Bakal Menantu
Sememangnya tidak dapat dinafikan penggunaan
Bahasa Inggeris telah mempengaruhi hampir
keseluruhan masyarakat kita , kalau boleh bercakap Bahasa Inggeris saja
dah kira bagus, Bahasa Inggeris ni bukan setakat orang sekarang , orang dulu-dulu
pun dah pandai berbahasa Inggeris. Kalau nak ke pasar , Jom kita pi market,
Tolong ambil sikat mak atas setboard tu….ini antara perkataan yang seringkali
digunakan , Ingat lekeh sangat ke orang dulu. Sekarang ni berlumba-lumba nak
cakap Bahasa inggeris , kalau di kampung boleh cakap dua tiga patah perkataan ,
dah rasa macam duduk kat London, tapi saya rasa macam baru duduk dalam
kapalterbang untuk ke London..huhuhu, ditambah
pula anak dapat berlajar di luar negara, si anak memang dah
kita tahu boleh berbahasa Inggeris, tapi
yang lebih-lebih si Mak, Abang nak saya bancuh coffee bukan kopi lagi dah, gurau
jer…takkanlah sampai macam tu sekali..my son berlajar di UK 4 tahun and next
year dia buat Master , so you know, very busy body …Busybody tu orang yang suka
campur urusan orang lain Makcik , makcik taulah saja gurau tadi tu… hebat betul ya anak makcik ..tanya anak dara
kampung, Dira . Bukan apa tu! nak pasang strategi kena ngorat mak nya dulu.
Macam bawa kereta masuk gear 1 dulu , bawalah lauk masakan sendiri, dah tak
kira sedap ke tidak untuk anak makcik makan. Masakan ni kena buat dengan perasaan kasih sayang baru menjadi.. terasa asam garam, manisnya Gear 2, selalu-selalulah jengok
bakal mak mertua, tanya khabar , Gear 3 , bawalah bakal mak mertua berjalan-jalan keluar makan
ke, shopping ke, pendek kata jangan kedekut sangat, setiap rezeki yang kita sampaikan pada orang lain akan dibalas dengan rezeki yang berlipat kali ganda tapi mesti IKHLAS..itu yang nak pesan dari tadi tu!! Gear 4, Belilah kain atau kalau mak mertua yang jenis suka bergaya tu belilah pin broch yang besar tapak tangan tu, dari
jauh dah nampak bersilau-silau, Tudung yang ada manik-manik besar tu ke..ini bukan pendek kata lagi, panjang kata perhatikan cara pakaian beliau, pujuk mak mertua ni susah sikit, bapak mertua ni rasanya takpa...beli durian satu guni kalau dia suka durian, yang penting pikat mak dulu.... Gear 5, kenalilah semua ahli keluarga beliau,
buat baik jangan berlakon, ikhlas , kenalah sopan-santun, orang tua ni suka
menantu yang lemah lembut, suara tak tinggi, surau garau ke parau ke tak pa, bukan saja nak buat, Allah dah bagi macam tu, kalau cakap biarlah volume tu antara dengar
dengan tak…..ehh betul ke ni!! gelak tu controllah , jangan sampai nampak anak langit, anak
tekak, itu pesan kawan sepejabat, mesti ada batasnya, kalau baru kenal si dia buat lawak sikit , gelak sampai satu restoran dengar , lebih kuat dari sorakan bolasepak siapa suruh...alamat arini je jumpa esok telefon pun tidak...2 minggu lepas tu telefon jemput datang kenduri kahwin. …adoi
adoi,,,,bagus jugak ada kawan yang suka memperingati sesama kita.
Yang penting
dapat tengok bayang Lukman anak makcik Pah pun jadilah. Cuma satu kupinta,
janganlah dah masuk semua gear kena masuk gear reverse…kalau dah reverse
rasanya tukar kereta lain jer lah, mungkin tak sesuai dengan kereta tu,.. Zaman
sekarang sudah tak menjadi hal kalau timba cari perigi ke, perigi cari timba
ke…, perigi dah tahu tempatnya,timba lah kena berani cedok air. Kalau dalam perigi tu carilah tali, tak sampai
jugak cari perigi lain.Apa ku kisah !!! Munkin perigi tu tak sudi dengan timba,
hehehe .
