Sunday, December 28, 2014

PERLIS- KARNIVAL MUZIUM KOTA KAYANG 2014

Assalamualaikum semua.

Pada 26, 27 dan 28 Disember telah berlangusng nya Karnival Muzium Kota Kayang, Perlis. Pelbagai aturcara dan aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sempena pelancaran karnival ini. Perasmian oleh En. Moh Adib bin Zakaria ( Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis) pada 27 Disember 2014. Di antara petikan teks ucapan ," Kemunculan Muzium Kota Kayang sebagai antara destinasi pelancongan Negeri Perlis kini membayangkan bahawa kejayaan Jabatan Muzium Malaysia dalam merangka pelbagai usaha bersama kerajaan negeri untuk melonjakkan negeri Perlis sebaris dengan negeri lain untuk menjadikan institusi permuziuman sebagai antara detinasi utama pelancongan negeri. Saya berasa amat bangga dengan usaha-usaha berterusan yang dilakukan oleh Jabatan Muzium Malaysia dalam menganjurkan program seumpama ini seiring dengan matlamat untuk mempromosikan muzium serta menarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Kota Kayang khususnya masyarakat negeri Perlis.  Ini adalah di antara teks ucapan yang telah dibacakan pada hari perasmian tersebut. 









Aturcara yang disusun begitu rapi selama 3 hari berturut-turut oleh Jabatan Muzium Malaysia Negeri Perlis mampu menarik perhatian masyarakat Negeri Perlis dan acara-acara yang dipertandingankan juga telah berjaya dijalankan dengan lancar dan sempurna walaupun di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.  












Perasmian Karnival Muzium Kota Kayang, Perlis


Pameran Koleksi Terpilih























































Pameran Koleksi terpilih oleh Jabatan Muzium Negeri Perlis di antara yang menarik hati saya, pameran-pameran lain anda boleh layari entry blog saya sebelum ini, Pameran Di Muzium Kayang Perlis


Persembahan Kebudayaan JKKN, Perlis










































Persembahan kebudayaan yang paling saya nanti-nantikan kerana Malaysia memiliki adat budaya yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, unik , menarik, dan mempesona. 








































































Antara hasil kraftangan yang menarik





chapal





Bukannya mudah untuk menghasilkan apa yang anda lihat ini, kreativiti, ketekunan, usaha dan kecekalan diri amat perlu. 
Syabas !! Pemiliknya bukan sahaja menghasilkan kraftangan malah sulaman, jahitan, cenderamata, aksesori, hiasan dalaman dan kerja kahwin. Ingin mengetahui lebih lanjut, email pada liznim@yahoo.com.my












Penyertaan oleh pelbagai badan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan, termasuk dari Jabatan Muzium Negara dan juga jualan produk-produk oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti Kraftangan Perlis



Pentas yang disediakan untuk persembahan


Persembahan istimewa dari Ezad Exist


Sportingnya Ezad, sampai turun pentas beliau membuat persembahan bersama-sama peminat. Di antara lagu-lagu yang didendangkan Jesnita, Percayakan Siti....hemmm agaknya peminat sebelah kiri tu nama siti dan yang kanan Jesnita....


Nanti kita minta Ezad buat lagu nama lelaki pulak...seronok betul Pak Cik ni bergambar dengan Ezad











Ezad meminta salah seorang dari peminat menyanyi bersama beliau. 


 Haaa.... jurugambar salah seorang peminat,,,click! click. Tahniah Ezad, suara masih mantap, semoga anda akan terus berjaya dalam bidang ini.






Selain daripada itu pihak muzium juga mengadakan pertandingan memasak masakan tradisi seperti Asam Pedas dan Nasi Ulam 
( kedua-dua masakan ini memang kesukaan saya)

Antara peserta-peserta pertandingan asam pedas ikan darat bersama keladi
























Besar kuali Makcik, mesti sedap, tak sabar nak merasa air tangan orang-orang veteran memasak



Kecik sangat tu kak bekasnya.....bawak macam Makcik tadi tu haaa..


sedang memotong daun bunga kantan untuk asam pedas keladi...fuhhh!!!





Fikir apa lagi kak...nanti tak siap asam pedas tuu





Serius kak kita ni


Masak dengan senyuman




wooo!!! dah mengelegak asam pedas ,,,,hemmm bau harum daun kesum menusuk masuk ke hidungku membuat aku terasa begitu lapar sekali.



Niat di hati ingin merasa 








sambil buat blog ni,,,terliur dibuatnya saya



senyuman manis makcik dengan asam pedas


kalau semua yang masak asam pedas mempunyai senyuman yang manis ,mesti asam pedas akan jadi asam manis..hemmm siapa tahukan





Asam Pedas Perlis akan direbus sehingga masak, tidak sedikit pun menggunakan minyak masak. Kalau makan dengan nasi ulam..fuhhhh meleleh peluh..





Syabas kepada semua kerana berjaya menghasilkan asam pedas terhebat , nasib baik saya tak jadi pengadil pertandingan memasak, saya pasti pilih semua sebagai juara.... 



Peserta-peserta pertandingan Nasi Ulam


Bahan-bahan untuk nasi ulam


Banyaknya ulam....saya memang peminat setia ulam...

