Thursday, December 13, 2012

Kehilangan

Assalamualaikum semua,

Sepertimana yang kita semua maklum, kehidupan kita ini hanya satu persinggahan. Bila ketikanya kita menemui Pencipta Yang Maha Esa adalah rahsia NYA. Setiap makhluk Allah di mukabumi ini bila sampai saat kematiannya akan dijemput Allah, Bila? Di mana?, Bagaimana? juga menjadi RAHSIA NYA. Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersiap-sedia, jangan ingat ohh aku masih muda, sihat mesti orang umurnya 70 an ke atas yang dijemput dahulu.Kata ALLAH, Tidak. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan kita tanpa kita sendiri mengetahui dan kehilangan seseorang dalam kehidupan kita adalah satu kesedihan, sesuatu yang kita tidak duga sedangkan kita baru saja bergurau-senda, baru saja bercakap di telefon, berjanji untuk bertemu, berjanji untuk makan malam bersama, berjanji untuk menghadiri kenduri dan sebagainya. Biarpun kita hanya mengenali seseorang tidaklah serapat keluarga kita tapi kehadiran beliau pada setiap hari ketika memulakan kerja, senyuman beliau, gurau-senda, gelak tawa beliau, keramahan dan ketekunan beliau menjalankan kerja dan suara beliau masih lagi terngiang-ngiang di telinga. 

Wajah beliau yang sentiasa mengukirkan senyuman pada hari terakhir bekerja , masih ku ingat lagi, hari Jumaat bersamaan dengan 7hb November 2012, entah kenapa pada hariitu Zah tidak banyak bercakap, beliau menjalankan tugas beliau seperti biasa membersihkan pejabat kami, orangnya masih muda tapi mempunyai tanggungang yang cukup berat dalam meniti kehidupan ini. Mungkinkah pemergian beliau kerana stroke ini kerana sayang NYA ALLAH pada beliau, munkinkah kerana ALLAH lebih mengetahui bahawa beliau tidak akan dapat menanggungnya seorang diri, ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI LAGI SESUATU.....pergilah Zah, aku mendoakan agar tempatmu adalah syurga yang terbaik, yang terindah di antara semua, lupakan saja bebanan di dunia ini, munkin setelah pemergianmu, mereka tidak lagi bergantung harapan yang cukup besar yang tidak mampu kau tanggung. Mereka mungkin menjadi insan-insan yang lebih tabah, bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini tanpa orang tersayang di sisi. 

Biarpun aku hanya mengenalimu ketika di pejabat sahaja, aku seringkali mengusik dan sesekali bila aku menyanyi, terdengar sahutan dari mu, kemudian kita akan ketawa bersama kerana tidak dapat menghabiskan lagu tersebut sebab terlupa lirik. Kak Anna, Kak Anna itulah satu-satunya perkataan kalau akau mengusik dirinya yang hanya tertawa dan tersenyum, kerana tidak dapat membalas usikanku. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah kami keluar bersama, cuma kalau ada jamuan hari raya atau, jamuan-jamuan kecil yang dibuat di pejabat, Zah tidak kami lupakan. Beliau sama-sama meraikan hari raya , sama-sama menyediakan hidangan, ketika aku menulis ini pun senyuman manisnya masih jelas terbayang , beliau seorang yang lemah-lembut, sopan santun bukan seperti aku, kadangkala rasa malu juga kerana beliau lebih muda dari aku.Pernah satu ketika kami terpaksa menyediakan karipap untuk jamuan dan aku telah mengajar beliau cara-cara membuatnya, sekelip mata karipap beliau lebih cantik klimnya dari aku, lebih sedap pulak tu. Dah lawan tokei ni aku mengusik, tapi itulah Zah yang aku kenal hanya di pejabat dan dalam waktu yang singkat kerana kesibukan kami bekerja. Selepas pemergian beliau pernah juga terfikir kenapa aku tidak cuba mendekati dan mengenali beliau dengan lebih dekat dan pernah juga terlintas di hati ini, nasib baik juga aku tidak mengenali beliau sebegitu dekat kerana kehilangan seseorang walaupun bukan ahli keluarga kita sendiri adalah sebuah kehilangan yang cukup besar.

