Bahan
3 biji telor dari dalam peti sejuk
220 gram gula halus
250 gram tepung gandum
150 gram susu segar ( Dutch Lady )
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Pewarna merah, hijau, kuning
Cara
1) Campurkan semua bahan kecuali pewarna
2) Putar dengan kelajuan maksima selama 6 - 8 minit ( sehingga kembang )
3) Bahagikan kepada 3 adunan dengan setiap satu diwarnakan dengan 3 pewarna tadi
4) Sudukan setap satu adunan berselang seli ke dalam cup kertas
5) Masukkan inti kegemaran anda. Untuk adunan yang dibuat oleh sepupu saya ini, beliau menggunakan coklat compaound yang dipotong dadu.
Sudukan semula ketiga-tiga adunan tadi untuk menutup coklat ( anggaran 3/4 penuh cup kertas )
6) Kukus selama lebih kurang 10- 15 minit
Sumber Resepi : Kak Cik
Masakan : Kak Cik
CERITANYA
Menurut sepupu saya, ini cubaan pertama beliau, tapi bila saya makan, rasanya lembut dan sesuai dengan inti coklat cuma menurut beliau coklat yang beliau gunakan agak sedikit, jadi anda boleh potong coklat biar banyak / besar atau masukkan inti blueberry/ strawberry dan sebagainya.