Friday, July 26, 2013

Kek Orange Sicilian

Assalamualaikum semua, 

Publish buat kali 2 untuk tahun 2013, dalam bulan puasa ni tak sempat nak update blog...saya mohon maaf pada semua...bukan setakat sibuk di dapur tapi kerja makin bertambah sebab nak cuti raya. Kepada semua muslimin dan muslimat saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya. Berhat-hati ketika pulang berhari raya dan banyakkan amal ibadat, doa saya semoga semuanya sihat, jaga diri walau dimana saja anda berada. Bagi yang tak dapat pulang, yang jauh di perantauan, usah bersedih hati....ya. Kita jumpa lagi ..kalau sempat saya akan cuba sedaya upaya untuk update blog...ini. Jaga diri anda.


Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan ke rumah sepupu, dari pagi sampai petang...acara yang menarik kami sepupu-sepupu ni biasalah memasak, macam-macam masakan yang telah kami cuba. Semalam sepupu saya cuba buat kek orange resepi Mat Gebu, sedap dan Gebu. kami menggunakan pemanggang ajaib dan hasilnya memang ajaib sekali 2 adunan dalam satu pemanggang, siap dalam tempoh 15 minit.


Sepupu2 saya memang suka mencuba pelbagai resepi dan yang bagus nya menjadi plak tu...cubalah memang sedap!!!









 Ini pemanggang Ajaib yang saya maksudkan, boleh beli di Menang Glassware...eee promotelah pulak..Klau tak salah saya RM100 atau sesiapa yang kebetulan nak ke Langkawi boleh dapatkan dengan harga RM95.00. Kalau semata-mata nak beli pemanggang tak payah lah membazir RM5.00 tu, beli jer di Menang Glassware, Cosway pun kalau tak silap ada jual jugak...



Machehlah sepupu2 ku , memang sedap, arini bawa pi office, semua kata sedap dan minta resepi...







Nampak texturenya yang berongga DAN GEBUS  tu, minggu depan mungkin nak buat kek lain pulak...sebab ada kenduri sikit PADA 29HB.  Jangan tak cuba ya !!!

Ini resepi untuk 1 adunan yang saya salin dari cousin saya :-

Kek Oren Sicilian ( untuk 1 adunan - guna oven) Kalau nak cuba pemanggang seperti di atas kena buat 2 adunan )

125 gm mentega
125 gm gula halus
125 gm tepung naik sendiri
2 biji telur tak kisahlah gred apa janji telur ayam , kami guna gred A
3/4 sudu teh parutan kulit oren ( Parut yang kuning saja jgn sampai kulit putih nanti pahit )
40 ml jus oren ( diambil dari buah yang diparut tadi , Lebih kurang 1 biji setengah)

CARANYA :-

1) Putar mentega bersama gula halus hingga sebati.
2) Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang
3) Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi ssedikit dan kacau perlahan-lahan
4) Masukkan perahan air oren tadi bersama parutannya dan kacau sebati.
5) Sapukan mentega dalam bekas adunan pada sebelah atas dan bawah pemanggang.
6) Tuang ke dalam bekas pemanggang ajaib dan masak dalam masa 15 minit.

Peringatan :-

  • Pertama kali sepupu saya cuba buat 1 adunan tapi terlalu nipis, jadi semalam dia cuba 2 adunan dan hasilnya seperti di atas, kalau masak dalam pemanggang ni tak payah nak panaskan seperti oven, pasang api dapur dan letakkan pemanggang ini tadi. 
  • Ia cepat masak dan pastikan dialih pemanggang supaya sebelah atas pun masak.
  • Yang kami buat adalah untuk 2 adunan dan kami kurangkan gula dari resepi asal.

TERIMAKASIH

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kami kepada Mat Gebu di link berikut
http://www.tiffinbiru.com/search/label/Kek
 untuk resepi kek di atas. Cuba layari blog beliau , memang banyak masakan-masakan yang sedap cuma kena rajin macam Mat Gebu je!!!



SELAMAT MENCUBA

Friday, July 19, 2013

Photography



All pictures taken by DSLR 3100 at my friend's house

Saya memang suka mengambil gambar nature atau apa saja mengenai pemandangan, landscape, insects dan lain-lain gambar yang saya rasa menarik perhatian. Gambar-gambar ini saya ambil di rumah kawan saya Nun, sambil menyelam minum air...masak pun masak juga....kalau ada gambar yang menarik jangan lepaskan peluang.


