Bahan
13 helaian daun pandan dimesin ( tapis 1 cawan )
1 cawan santan pekat
3 cawan air untuk masak agar-agar
1 packet agar-agar ( 10 gm )
1/4 cawan gula pasir ( tambah jika anda suka manis )
secubit garam
Cara
1) Masak agar-agar dengan 3 cawan air
2) Masukkan gula
3) Masukkan 1 cawan air daun pandan yang telah ditapis tadi
4) Kacau hingga mendidih
5) Sementara itu kacau telur di dalam 1 cawan santan pekat
6) Masukkan garam
7) Masukkan santan dengan telur ini ke dalam adunan agar-agar tdi dan buka api supaya menggelegak sambil dikacau sehingga santan nampak seperti berbintil-bintil dan tutup api.
8) Tuang kedalam loyang yang telah dibasah dengan air, biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sumber Resepi : Kak Cik ( sepupu )
Masakan : Kak Cik & Penulis Blog
CERITANYA
Assalamaualaikum semua, di harap anda semua sihat dan sedang berada di dapur untuk mencuba pelbagai resepi, kalau tak menjadi juga masakan pada hari ini, teruskan mencuba dan terus mencuba, InsyaAllah dengan berkat kesungguhan yang anda tunjukkan akan membuahkan hasil yang menakjubkan, siapa tahu kan!. Hari ini kami ke rumah Mak Cik Jah, sebab nak hantar kain untuk dijahit. Baju Raya Haji!!! Baju Raya Aidil Fitri saya baru nak buat walaupun dah 1 bulan berlalu , mereka dah berkira-kira buat baju untuk sambutan Raya Haji..bila sampai di Kampung Mak CiK Jah, mata saya mesti tidak lepas memandang keadaan sekitarnya yang dikelilingi sawah padi, manalah tau ada bahan untuk saya ambil gambar. Terpandang saya pada jantung pisang depan rumah Mak Cik Jah, lepas tu mulalah mereka-reka nak buat sambal apa untuk dimakan dengan jantung pisang. Saya teringin sangat nak makan sambal belimbing buluh, tapi belimbingnya mana nak cari, ??? Tiba-tiba saja Mak Cik Jah kata ada orang bagi dan masih ada dalam peti ais, maka saya dengan muka selambanya..minta sikit boleh. Mak Cik Jah bagi satu plastik ...rezeki rezeki...Lepas tu Mak Anjang sebelah rumah ajak kami ke rumah beliau ambil anak pokok pinang untuk di tanam di kampung. Pantang diajak, terus saya capai kamera...ini di antara gambar-gambar yang saya ambil
Pada mulanya nak ambil anak pokok pinang saja tapi bila nampak pokok keladi, buah amra (buah kedondong), buah belinjai maka semuanya dirembat, terpaksalah Mak Anjang melayan kerenah kami, pokok keladi putih dan keladi udang (airnya warna merah ), sedap kalau buat asam pedas atau pun masak lemak cili api dengan ayam, eh nostalgia lagi, arwah tok suka sangat masakan ini dan saya pula lebih suka keladinya daripada ayam... Buah belinjai ni dah lama tak makan sejak arwah Tok Cha dulu, dia suka sangat buah belinjai ni makan dengan santan pekat campur gula. Rasanya masam2 manis tapi bila dah disatukan dengan santan, rasa lemak manis , sedap bagi mereka yang suka...mulalah teringat kembali zaman kanak-kanak dulu, nostalgia lagi.....
Hati-hati bermain dengan batang keladi tu....takut menjadi-jadi gatal kena airnya, bukankah nak ambil anak pokok pinang??? mananya??? Inilah dikatakan bagi betis nak peha...hahaha
Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing tapi siapa yang nak masak tu nanti..heheh..hari Isnin cuti 1 Malaysia , kami ada rancangan nak ke rumah Mak Su , boleh juga masak lemak keladi ayam untuk makan tengahari di sana , pastinya makan tengahari begitu menyelerakan...
Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing tapi siapa yang nak masak tu nanti..heheh..hari Isnin cuti 1 Malaysia , kami ada rancangan nak ke rumah Mak Su , boleh juga masak lemak keladi ayam untuk makan tengahari di sana , pastinya makan tengahari begitu menyelerakan...
Beginilah rupanya buah tu, kulit keras, coklat keperangan warna isinya tapi bila kami belah, isinya dah busuk , jadi tak dapatlah nak merasa kelazatan buahnya, daripada santan yang saya parut tadi membazir begitu saja kami pun buat agar-agar lumut.
Ini adalah aksi-aksi spontan yang sempat saya ambil , Mak Cik Jah dengan Mak Anjang sedang menjolok buah amra untuk di makan dengan garam belacan.
Menurut Mak Anjang, pokok ini adalah Tuba Barah / Barah Tuba , tak pasti namanya yang sebenar, daunnya dijadikan bahan untuk mengubati penyakit barah.
Setelah selesai kerja-kerja mengutip, menebang, mengangkut semua buah dan batang keladi dan anak pokok pinang kami minta diri untuk pulang sebab jam dah hampir pukul 12.30 tengahari. Terimakasih MakCik Jah dan Mak Anjang, lain kali kami datang lagi ya.