Bahan- Bahan
1 packet rempah kari daging
Halia sebesar ibujari ( dihiris halus secara memanjang )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 ulas bawang merah ( ditumbuk )
Bawang yang ditumbuk ini digaul dengan rempah kari
3 sudu besar kerisek dicampur dengan rempah kari tadi dan dimasukkan sedikit air panas dan sedikit santan pekat serta digaul sebati
5 biji Terong saiz sederhana
1 mangkok santan
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan air asam jawa
Bahan untuk menumis (A)
Kulit kayu manis ( 1 batang )
Bunga Lawang
Bunga Cengkeh
1 ulas bawang putih ( dimayang )
2 ulas bawang merah ( dimayang )
Caranya
1) Tumis bahan (A) sehingga kekuningan
2) Masukkan rempah kari yang telah digaul sebati tadi
3) Kacau hingga pecah minyak / sehingga rempah betul-betul masak
4) Masukkan santan dan biar mendidih
5) Masukkan terong
6) Masukkan gula, garam dan perahan air asam jawa
5) Biar mendidih / masak
CELOTEH
Terlebih dahulu saya pohon ampun dan maaf kerana dah lama tak update blog. Maklum saja dah nak masuk hujung tahun ni kerja makin bertambah-tambah, nasib baik berat badan tak bertambah, kalau dah masak mesti nak makan tapi kesihatan kena jaga, makan sikit biar lauk keliling pinggan, sebelah malam saya amalkan minum susu dan roti. Semalam saya hanya makan mee goreng mamak, petangnya saya lupa plak beli beras nak makan dengan pekasam ikan sepat yang telah dibuat oleh Mak Nun, bila dah sampai rumah baru perasan beras dah habis, hujan dah makin lebat kat luar, sejuk mula mengancam dan angin mula menikam-nikam seluruh tubuh..hehehe...eh macam nak buat novel pulak ceritanya, ,,,hemm apa nak makan ni??? selongkar punya selongkar dalam peti ais, ada baki mee ...tapi nak makan pekasam mesti dengan nasi panas-panas...kat luar hujan dah menggila lebat aduuuh bahasa....tak pa kita goreng 3 ekor ikan pekasam sepat menua dulu, goreng baki mee yang tak sampai semanggkok...lepas tu tunggu hujan berhenti baru beli beras. Tunggu punya tunggu hujan tak juga berhenti...bau pekasam sudah sampai ke hidung dan telah menular sehingga ke seluruh tubuh ...jadi saya buat keputusan makan mee goreng dengan pekasam, baru makan seekor...sedaplah pulak, dengan kerangupannya dan bau harum membuatkan saya goreng 4 ekor lagi pekasam ikan sepat menua tu. Akhir cerita saya kenyang dengan menu baru Mee Goreng Ikan Pekasam....
Sumber Resepi : Mak Cik
Masakan : Mak Cik