Kalau masa kecil dulu, pepatung ini akan jadi mangsa umpan untuk pancing ikan. Tapi sekarang ni ramai kaki pancing menggunakan umpan lebah atau ulat burung, udang, cacing tanah dan sebagainya.



Sekarang ini susah nak cari pepatung, tak tahu kenapa...dah makin pupus agaknya...di kampung saya dulu dikelilingi pokok-pokok hijau, sejuk dan sedap mata memandang tapi  sekarang dah cerah, kawasan sungai pun telah dikorek lebih dalam sebab kerap berlaku banjir. Suasana kampung dah tak macam dulu, pepatung jejarum yang kecil dan halus macam jarum tu susah nak jumpa...sedih juga dengan perubahan yang berlaku...saya pun tak pasti bila semuanya berubah....tapi begitulah lumrah alam ciptaan ALLAH ini.... 




Mungkinkan perubahan-perubahan ini disebabkan keangkuhan dan kejahilan manusia itu sendiri??? 


Thursday, July 18, 2013

Gulai Pisang



Gulai Pisang

Bahan-Bahan

1) 3 biji pisang Abu
2) 1 bungkus serbuk Kari Babas ( digaul sebati dengan sedikit santan / air )
2) 2 ulas bawang merah ( dimayang halus )
3) 2 ulas bawang putih ( dimayang halus )
4) 1/2 cawan santan pekat
5) 1 sudu kecil halba campur
6) sedikit perahan asam jawa 
7) garam secukup rasa

Cara

1) Tumis bawang yang telah dimayang halus bersama halba campur hingga pecah minyak / kuning.
2) Bancuh serbuk kari bersama dengan sedikit santan
3) Masukkan bancuhan tadi di dalam bahan-bahan yang ditumis dan kacau hingga pecah minyak
4) Masukkan sedikit perahan asam jawa, anda boleh masukkan lagi nanti sekiranya kurang masam.
5) Masukkan santan dan kacau hingga mendidih dengan api yang sederhana.
6) Masukkan pisang dan garm secukup rasa
7) Akhir sekali ikan dan biar seketika. 

CELOTEH

Gulai Pisang ini sumbangan resepi dari Mak Nun member baik saya, sebenarnya hari tu nak cuba masak kek sicillian dan Kek Planet Kukus. Masa tu makcik baru sudah masak Ayam Masak Kicap dan Gulai Pisang, saya dah makan sebenarnya, perut  ni kalau dah makan nasi sekali dah tak boleh nak masuk lagi, jadi saya minta nak rasa saja ayam masak kicap dan gulai pisang tu. Kalau sedap saya nak minta resepi masuk blog. Sedap pulak...so inilah resepinya...Hari yang sama kami buat kek sicillian menggunakan pemanggang yang agak besar sikit saiznya, ok juga tapi rentung sikit sebab saiznya agak besar dan lebar menyebabkan ianya cepat masak di sebelah bawah dan yang atas tu masih belum masak. Lepas tu kami buat kek planet kukus pulak, resepi nanti ya!!!!


Thursday, July 11, 2013

Ikan Masak Tempoyak


Bagi anda yang tidak begitu gemar makan buah durian, anda boleh cuba menggunakan isi durian yang disimpan lebih kurang 2 atau 3 hari , tapi ambil isi yang agak manis dan elok dan simpan untuk beberapa hari di dalam peti sejuk untuk dibuat tempoyak.


Bahan-bahan

1) Isi durian ( disimpan sekurang-kurangnya 3 hari atau lebih  , baru ada rasa mcm masam-masam manis...tu yang menyedapkan masakan )
2) Cili kering yang telah diblend bersama 2 ulas bawang merah. Kalau nak blend sekali dengan serai dan bahan-bahan lain pun boleh
3) Sedikit kunyit hidup 
4) Sebatang serai
5) Garam secukup rasa

Cara-cara
1) Blend serai, kunyit hidup, bawang merah 
2)Masukkan dalam periuk dan masukkan tempoyak dan air kemudian rebus hingga masak. 
3) Masukkan ikan untuk seketika dan bolehlah dihidangkan


