Thursday, December 11, 2014

UMEDA SKY BUILDING, OSAKA, JAPAN




" FLOATING OBSERVATORY "

Great viewing of the city of Osaka and If you happened to be there in the evening and clear sky , you might be the lucky one to watch the golden sunset. We missed the sunset but it's an amazing experienced to see Osaka from the top of the building. I am sure this building looks even more spectacular at night with the lights, and it's a great way to end a day of sightseeing.







Kami sesat ketika mencari jalan ke Umeda Sky Building, merayau-rayau dalam station keretapi Osaka. Nak tanya, rasa macam bersalah sebab semua orang dalam station tu kelam-kabut je, sibuk untuk masuk kerja pukul 8.00 agaknya. Walaubagaimanapun tidak mengapa, saya ambil kesempatan meninjau-ninjau apa ada di sini.


Kami sampai awal pagi, keadaan agak lengang, ini memudahkan saya mengambil gambar kawasan sekitar.


WoW sedapnya....kalau anda nak tahu, kebanyakkan restauran atau kedai menjual makanan di sini menggunakan dummy untuk promosi makanan-makanan yang terdapat dalam restaurant mereka.


Seperti yang anda lihat di atas, looks real but it's not. It makes you want to eat though...memang berkesan menggunakan fake food plastic untuk menarik penggemar makanan. 


Ika fry rice spaghetti yang sebelah kanan tu..



Memang seni betul, orang yang buat ni


Kek








Jangan terkejut, semua ini menggunakan fake food plastick.






Kalau tanya saya boleh makan atau tidak, minta maaf, saya tak pasti sebab tak tahu apa kandungannya, jadi lebih baik menjamu mata saja dari menjamu selera.



Beginilah keadaannya dalam subway, ada tayangan cinema shinchan dan conan. Kalau lama sikit di Osaka boleh tengok




Nak ke Umeda Sky Building tapi tak tau jalannya, dah tanya beberapa orang Jepun , mereka kata dari Osaka Station agak jauh perjalanannya. 



Ini masih dalam Osaka Station, main redah jer...dah sampai kena cari juga Umeda Sky Building tu kat mana lokasinya.


Kawan dah naik escalator, dari sini dah nampak bangunan Yodobashi Camera. Kalau sempat balik nanti bolehlah singgah sekejap, tengok peralatan kamera. Nak tengok samada terdapat keluaran kamera baru atau beg kamera yang murah boleh jugak beli , yang saya beli ni dah putus tali. Jepun ni  selalunya lebih advance, dalam setahun dah keluar kamera baru.


Giliran saya menaiki escalator, ambil gambar dari angle atas, sebelah kanan tu ada bookstudio. Tak pasti apa ada kat dalam, mungkin dipenuhi dengan buku.







Di atasnya di tanam pokok bunga , terdapat satu jam loceng dan tempat duduk, agak luas juga di atas, selesa dan bersih.





rugi kalau tak bergambar, bukan senang nak datang semula





Selesa dan bersih, ini masih awal pagi belum pukul 8.00, kami dah sampai tapi tak tau mana jalan nak tuju



Di belakang saya, anda nampak tak warna merah bulat , itu Ferris Wheel tapi kita tak nak ke sana sebab kesuntukan masa. Saya sediakan itinerary, 1 hari 1 tempat menarik, oleh kerana semua tempat agak jauh, kita tak boleh nak pergi 2 tempat dalam satu hari, kecuali anda pergi dengan travel agent cumanya anda tak boleh berada di suatu tempat agak lama.


Kalau anda memang suka mengambil gambar, adalah lebih baik sediakan itinerary anda sendiri



Kita lihat peta dulu..hemm mcam tak faham je


Mereka kata kena turun dari sini dan terus ikut jalan di atas sampai lalu terowong, ok. kita cuba tengok sampai ke tidak? Boleh jugak tengok bandar Osaka.






Yang tulisan hitam tu Camera Naniwa, kalau berkaitan dengan kamera, memang sangat-sangat menarik perhatian saya, entah bila boleh ke sana


Di antara bangunan yang terdapat sekitar bandar Osaka menuju ke Umeda Sky Building, harap-harap tu betul lah jalan ni, kalau naik teksi , mungkin dah sampai tapi nak kena berjimat ye tak. Cuaca agak sejuk ditambah lagi dengan angin....wooooo sejuk sejuk, kekuatan fizikal dan mental diperlukan sekiranya anda merancang sendiri perjalanan ini.



Grand Front Osaka 


Di seberang jalan terdapat sebuah kedai drugstore (Farmasi), mereka lebih suka menggunakan perkataan drugstore sebagai papantanda. Kalau anda ke sana, nak cari ubat ke, lotion tangan, medicated lipstick untuk cuaca sejuk, panas, sarung penutup muka dan sebagainya, anda boleh tanya begini , sumimasen drugstore wa doko deska? atau kusuriya wa doko deska? Kalau nak lebih polite ...panjang sikit ayatnya tapi tak mengapa orang Jepun tau kita ni orang luar, cuma kalau mereka bagitau jawapannya dalam bahasa Jepun, mungkin anda akan terpinga-pinga. 


