orang putih ni



Acara yang paling dinanti-nantikan oleh kami bukan pengantin perempuan...dia memang tak nak pakai inai..tapi dipaksa oleh adik saya..pakailah CT baru nampak awak tu pengantin..heheh. CT yang pada mulanya tak nak akhirnya memaksa diri. Lepas tu sorang demi sorang beratur , ambil tiket ye...untuk inaikan tangan termasuk saya. Nampaknya lebih dari sorang pengantin akan bersanding esok. Diharapkan pengantin lelaki dapat mengenali wajah bakal isteri  berdasarkan muka bukan tangan...hahah




Ini Aain...tangkap dia adik,,kita inaikan tangan dia..ni pun tak nak diinaikan,,,ala seronok2 je....buat teman pengantin. Kalau tak nak sangat, potong jari tu kita inaikan lepas tu kita sambung balik heheh


Mama dan Tok Cik sedang menunggu CT disiapkan oleh Kak Cik, dan adik. Mereka ni macam juru perunding image la hehehe, kalau tak kena mereka komen. Jangan main-main, komen mereka powerful!!!


Masing-masing sibuk di dapur termasuk sepupu lelaki yang baju biru tu.. semua orang perempuan kat dapur..apalah yang dia menyibuk sangat tu, berkawad sana sini.hehhe...Jangan tak tau, sepupu saya yang ini pandai masak..mungkin bagi idea atau cari benda nak makan.


Ini sepupu yang dari Sg Petani dan ibu mereka, sedang potong buah timun dan buah kundoooq (sebut betul-betul..kun doooq) untuk dibuat ulam. Buah kundooq tu Mak Cik nak masak lemak cili api. Saja masak lauk tambahan, masakan sendiri ni lebih sedap, bagi pedas ye Mak Cik. Untuk pengetahuan  sepupu yang baju hijau tu bakal pengantin, yang lain masih slow....eh slow pulak..solo!!! tapi selepas publish entry pasal kawin ni mungkin ramai yang orang kata kena badi....tak lambatlah yang lain-lain akan turut serta. Aduh!!! letih letih tapi tanoshikatta ( Jepun cakap seronok). Yang dalam kuali tu pucuk ubi kayu kat belakang rumah, buat ulam jugak. Yang itu bahagian saya memasak, cepatlah masak pucuk ubi oii, kita buka api kuat sikit sebab saya nak ambil gambar lagi ni....tolong tengok-tengok sama ya Aain ( sepupu jugak, adik CT dan Kak Cik ), lepas ni terima menantu, Aain pulak kot...huhuh.



sempat juga saya berlari keluar ambil gambar kucing-kucing yang bermain tengah sawah. Mereka juga nampak gembira untuk menyambut ketibaaan orang baru dalam keluarga kami.


"I am lost"


Si Ibu, yang tadi mencari anaknya akhirnya bertemu juga, kasih sayang pada mereka tidak berbelah bagi. Yang besar tu pun sibuk menyusu...tak padan dengan besar gajah...


Sabarlah sayang


Lepas ambil gambar kucing, jom ambil gambar bersama pengantin nanti dah tak ada peluang keemasan macam ni lagi.


Songket hitam putih...cantik sangat sepupuku ini


Pengantin dengan gaya ala ala manja..



Gaya ala-ala comel..


Apa lagi, saya dulu ambil kesempatan bergambar dengan pengantin, lepas ni dah susah sebab dah jadi jurugambar. Jurugambar terkaku tak tau apa gaya nak buat..





Gaya ala-ala terkejut tapi comel..heheh


Gaya ala-ala menggoda


Gaya ala-ala padang pasir


Gaya ala-ala jelita










saya dengan sepupu pun nak jugak gambar kenangan dengan hantaran CT.





Gaya ala ala hindustan, sembunyi belakang almari



Gaya ala ala chak, kejap ada, kejap hilang

Macam-macam gaya sepupuku ini. Tapi tak pa...cantik dan menawan.


Kak Cik bergambar dengan CT, senyuman manis yang membuat kedua-dua suami tertawan


Kedua-dua sepupu saya ni memang kelakar sikit...


Bergurau-senda sudah semestinya


Ini gaya terbaru..chuup chuup

Tengok, saya dah kata memang kelakar, terkejut dengan gaya mereka..sampai TERKABUR gambar yang diambil sebab tak dapat menahan ketawa.