CELOTEH

Minggu sebelum tu saya pergi rumah sepupu, Mak cik masak tempoyak dengan ikan kembung. Tinggal 2 ekor , berebut-rebut dengan sepupu meratah. Jadi minggu berikutnya Pak Cik dapat banyak ikan masa pi pancing dan bermacam-macam jenis ikan pulak tu. So saya teringin sangat nak makan jadi kami buat masak tempoyak dan kami masukkan semua jenis ikan seperti, gelama, ikan merah, ikan sembilang dalam masakan tersebut. Disebabkan saya yang teringin-ingin sangat nak makan, so saya lah yang masak. Lepas masak mesti kena merasa  , sedap dah memang sedap. Rasa kali pertama , rasa pulak kali kedua...lepas tu sepupu pun kata..aiik kakak merasa ke? makan ke?. Saya pun jawab ...kena rasa sekurang-kurangnya 2 pinggan baru confirm cukup garam ke atau ada kekurangan tempoyak boleh tambah lagi. Dipendekkan cerita buatlah ye ..memang sedap...Sihat pun sihat sebab rebus saja tak guna minyak pun.

Wednesday, July 10, 2013

Ayam Masak Kicap



Resepi Ayam Masak Kicap dari Dapur Mak Nun


Bahan-bahan

1)    1 ekor  / sebelah ayam
2)    Halia sebesar ibu jari ( dipotong halus )
3)    1 biji Bawang besar ( dipotong bulat )
4)    2 Cili besar( dipotong )
5)    2 ulas bawang putih
6)   Goreng ayam dulu ( ikut suka kalau nak garing atau setengah masak )
7)   1 sudu besar kicap pekat
8)   1 sudu besar sos tiram 
9)   Sedikit perahan asam jawa
10) 1 sudu kecil perencah secukup rasa Maggie


Cara-cara

1. Tumis halia dengan bawang putih.
2. Masukkan kicap, sos tiram, perahan asam jawa , air untuk kuah
dan tumis hingga masak.
3. Masukkan perencah secukup rasa Maggie , bawang besar , cili.
4. Akhir sekali masukkan ayam, gaul hingga rata dan tutup api.




   

Tuesday, July 9, 2013

NOVEL


NOVEL
Hajat Cinta Syahidah

Karya K. Nazmi Rodzy
Berasal dari Jitra, Kedah, mendapat pendidikan awal di SK Ibrahim, Sungai Petani yang kemudiannya terus meningkat ilmu di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Beliau merupakan lulusan Ijazah Profesional Undang-Undang pada 2011 dan kini sedang menyambung pengajiannya dalam bidang Undan-Undang ke peringkat Master.
Beliau juga merupakan penulis skrip TV dan filem selain menghasilkan novel sulongnya ini.
Apa yang boleh dikatakan tentang karya ini adalah garapan penuh unsur cinta, ‘suspen’, seram, sedih, humor, setiakawan, kekeluargaan serta kerohanian. Tidak ada kisah cinta seperti ini. Karya cinta yang bukan semata-mata cinta. Ini janji yang terukir pada karya pertama Khairul Nazmi Rodzy.
Kata pegangan penulis : “Bila takdir telah tertulis, redahlah biar payah, kerana kalau tidak melangkah, masa depan akan mengeji kita. Jadi melangkahlah penuh gagah!”
-          Petikan dari Novel beliau –

Dari penulis blog ,

Untuk pengetahuan semua, beliau yang sekarang ini mencecah usia 26 tahun menghidap sakit buah pinggang di kedua-dua belah  yang kritikal. Memerlukan bantuan dan sumbangan sesiapa saja bagi menampung kos rawatan dialisis sepanjang hayat dengan kos mencecah lebih kurang RM200.00 setiap kali rawatan dibuat.  Sumbangan boleh dibuat dengan membeli Novel sulong beliau ini dengan harga RM30.00 (termasuk harga pos). Novel ini tidak ada di pasaran dan kepada yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi nombor telefon di bawah :

012-4518062 (ibu beliau)
017-3657654 (beliau sendiri)




Sebagai penulis blog, ini saja bantuan yang dapat saya lakukan iaitu dengan menghebahkan untuk pengetahuan semua. Semoga ada pihak yang sudi memberi sumbangan dengan membeli novel beliau dan benar-benar menghargai karya penulisan beliau.