Bila bicara mengenai nasi ulam teringat saya arwah Tok, menjadi sesuatu yang wajib bila berbuka puasa dihidangkan dengan nasi ulam. Arwah akan mengutip pelbagai jenis ulam-ulaman di sekeliling rumah, seperti daun pucuk kadok, pucuk sekentut, dan macam-macam ulam yang agak sukar didapati sekarang.


Ulam dihiris / dipotong nipis untuk digaul bersama nasi yang dibiarkan sejuk


Tidak lupa ikan goreng masin yang kemudiannya ditumbuk dan digaul ke dalam nasi, agaknya inilah rahsia awet muda orang dulu-dulu, banyakkan ulam dalam hidangan dan banyakkan senyuman ketika menyediakannya.









Nasi Ulam ini memang bagus untuk kesihatan






Kerisek, lengkuas juga merupakan salah satu bahan yang dimasukkan ke dalam nasi ulam. Tapi perlu juga menggunakan sukatan yang betul kalau terlebih kengkuas, mungkin melopong kerana pedas, kalau terlebih ikan masin, mungkin terbeliak-beliak biji mata anda nanti. Apa kata kita serah saja pada peserta-peserta veteran kita. 



Setiap peserta mempunyai kreativiti masing-masing di dalam penyediaan nasi ulam ini. Wah!!! nasi ulam ini pun dah menggoncang nafsu makan saya ni.....pada ketika saya masuk entry untuk karnival ini dalam blog, saya puasa pulak ..aduh!!! Macam nak berbuka dengan nasi ulam rasanya....hariini  


Kreatif kak sorang ni, comel-comel nasi ulamnya








waduh!! bahan-bahan nasi ulam yang tersusun rapi, dan ada bubur lagi




































Sukaneka Tradisi ( Kasut Tempurung Kelapa ), 
Jangan putus asa dik!!! Kasut tak padan dengan adik yang kecil molek..heheh..Syabas dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan.


Peraduan mewarna kanak-kanak usia 7-12 tahun, hebat adik kecil ini, mungkin lebih fokus bila meniarap agaknya.





Mendengar syarat-syarat pertandingan, biasalahkan, disebalik kanak-kanak ini, siibu dan sibapa turut menyelit bersama, pengadil pun terpaksa umumkan "pertandingan untuk kanak-kanak sahaja, diminta ibubapa beredar. Bukan apa tu ...ibubapa ni nak bagi sokongan dan galakkan. 


Good Luck adik kecil!!


Penuh konsentrasi


Ibubapa pun apa kurangnya, selepas anak mewarna mereka pun ambil kesempatan menyertai acara sukaneka tradisi yang dipertandingkan. Nampak saja mudah tapi sebenarnya susah, ingat senang ke nak menggolek roda yang bulat dengan kayu


Meliaht musuh masing-masing hehehe








Tak aci abang, kena golek dengan kayu bukan dengan tangan...


Dangai

Selain daripada  pertandingan memasak dan sukaneka, demonstrasi membuat dangai dan Pek Nga juga diadakan


Pek Nga


Sedapnya dapat makan Pek Nga dengan kuah kari ikan.





Demonstrasi membuat Peknga














Demonstrasi membuat dangai


Hasil kraftangan oleh golongan Kurang Upaya








Refleksologi



Juga diusahakan oleh orang kurang upaya





Tengok mereka bermain, teringin jugak nak mencuba!!







Aktiviti sampingan 





Pertandingan Burung Merbah Jambul dan Murai Batu 














Sesi bergambar


Pemenang-pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bagi kategori masakan "asam pedas keladi dengan ikan darat" dan "Nasi Ulam"

Sepanjang 3 hari program ini berjalan walaupun saya hanya dapat meluangkan masa mengambil gambar pada dua hari terakhir, saya dapat melihat kemeriahan dan sambutan menggalakkan dari masyarakat Negeri Perlis. Saya yakin usaha dan kerjasama yang berterusan dari semua badan-badan yang terlibat di dalam menjayakan program ini akan membuahkan kejayaan yang besar. Mungkin di masa akan datang pihak pengurusan dapat mengadakan pertandingan "History Hunt" bagi membolehkan peserta lebih mengenali dan memahami sejarah. Sebagai contoh menyediakan soalan-soalan berdasarkan pameran-pameran sejarah yang terdapat di muzium. Walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada Puan Tengku Intan Rahimah binti Tengku Mat Saman ( Pengarah Muzium Kota Kayang ), serta semua pegawai dan kakitangan Muzium Kota Kayang yang telah berjaya di dalam misi mereka memperkenalkan dan menjadikan Muzium Kota Kayang sebagai salah satu  destinasi pelancongan dan seperti teks ucapan Yang Berhormat Tuan Romli bin Dai ( Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ) yang percaya dengan penganjuran program ini memberi peluang dan kesempatan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita, Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua dan rakyat Negeri Perlis. 

Akhir sekali saya memohon kemaafan sekiranya ada di antara catatan atau gambar-gambar yang saya muatkan di blog saya menyinggung perasaan sesiapa. Terimakasih dan sampai jumpa lagi.