Thursday, January 10, 2013

Muzium Kayang

Assalamualaikum semua...

Sebenarnya gambar ini dah lama,tapi tak sempat nak upload so hariini ada masa sikit nak bawa anda ke Muzium Kayang di Perlis.


Tak pernah ambil kursus modelling teringgin nak jadi model.. macamni lah rupanya...sebab tu sampai sekarang berapa kali hantar resume untuk modelling agency tak pernah dijawab!! kenapa ya???


Ini pemandangan muzium Kayang di sebelah belakang bangunan, cantik tapi maaflah ya...saya jadikan black & white. Kalau dari photo asal memang cantik, banyak pokok menghijau di sekelilingnya


Ini yang saya tak suka ni...orang posing penat2, jari telunjuk pun nak masuk jugak . mula2 tu tak perasan rasa macam nak potong je jari tuuu.....




Rama-rama terbang melayang
Hinggap di dahan bunga kertas
Makin ku renung makin terbayang
Taman hati siapa penghias?


Ampun Tuanku Sembah Di ampun, semoga Allah merahmati Tuanku dan seluruh rakyat Negeri Perlis dan Malaysia kerana kita masih lagi hidup dalam suasana yang aman dan damai lagi harmoni , berbagai kaum dan berbilang bangsa.

Lebih kurang 15 minit saja dari Kangar ke Muzium Kayang. Sekiranya anda menggemari laksa ,jangan tak cuba laksa Kuala Perlis , perjalanan dari Muzium Kayang ke Kuala Perlis cuma 10 atau 15 minit. Kalau rasa jauh sangat boleh juga  singgah di Restoran Nelayan 2 lebih kurang 5 minit, bersebelahan dengan kolam air. Pasembor kat sini pun sedap.








Masih lagi pemandangan di luar Muzium Kayang sebelum saya bawa anda semua ke dalam muzium.










Gambar2 keturunan Raja Perlis dari dahulu hingga sekarang. Kalau ada masa lapang elok juga kita mengenali dan mengambil tahu mengenai Raja kita supaya dapat kita sampaikan maklumat ini kepada orang lain ataupun anak cucu kita sendiri, ye tak!






Pukul Gong  bertalu-talu
Biar kedengaran berbatu-batu
Moga rakyat Perlis sihat selalu
Hidup aman kekal bersatu








Di bawah sekali saya upload gambar-gambar Menteri Besar yang pernah berkhidmat di Perlis. Jasa mereka akan tetap dikenang sampai bila-bila kerana dapat mengekalkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Perlis.























Sebenarnya banyak lagi gambar yang tidak sempat saya ambil kerana kesuntukan masa,bagaimanapun saya akan cuba untuk merakamkam sebanyak mungkin gambaran di dalam muzium ini di masa akan datang sebab saya perlu menggunakan tripod supaya gambar lebih jelas maklumlah bukan profesional 





Sebelum saya menutup tirai tahun 2012 , saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakyat Malaysia, jagalah kesihatan kerana kalau kita sakit ada duit banyak pun dah tidak bermakna. Bagi seluruh umat Islam yang saya kasihi , lakukanlah amal ibadat dengan ikhlas, berbuatlah kebaikan, jadilah hambaNYA yang beramal soleh.