Sebuah karya ikhlas yang penuh dengan nilai serta jalan ceritanya yang tersendiri. Kisah cinta yang mengangkat nilai kesetiaan dan kebodohan dalam mengikut perasaan. Aben terlalu mencintai Nia Syahidah. Kisah cinta mereka adalah kisah cinta yang terlalu manis bagi diri Aben. Namun kini Aben keseorangan dengan kesetiaannya yang tidak pernah terbalas. Kisah ini menjadi menarik dengan bermulannya ‘journey’ melepaskan hajat yang pernah dijanjikan Aben kepada Nia Syahidah. Selepas ‘journey’ berakhir, Aben berharap akan tenang dan benar-benar melepaskan Nia Syahidah yang selama ini terkurung di dalam hatinya. ‘Journey’  tidak munasabah ini menjadi lebih menarik, keliru, huru-hara serta penuh dengan emosi apabila dua rakan baik Aben iaitu Zathir dan Hazwan secara tidak dirancang terjebak. Lebih serabut lagi apabila tunang Zathir bertegas mahu juga mengikuti misi tidak tentu arah itu.

Prolog
Petikan dari Novel beliau
Taman Tasik Shah Alam      17 April 2011

“ Tapi kenapa?’Suara Aben sedikit kuat. Suasana nyaman tasik pada petang itu seakan-akan tercemar dengan perasaan hiba yang pantas meluru ke lubuk hatinya. Burung undan yang terbang rendah seakan-akan meraikan kecelaruan perasaan yang menghiasi pertemuan yang sepatutnya indah.
“Sya minta maaf… Sya dah tak mampu,” Nia Syahidah perlahan menuturkan bait-bait kepahitan itu. Matanya redup memandang tanah. Dia bagaikan tidak sanggup memandang wajah yang dikecewakannya. Wajah yang selalu meluangkan hatinya untuk Sya. Namun, hari ini hati itu disakiti. Terlalu dalam Sya menyakitinya.
Aben menarik nafas. Wajahnya sengaja dikerutkan untuk menahan kesakitan dan kenyataan yang harus diterima. Perkataan yang selalu menjadi mimpi ngeri dalam setiap pertemuan indah yang diharapkan. Perpisahan. Ungkapan pedih yang sanggup dilakukan oleh insan yang disayangi sepenuh hati. Sesekali dia mengeluh sedalamnya sambil mata dikecilkan untuk menahan air dari terus bertakung di dalam bundar matanya. Badan Aben yang gempal kaku menghadap kearah tasik. Kelihatan beberapa pasangan sedang indah berkayak sambil gelak tawa menghiasi hari bahagia mereka. Ya, mereka bahagia di sana dan Aben penuh emosi luka di sini. Dia menggelengkan kepalanya. Wajahnya dipaling menghadap Nia Syahidah yang masih lagi kaku memandang tanah.
“Awak tahu kan saya sayang awak sangat-sangat. Saya tak mampu hidup tanpa awak, kenapa awak buat macam ni pada saya, Sya?” soal Aben penuh kesal. “Sya dah tak sanggup menipu diri Sya, Sya minta maaf,” perlahan bibir kecilnya meluahkan kata-kata.
“Menipu apa Sya? Selama ini awak cakap awak sayang saya, awak cinta saya, awak nak hidup sampai mati dengan saya, kenapa awak berubah hati? Saya sayang awak…saya sangat menyayangi awak, Nia Syahidah,” semakin sebak suara Aben. Air mata sudah pun mengalir namun dibiarkan sahaja membasahi kepanasan wajahnya.