Kak Cik dan Maksu pulak nak bergambar, ini kain sari yang kami pakai serupa, warna turquoise. Ikut suka masing-masing nak buat baju kurung ke, jubah ke...saya buat baju kurung , belum pakai lagi, sibuk dok ambil gambar, orang lain dah pakai. 


Comei-comeinya alahai, mengalahkan pengantin



Adik pun belum tukar baju lagi, mama dah. Dok jampi apalah adik saya ni, jaga CT macam dok baca sesuatu tu...kejap lagi nak sembur air


Nampaknya tak jadi nak sembur, mama dah lindung pengantin..heheh. Masa nilah nak bergambar, kejap lagi bila pengantin lelaki sampai, mesti nak berkepit dengan suami pulak


Pengantin lelaki sudah sampai diiringi rakan-rakan rapat





Mak pengantin lelaki yang berbaju hijau,  membawa dulang hantaran dari pihak lelaki.


Jemput masuk dengan penuh hormatnya


Mak Cik , Mak Cik Jah, Mak Su Ton, sedang sibuk kat dapur,aiik besarnya periuk,  nak buat masak lemak cili api kundooq ke tu!!, air sirap untuk tetamu yang datang dah siap belum? Nampak penapis je, lekas Mak Cik tetamu dah sampai, biar kami uruskan hal ehwal di dapur huhuhu





Mak kedua mempelai....yang baju hijau dan baju purple (mak pengantin perempuan).


Hantaran dari pihak lelaki





Jam Tangan


Telekong



Kek


Sejadah


Hemm Sexy City , ke CT yang sexy...


Beg Tangan












sedapnya Coklat












Sabar menunggu upacara akad nikah, mesti jantung berdegup kencang.


Upacara akad nikah sedang berlangsung, lihatlah gelagat pengantin lelaki dan bakal bapak mertua. Macam serasi jer...:) 





Tok Imam perlu pastikan nama bakal isteri takut nanti salah eja nanti, kan susah





Macam tak puas hati jer...kena tanya Bapak perempuan, betul ni ejaan nama CT.


Bolehlah kita mulakan ye.








Masing-masing menunggu dengan debar. debaran dihati pengantin siapa yang tahu....???







Apalah yang bualkan  sehingga pengantin dan mama tergelak besar.














Lega rasanya ya...







Terlalu sibuk fokus gambar si suami, terlupa plak si isteri yang telah menurunkan tanda tangan pada surat akuan nikah.


Apa lagi, nak jemput CT bertemu suami yang telah lama menunggu.








Mari kita mulakan sesi bergambar , memang seronok ambil gambar kedua suami isteri ni, sporting 





Sepadan, Serasi bersama


Semoga perkahwinan ini bahagia diwarnai dengan gelak tawa dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.





Memang seronok dan meriah sekali majlis perkahwinan ini











Mak Mertua menyarung cincin sambil diperhatikan suami


Cium tangan suami tu, jangan asyik tengok kamera je heheh


Cium tangan bapak





Sekarang kita jemput pengantin menjamu selera bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai















Tangan mama asyik melambai-lambai suruh duduk makan







]















Bila jadi Raja Sehari dan Permaisuri ni, tak payah buat apa-apa, kawan-kawan tolong hidangkan. 


Bubuh sikit sudah nasi tuu!


Dok jeling si isteri, kenapa? Isteri bagi signal jangan makan banyak ke??





Cukup-cukuplah tu, jangan bubuh banyak sangat nasi tu.








Makan sikit je...ke?









Di antara tetamu kehormat yang hadir









masa ni lah nak bersembang panjang, bukan senang nak jumpa kawan yang dah berpuluh tahun tak jumpa, ada-ada saja citer.


Citer-citer jugak, makan jangan lupa


Makan pun dah kenyang, kita mula sesi bergambar semula



Oh!! ingatkan tak teringin nak bersanding, cuma pasangan tak dak, saya ni memang ramai sepupu perempuan.



Yang dah kawin dan beranak-pinak pun teringin gak nak bergambar, sebenarnya saya yang beria-ria sangat nak ambil gambar mereka


Mudah-mudahan bertambah-tambah bahagia bila rasa bersanding kali kedua. Lepas tu bagitau abang, jom kita pi honeymoon...siap duit poket!!!