Yang Lukman
ni pulak tak kisah siapa bakal isterinya sebab dia dah malas mencari, pernah
kecewa beberapa kali membuatkan dia putus harapan. Jodoh pertemuan itu di
tangan Allah tapi kenalah berusaha, hati dah meronta-ronta nak berteman ,
tengok orang lain ada kawan Dira pun mulalah duduk tak senang sebab dalam
kampung tu tinggal beberapa kerat je lagi yang masih bujang , rasa-rasa Dira
dialah yang paling lama membujang , orang kampung asyik bertanya, engkau bila
lagi Dira? Aduh kenapa sibuk sangat mereka ni, macam dah tak ada benda lain
yang nak dibualkan, sekali dua tak pa , kalau setiap kali nampak Dira ,soalan
yang sama juga bukan setakat hati yang
panas, telinga , mata , rambut pun boleh
terbakar dibuatnya. Kau tu bukannya tak
ada rupa tapi kenalah berusaha sikit , ini tidak duduk memerap je depan komputer,
main Facebook. Aduh pandai makcik Kiah ni , mana dia tahu pasal semua tu.
Facebook berhantu kau tau tak, dulu makcik pun tak tahu tapi anak perempuan
makcik lah suruh daftar Facebook, senang katanya kalau dia upload gambar, mak
boleh tengok , sekarang ni dah lebih 1000 orang kenalan makcik , semua kenalan
masa sekolah dan masa kerja dulu. Facebook tu memang ada baik dan buruknya tapi
bergantunglah pada diri sendiri, kalau yang baik disalahgunakan , jangan pulak
mengkritik Facebook tu, tak faham makcik macamana boleh sampai bercerai berai
kerana laman web sosial tu,tapi kalau dijauhkan perkataan sosial jadi so
sial….ahhh munkin jugak tak bagus. Ketawa Makcik Kiah buat lawaklah konon tu. Panjang pulak makcik Kiah berleter harini,
kenalan Facebook Dira baru mencecah 400 orang , hebat betul Makcik Kiah ni ya,
sambil menggelengkan kepala. Makcik Kiah hanya tersenyum.Kau tu jangan duduk goyang kaki , kena usaha cari teman. Dah
mula dah, ingatkan nak cerita pasal Facebook, bila masuk topik jodoh, kahwin ni
rimas dibuatnya. Mulalah cari alasan, Dira sakit perutlah Makcik Kiah, aduh dah
memulas-mulas ni, semalam makan garam belacan, Dira minta diri dulu ya lagipun Dira
ada kerja rumah nak buat ni. Sebenarnya harini
nak masak asam pedas untuk keluarga Lukman, sebab esok dia akan berangkat
semula ke UK menyambung pengajiannya. Dengar kata Mak Pah pun ikut anaknya ke
sana.
Setibanya di rumah Mak Pah Dira menghulurkan masakan asam
pedas dan sambal ikan bilis 1 tupperware besar untuk bekalan Lukman di sana
sebab sambal ikan bilis memang favourite Lukman. How are you today Dira?
Terperanjat juga bila Mak cik Pah mengajukan soalan tersebut. Apa kena pulak
orang tua ni? Saya sihat-sihat saja Mak Cik, Mak Cik sihat ke? Ohh I am ok je,
not sick but ok, you come come , sit. You wan't drink? Tak payahlah susah-susah makcik, sekejap saya datang ni..ooo good good Berkerut-kerut juga melihat gelagat Mak
Cik Pah. Belum pergi Uk dah mula lorat , nanti balik macamana?
Beginilah kisahnya , akhirnya
Dira dan Lukman disatukan , Dira pun bukan calang-calang orang , memegang
jawatan sebagai Pengurus Bank di bandar besar. Bukan main bangga Mak Cik Pah ,
ramai orang kampung yang datang meraikan pengantin. Paling membanggakan bila
kenalan Lukman berbangsa Inggeris juga datang. Ada juga rasa bongkak bila
memperkenalkan anak menantunya, my daughter in raw ! Bukan raw mak…law, alah sama jer tu. Bila jumpa saja
kawan Mat Salleh Lukman, dia dulu sibuk, please come, come..ini bridebroom ,
bridebroom sambil menunjuk ke arah kami. Mak bukan bridebroom tapi bridegroom ( Pengantin Lelaki ), kalau bride ( Pengantin
Perempuan ) , Broom tu Penyapu mak. Maksudnya dah jadi Pengantin Penyapu. Ye lah
tu, aku tahu saja nak buat lawak.. yelah tu mak
Gelak
ketawa bergurau senda
Kenangan
bersama kita berdua
Bahasa
Melayu Bahasa Ibunda
Bahasa
Inggeris Bahasa Kedua
Kayu belah
cincin rotan
Cincin di
sarung di jari kanan
Begini
kisah hanya hiburan
Ampun maaf
saya pohonkan