“”Sya sayang awak juga. Tapi Sya tak boleh lupakan dia…”
“Azeem..” pintas Aben pantas. Wajahnya semakin dikerutkan. Kepalanya pula digelengkan. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang diluahkan oleh kekasih hatinya itu.
“Patutlah, cinta lama berputik kembali…” Aben merengus perlahan.
“Bukan. Sya Cuma tak boleh lupakan dia. Sya tak tahu kenapa.” Nia Syahidah cuba menegakkan isi perasaan nya.
“Awak pandang wajah saya. Pandanglah wajah saya. Awak dah lupa apa yang kita lalui? Segala kenangan kita? Dia kecewakan awak dan saya yakin dia akan kecewakan awak lagi.” Bentak Aben dalam rayuannya.
“Sya tak tahu,” Nia Syahidah masih lagi memandang bawah.
“Wajah saya pun awak dah tak sanggup nak pandang..” keluh Aben penuh kekecewaan.
“Bukan macam tu..”
“Habis macam mana sayang? Macam mana?!’ Aben sedikit menjerit.
“Sya sayang awak. Awaklah orang yang paling faham Sya. Awak hargai Sya dan Sya suka bila ada dengan awak. Cuma, Sya tak sanggup jadi penipu. Sya ada dengan awak tapi Sya sering fikirkan lelaki lain. Sya tak nak kecewakan awak,” Nia Syahidah cuba memberi penjelasan.
“Hati saya dah pun kecewa. Koyak. Sakit. Habis, selama ini awak cakap awak cintakan saya. Palsu?’ Soal Aben. Nia Syahidah hanya kaku. Diam. Dia memandang wajah Aben yang dihiasi tangisan seorang lelaki. Lelaki yang kecewa dengan kisah cinta yang diharapkan indah..
“Sya tak tahu.” Nia Syahidah kembali menatap tanah. Aben terasa lemah. Nafasnya diatur semula. Setiap nafas seakan-akan melalui rongga yang penuh bisa. Gadis yang disuntingnya sepenuh keikhlasan kini mahu pergi meninggalkannya. Seorang insan yang di hatinya mahu dijadikan seorang isteri. Isteri yang akan menerima sepenuh kesetiaan dan kasih sayang dari dirinya yang kelak menjadi seorang suami. Dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan Nia Syahidah. Sedikit pun dia tidak mahu menoleh namun, kakinya bagai dirantai beribu beban hingga berat untuk dia melangkah. Namun, langkahan demi langkahan yang mencorakkan kepiluan hatinya tetap dilalui.
“Sayang..”halus kedengaran suara Nia Syahidah. Langkah Aben terhenti.
“Awak tak layak memanggil saya dengan perkataan itu lagi. Saya nak awak tahu, sepanjang saya bersama awak, saya tak pernah memandang sesiapa. Saya hanya mahukan awak. Saya meletakkan kesetiaan sepenuhnya kepada awak. Awak dah buat keputusan. Siapalah saya nak mengongkong awak? Lagipun, cukuplah awak tahu, lelaki ini menyintai awak melebihi dirinya.” Langkah Aben terus diatur. Melangkah longlai dengan harapan yang punah.
“Sya minta maaf…” Kedengaran corak kesenduan dalam ritma nada Nia Syahidah. Ternyata, perpisahan ini juga perit untuk dirinya.

“Kalau satu hari nanti, dia kecewakan awak, saya harap awak tak lupa, saya selalu ada untuk awak. Biar sakit macam mana pun hati ini awak lakukan. Saya tak mampu benci awak. Sebab cinta saya pada awak terlalu dalam. Berdoalah agar saya masih hidup tanpa awak. Sebab sekarang pun saya dah separuh mati. Assalamualaikum sayang…”Air mata semakin laju mengalir membasahi pipi. Aben melangkah dan terus maju membelah bayu yang bertiup sayu.  Tiada lagi kicauan burung yang sering menyanyi menghibur suasana hati yang dahulunya indah. Nia Syahidah pula masih kaku berdiri. Sambil air matanya juga semakin galak mencurah. Malangnya, kecelaruan hatinya itu menyebabkan dia gagal menafsirkan kenapa air mata itu digugurkan. Adakah kerana cinta sejatinya telah pergi atau dia kecewa dengan dirinya yang gagal menghargai kisah cinta yang paling setia.

“Waalaikumsalam sayang…” perlahan bibir Nia Syahidah begetar mengeluarkan nada sendu. Dia berpusing dan terus berjalan bertentangan arah dengan arah Aben. Sesekali dia memandang ke arah Aben yang tidak mahu lagi menoleh. Mungkin hatinya terlalu sakit atau jiwanya terlalu parah. Nia Syahidah mengesat air matanya sambil menahan teksi untuk terus pulang. Meninggalkan taman tasik yang sering diisi dengan suasana romantik dan kasih sayang yang tulus. Kini semuanya kosong dan bertambah kosong.