Nak lintas jalan pun ada orang yang jaga, macam kat sekolahlah plak, ada pengawal keselamatan. "Kejap ye encik, jangan jalan dulu"



Tengok tu, macam-macam barang anda boleh dapatkan di drugstore


Kita teruskan perjalanan, bangunan ini tidak kurang juga daya tarikannya


Niat di hati meronta-ronta nak lihat apa ada kat dalam tapi yelah...takut tak sempat



Seven eleven pun ada , kalau suka shopping ye bolehlah, nampak macam ada kedai didalam, mesti branded dan mahal tapi berkualiti bagi mereka yang pentingkan gaya dan kualiti. silakan, silakan masuk, tak beli pun tak pa....saya nak pi ambik gambar. Jom kita teruskan perjalanan...

Sebelah bangunan ini dikelilingi air, memang sangat cantik, yang mengkagumkan saya, kawasannya sangat bersih dan sedap mata memandang.



Akhirnya sampai jugak setelah 15-20 minit berjalan kaki, masuk terowong keluar terowong. 



Kawasan sekita Umeda Sky Building ni pun cantik





Ohh Penat, letih tapi seronok teramat, hilang rasa penat bila tempat yang dicari telah ku temui dan alhamdulillah, berbaloi rasanya dapat melawat Umeda Sky Building ni.




kenapa plak lah mulut tu...mengumpat ke ?? Tak payah tengoklah saya. Lihat pemandangan kat belakang tu ya....


Di luar bangunan terdapat peta kawasan dan interior bangunan Umeda. Memudahkan lagi urusan kami.  Perut dah mengeluarkan bunyi lapar! lapar katanya.











Bersebelahan pulak dengan Westin Hotel



Bangunan-bangunan lain yang terdapat sekitar Umeda Sky Building



Pokok bunga sakura yang terdapat di kiri kanan jalan dan taman



Terdapat sebuah taman bersebelahan dengan Umeda Building dan Westin Hotel, kita ke sana dulu makan obento ( bekalan ) yang kami beli sebelum ke sini tadi.


Sediakan tripod dan shoot,,,click click


Beli minuman tin panas "Ocha"   dari mesin minuman yang terdapat di taman tersebut





Taman ini taklah luas sangat dan orang pun tak ramai, selesa makan sambil melihat pokok-pokok bunga sakura yang melintuk-lintuk ditiup angin, tadi ada seorang warga tua Jepun yang leka memberi burung makan.


Cuaca agak sejuk ketika ini, Ocha yang dibeli tadi dapat jugak memanaskan badan.




Gambar ini diambil ketika melalui Umeda Sky Building, ada taman kecil di sebelah bangunan dan terletak di bawah, kena turun tangga. Lepas makan kita naik Umeda Sky Building dulu sekiranya masih ada masa baru kita tengok-tengok apa ada kat bawah ni ye..  Perut pun dah kenyang,,,Jom



Kita menyeberang jalan ini untuk ke Umeda Sky Building, cuba lihat di kanan penuh dengan pokok bunga sakura


Lebih mudah kalau naik teksi, tapi sayangnya tak dapat melihat kawasan sekitar dengan lebih dekat , so better jalan kaki....



Kawasan sekitarnya lapang , jom kita duduk dulu



sejuknya tempat duduk...maklumlah batu..



Tahan pi lah sat...oooo sejuk-sejuk








Rupanya ada taman di sebelah belakang bagunan Umeda ini, jom tinjau-tinjau





 Pemandangan bahagian belakang bangunan Umeda



Semasa mengambil gambar, saya terlihat seorang kanak-kanak Jepun yang sedang berlari ke arah saya, tanpa melengahkan masa saya pun cuba mendapatkan gambarnya, tapi agak kabur sikit.



seronok betul , berlari macam athlete 


ada gaya



dah semakin slow lariannya... acara 1500 meter ni dan pemenangnya.....


Bunga yang terdapat pada musim spring di kawasan ini


My firend was busy taking pictures so I used tripod to take photos of myself


Memang indah, tenang dan gembira sekali ketika berada disini, cuma tahan sikit , sejuk yang teramat


ini gaya jari-jemariku sejuk semua










Terdapat sebuah cafe di sini, apa yang menarik ialah dindingnya di susun dengan bongkah rumput yang menarik



di hadapannya terdpat sepohon pokok bunga sakura


dan di hadapan pohon bunga sakura ini pula..jeng jeng jeng


saya lah





saya teruja melihat keindahan dan rekabentuk bangunan di belakang saya


Teringin nak menjengok ke dalam cafe, pasti interior di dalamnya lebih memukau



















Unik betul cafe ni



Banyak gambar dah saya ambil di sekitar bangunan Umeda, tiba masanya kita naik ke atas bangunan...Jom


















Naik escalator taklah takut sangat tapi masa naik lif rasa macam gayat sangat-sangat...nak muntah , pening semua ada, rasa macam tak nak teruskan 



















Pemandangan di dalam bangunan Umeda































Dari sini anda boleh melihat pemandangan  Osaka dan anda boleh ambil gambar matahari terbenam, itupun kalau anda sanggup tunggu














Saya akan bawa anda ke Roof Top bangunan ini
















Gayat-gayat!!!!








eh! eh gambar siapa tuu



























Dah lama sangat kat atas ni, walaupun suhu menunjukkan 16 darjah C, masih lagi sejuk, jom kita turun ambil gambar kat bawah dan balik















































Sekiranya anda banyak masa , bolehlah melawat Umeda Sky Building, saya difahamkan pemandangan malamnya lebih cantik...mungkin satu hari nanti saya akan ambil gambar pada sebelah malam pulak.