Kak Cik dimana kamu dengan suaminya?? Lekas nanti tak sempat nak duduk atas pelamin.


Mungkin tengah sibuk tu, sebab ada kawan Ct yang vegetarian, jadi Kak Cik kena masak sayur-sayuran special untuk mereka.


Kalau macam tu, kita suruh pengantin ambil tempat semula








































Pakcik, Makcik, Maksu, Adik dan mama menunggu tetamu yang datang










CT dengan Kakcik dan Aain









Geramnya tengok hidung, macam nak cubit -cubit, sukalah Gadis



Bergambar di kawasan sawah padi belakang rumah

Terpaksalah bergambar sorang-sorang sebab suami dah balik nak menguruskan majlis perkahwinan di sebelah pihak lelaki keesokkannya.












Wa dan Maksu


Kanak-kanak paling seronok, tak tau penat. Tolong cuci apa yang patut ya, Umi Anna nak ambik gambar saja


Tema warna untuk majlis perkahwinan CT, warna turquoise, budak-budak pun menggayakan warna yang sama cuma feyen saja yang berlainan  





Mesti pakai ilmu ni!! suka betul Aufa dekat gadis....meh meh sayang dekat Umi Anna plak...

Alah tak jealous pun


Sikit pun tak jealous...hehehe

Si comel lote ni melentuk manja di bahu gadis, sepupuku. Dalam ramai-ramai Gadis pilihan hati, manalah kami tak hot!!! Nasib baik cuaca tak panas sangat

Amboi sempat jugak mama pancing ikan sebelah rumah Kakcik


Ini baru sebahagian daripada keluarga yang hadir pada majlis kenduri CT, ada lagi yang tak dapat cuti dan tinggal jauh


Walaubagaimanapun, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna

Orang lain tak berubah tempat, yang asyik berubahnya saya, biasalahkan , nak buat lain dari orang.

Dah makin kurang
CT dan mak



Baju pengantin untuk hari kedua, sekejap lagi kami akan bertolak ke rumah pengantin lelaki, jom 













Dah sampai di rumah kawan CT, menunggu Raja sehari menjemput Ratu Sehari...



Mana dia isteriku???




















Cantik tak cincin!








Hati-hati sayang! Tinggi sangat kasut tu













































Sempat jugak mama angkat tangan, serba boleh ish ish ish hahaha


Si isteri menjeling, si suami nak laga-laga pipi...macam filem hidustan pulak laga-laga hei


Asyik fokus pengantin, nak juga saya kenalkan pengiring yang kat belakang membawa hantaran tu, terdiri dari sahabat-handai dan kaum keluarga...cayalah...kiri kanan, kiri kanan





Pegang kuat-kuat










Perjalanan taklah jauh sangat , lebih kurang 3 minit saja, kalau dengan kasut tinggi mungkin lebih sikit.


Piss! Pisss..... 


Pengiring pun bukan calang-calang orang, kena interview dulu, boleh senyum tak sepanjang jalan walaupun dibasahi peluh dan ditimpa hujan.


Ini ha orang kuat!! heheh


Wow...romantika 














Dah sampai selekoh, hati-hati membelok, jangan sampai jatuh longkang






































Selepas penat berjalan, akhirnya sampai ke tempat kenduri

Jemputlah ke meja pengantin
















































Buat-buat penatlah tuu..hehehe









































Tolong ambik ayer kat mama sat!! siapalah yang jadi mangsa tuu!! heheh








Sinting lengan baju macam nak cari gaduh je!!!


Ok pandang sini kakcik, apasal adik dok angkat tangan tu... tak cukup nasi ka??








Orang suap tengok suami, ini tengok kamera ...hahah
























Gambar hantaran CT yang diletak di dalam bilik 


Pandai gak suami CT, mengubahsuai bilik pengantin















































Maksu, mama dan orang sepupu saya














































sesi bergambar dengan sahabat-handai 























Mesti ada papa-apa yang dibualkan sehingga tergelak besar pengantin














































































































































Sesi bergambar saya dengan pengantin plak...nasib baik ada adik dan adik ipar yang boleh tolong ambikkan


SELAMAT PENGANTIN BARU CT DAN TAB

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


kalau ada gambar-gambar ini yang anda tidak mahu saya masukkan, hubungi kakak ye!!!