Ini juga saya petik dari karya penulisan beliau di mukasurat yang terakhir dengan kata-kata yang cukup indah. Sama-samalah kita hayati :-

Rebah Syahidah

Berjalan meniti nafas,
makin nafas makin sesak,
merangkak mengharung gelisah,
makin gelisah bertambah resah.

Lalu aku sendiri,
termenung silih termenung,
lalu aku berfikir,
ada apa harus ku termenung?

Aku sudah teriak,
teriakku kau buat pekak,
aku sudah meronta,
malah rontaku kau buat buta.

Rebahlah kamu,
dan dampinglah aku,
untuk rebahkan kamu,
 yang semakin berhantu,
mengusik imanku,
atas nama rindu.

Syahidah,
Nyatanya aku cinta,
Hakikatnya cinta itu dusta,
Rebah dalam hatiku,
Yang letih merindu.

Syahidah,
Bantu bibirku,
Menjadi pandai tersenyum,
Tolong nadaku,
Menjadi bijak ketawa,
Iringi nafasku,
Bernafas seperti sediakala.

Bantu, tolong dan Iringi ku…
Dengan rebahmu…

Dan dimindamu…
Jangan pernah tercicir…
Yang aku sayang kamu…
Hingga ku bertemu
Sesuatu kepastian
Yang lebih pasti

TAMAT.

Ingin mengetahui kesudahan jalan cerita novel HAJAT CINTA SYAHIDAH ini , bolehlah  membelinya sebagai sumbangan ikhlas untuk rawatan dialisis beliau.






Cendol




Kalau anda di Perlis, ingin menikmati cendol, boleh cuba di sini


Restaurannnya juga bersih, dan hanya 3 minit dari Bandar Kangar cuma ia terletak di seberang jalan menuju ke Padang Besar, anda boleh buat U-turn atau menikmati hidangan cendol selepas shopping di Padang Besar.


Menjual cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai, cendol laici dan cendol special di samping itu anda juga boleh menikmati bihun sup, nasi ayam dan laksa. Menurut pengusahanya penggemar cendol yang datang akan memesan cendol dengan nasi ayam.


Amboi member saya, Nun.....lupa kawan , pulun sungguh..mmmmph, pelan-pelan nanti tersedak cendol!!! Oleh kerana saya sudah kekenyangan kami hanya pesan 2 cendol laici dan 1 bihun sup.


Nasib baik restauran baru buka taklah ramai sangat orang, bolehlah ambil close-up sikit, kalau tidak orang pun hairan, kawan makan tak ingat dunia, heheh

Berminat? Jangan tak cuba , nombor telefon sudah tertera di atas sekiranya anda sesat.

Saya mengucapkan semoga sampai ke destinasi dengan selamat

DAN

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA.

Monday, July 8, 2013

Sambal Terung Belanda

Pernah anda mencuba sambal terung belanda dengan ikan bilis?? 



Hari ini saya masak sambal terung Belanda dengan ikan kering sebab cari punya cari, ikan bilis tak jumpa-jumpa. Lebih sedap sambal terung Belanda ini dimasak dengan ikan bilis. Walaubagaimanapun cubaan saya  masak dengan ikan kering sedap juga.





Bahan-bahannya

1. Ikan bilis (digoreng garing)
2. Terung belanda (dibelah tengah / kalau anda rajin dan digoreng hingga masak )
3. 2 tangkai cili besar
4. Cili padi ( ikut suka , kalau nak pedas letak banyak sikit )
5. sedikit belacan dan 1 ulas bawang merah
6. sedikit perahan air asam jawa
7. Gula dan garam secukup rasa
8. 1 labu bawang besar

Caranya

1. Tumbuk / mesin cili besar, cili api, belacan dan bawang merah hingga agak lumat
2. Tumis bahan di atas dengan sedikit air sehingga masak
3. Masukkan garam, gula dan perahan asam jawa secukup rasa
4.  Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat
6. Bila sudah masak biarkan sejuk seketika dan masukkan ikan kering dan terung Belanda.



CELOTEH

Adalah lebih enak menggunakan cili padi dan cili hidup dari cili kering. Pertama kali masak dengan ikan kering, boleh tahan juga tapi ikan bilis lebih sedap rasanya. Good Luck !!


