Bahan-bahan
6 ekor ikan kembong sederhana besar
segenggam kelapa parut
2 sudu kecil lada hitam
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 biji telor ayam
Isi ikan yang saya kikis dari 6 ekor ikan tadi
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakannya
1) Ikan kembong dibelah belakang, dibuang tulang dan kikis isinya mula dari ekor ke atas.
2) Tumbuk lada hitam dengan kelapa parut dan serai sehingga lumat, dan masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati kemudian baru masukkan bawang besar dan tumbuk lagi tapi saya lebih suka bawang tersebut ditumbuk tidak begitu hancur.
3) Asingkan dalam bekas, masukkan garam dan gula halus secukup rasa dan akhir sekali pecah telor ayam dan gaul dalam bahan tadi sehingga sebati supaya bila menggoreng ia melekat dalam ikan.
4) Sumbat bahan-bahan tadi didalam ikan dan goreng dalam minyak penuh dan panas.
5) Tekan sikit badan ikan semasa anda masukkan dalam kuali untuk menggoreng supaya isi tidak terkeluar dan goreng hingga masak.
CORETAN
Kalau ikan sumbat ni, 3 ekor saya sorang pun boleh habis, tak perlu makan dengan nasi, meratah macam tu saja atau cicah dengan sos cili. Fuhhh!!! sedap. Penyediaannya agak rumit dan leceh ketika nak asingkan isi ikan, itu saja, yang lain mudah. Makan lagi mudah dan cepat habis sebab tulang dah dibuang