Aku masih ingat lagi pada hari Jumaat 7hb Disember 2012, beliau menjalankan kerja  seperti biasa dan berlalu tanpa sepatah perkataan, cuma aku sememangnya dalam sehari mesti ada saja yang aku tanyakan, kalau aku tidak mengusik Zah bukan akulah namanya. Sempat juga aku menyakat Zah sebelum beliau keluar, Zah kejap...entah kenapa aku ingin tahu nama sebenarnya, dia menjawab Sabariah, aku bertanya lagi kenapa panggil Zah, Zah panggilan di rumah dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Ooooh jawabku sambil itu aku mengusik beliau..nama yang cantik Sabariah,.... Sabar Yah Sabar Yah aku mengusik beliau....sambil berlalu dengan senyuman manis terukir dibibir sempat juga perkataan ...Kak Anna ni, dan beliau pun berlalu pergi. Pada sebelah petang beliau datang seperti biasa untuk menyambung tugasnya, dan kebetulan pada hari itu, salah seoarang dari kenalan di pejabat kami akan melangsungkan perkahwinan dan sempat juga dia menghulurkan kad kahwinnya pada Zah.

Zah begitu gembira dan tersenyum riang dan sempat juga beliau mengucapkan tahniah dan mengusik sahabatku ini...katanya Akhirnya kahwin juga adikku ini, nanti Kak Zah pi tapi haritu ada kenduri di tempat lain sama......itulah kata-kata terkahir yang aku dengar sebelum pada pagi Isnin 10hb Disember 2012, aku mendapat khabar bahawa Zah berada dalam keadaan kritikal di hospital kerana stroke. Beliau tidak sedarkan diri pada sebelah pagi sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir lebih kurang pukul 11.00 t.hari pada satu tarikh yang tidak akan dilupakan iaitu 12.12.12 (  Rabu )Sempat juga aku melawatmu di hospital, bergenang airmata di kelopak ini cuba menahan dari gugur kerana kau bukan sesiapa , bukan keluarga tapi kenapa sedih ini tak dapat kugambarkan.. Tarikh yang menjadi idaman  pengantin untuk mendirikan istana bahagia , setiap ibu yang melahirkan bayi mereka, tetapi bagi ku tarikh itu hanya kesedihan. Kehilangan besar bagi anak-anakmu yang masih kecil membuatkan hati ini sayu, airmata dan tangisan anakmu di dalam telefon ketika aku mendial nombor telefonmu benar-benar menyentuh hati kecilku....Aku tak dapat berkata-kata mendengar tangisan anakmu, hanya perkataan Sabar...Ketika aku berkunjung ke rumahmu untuk mengambil puding yang kau buat untuk jamuan makan pada hari Isnin, ibumu sempat bertanya....doktor kata darah beku di kepalamu, tak pa kah...??? Aku pada mulanya terdiam mencari jawapan  kepada persoalan ibumu yang sesekali mengalirkan airmata, kugagahkan menjawab , tak pa makcik, doktor nanti keluarkan darah tu nanti oklah dia, dan dijawab oleh dua rakanku...Tak pa makcik,,,dia dalam penjagaan doktor, InsyaAllah semuanya selamat... ibumu tersenyum menampakkan kelegaan dan hatinya nampak tenteram dengan jawapan yang diberikan kami.. begitupun hati kecil ini takut untuk menyatakan perkara yang sebenar bahawa keadaan Zah begitu kritikal, hanya keajaiban dan kuasa ALLAH saja yang bisa menyembuhnya, maafkan kami Zah kerana tidak mampu menyatakan perkara yang sebenar pada ibumu. Sebelum beredar dia sempat juga mengeluarkan kuih pau yang kau simpan di dalam peti ais untuk di bawa ke tempat kerja . sarapan pagi Zah katanya...dan aku sempat juga bertemu dengan anakmu yang paling comel saling tak tumpah rupanya sepertimu , anak yang tidak mengerti apa-apa ini hanya menjawab saja setiap pertanyaan ku. Ya Allah kau berilah kekuatan , ketenangan, ketabahan , kesejahteraan buat anak-anak ini dan ibumu. Hanya doa kupanjatkan pada rohmu Zah, sahabat, adik dan kau juga telah menjadi sebahagian dari keluarga kami di pejabat ini. Semoga kau tenang di sana, semoga rohmu ditempatkan di syurga yang terindah dan berbahagialah kau di sana Zah....AMIN. 

KAU SAHABAT, TEMAN, ADIK DAN KELUARGAKU.....Aku bersyukur dapat mengenalimu.


BERJALAN MALAM BERHATI-HATI
LAMPU MERAH TANDA BERHENTI
GURAU SENDAMU MENCUIT HATI
PERGIMU TIADA PENGGANTI






 Zah yang kukenali..no2 dari kanan