Sunday, July 7, 2013

Laksa Kuala Perlis




Laksa Kuala Perlis sememangnya terkenal dan mendapat sambutan di kalangan sesiapa saja yang menggemari makanan ini.   Kalau di Perlis , laksa bukan saja dimakan begitu saja tapi ada juga yang memakannya bersama dengan pulut udang ataupun kuih sepera yang bentuknya seperi karipap tapi berintikan kelapa dan bahan-bahan lain.



Ini kuih sepera yang saya maksudkan , boleh anda dapatkan juga di gerai laksa ini 


Jaga kecantikan walaupun berniaga (bedak sejuk) tak tinggal kakak ni, patut pun gebu je kulit muka..seputih laksa

Selain dari laksa, beranika jenis kuih muih juga dijual di sini tapi favorite saya adalah laksa dan sepera. Sebenarnya saya pun tak pernah makan laksa dengan pulut udang atau sepera tapi melihat rakan yang makan, saya pun kata, apa salahnya mencuba. well okay juga cuma rasa tak mcam laksa original sebab kuah dah bercampur dengan pulut dan inti kelapa, tapi masih enak ditambah dengan ulam dan sedikit cili potong dan kicap ,,,mmmmmmph..power!!

Selepas ambil gambar saya beli 1 kilo laksa dengan harga RM8.00, kalau sebelum ini hanya RM6.00 untuk makan dengan sepupu.



Lihat saja anak sepupuku ini, memang suka sangat dengan laksa sehingga tak sedar saya sedang mengambil gambar dia. 

Sekiranya anda teringin sangat nak menikmati laksa, di mana-mana saja anda boleh dapatkan di gerai-gerai di Kuala Perlis atau pun di Kangar. Lain orang yang buat lainlah rasanya, sekirannya anda berminat untuk mencuba laksa dan spera di atas anda boleh menghubungi nombor ini untuk tempahan atau membelinya.

No. telefon :- 012-5876150


Saturday, July 6, 2013

Fruit Season Has started


Location : Gelong, Kedah



Bagi yang suka makan durian kampong, sekarang sudah musim buah-buahan bukan saja di Perlis, Kedah tapi saya rasa di seluruh Malaysia. Saya hanya sempat mengambil gambar buah durian dan rambutan di sekitar kawasan Gelong, Kedah semasa lawatan kami ke sana. Buah Manggis, dokong dan cempedak juga telah berbuah dengan lebatnya.



seronok nampak nun, rambutan dijual dengan harga RM3 sekilo dan buah rambutan pula seberkas RM3




Gambar rumah tradisonal ini saya ambil semasa kami melalui kawasan sawah padi di Gelong dan dari jauh ia kelihatan begitu cantik dan kami terus menemui pemilik rumah tersebut yang kebetulan sedang menguruskan ladang jagung beliau bersama dengan isteri.


Menurut isteri beliau , Makcik Sofiah 2 buah rumah ini dibina dengan kos lebih kurang RM40 ribu , di dalamnya dilengkap dengan semua kemudahan asas dan terletak di tengah-tengah kawasan padi dan bersebelahan dengan ladang jagung yang diusahakan beliau.



Kawasan ladang jagung bersebelahan rumah


Pemandangan melalui tingkap rumah , menurut Mak cik Sofiah rumah ini juga ada ketikanya dijadikan homestay sekiranya tidak digunakan.


Seronok sangat melalui kawasan di sini, sejuk dan pemandangannya juga cukup indah dan menenangkan sesiapa saja yang melalui kawasan ini. 





Thursday, July 4, 2013

MY Gangnam Style

Firstly ...please do not say a word when you see these photos of me, don't ever laugh or smile, a little bit of sympathy maybe...well I don't know, because it was supposed not to be like that at all !! 



My sis. mom and aunt with almost the same pose..:)) Those legs pointing at the same direction.. 






me, my mom and aunt











my gangnam plus breakdance style - They didn't even noticed i was  such in pain...heheh







Dr..gave me 2 weeks medical leave for that stunt action..



At first my mom thought that i was pretending because i always get too excited and overreacted when my pictures taken. 

Please don't get too excited and just act normal lol