Sunday, November 2, 2014

Osaka Park - Banpaku-Kinen-Koen ( Expo Commemoration Park Osaka) series 2

continue from osaka park- Banpakukinen- Koen series 1

Warnanya bagaikan menggamit hati ku untuk mendekati dan menyentuh kelopaknya , dalam hati tertanya-tanya  bunga betul ke ....ni!! atau bunga plastik, bagaikan tidak percaya aku menyentuh lembut dan alamak kerana tangan ini gugur satu persatu kelopak bunga yang dipuja...chewahhh, awat tak kelam kabut kutip takut ada orang nampak...maaf tak sengaja!!! maaf ya bunga!!


Kawan siap menjerit..Anna!!! jangan!! jangan!! Geram tengok bunga, rasa macam nak cabut-cabut bawa balik tanam depan halaman kampung





Sekiranya anda suka, boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi kecil ini bagi megelilingi taman yang sememangnya luas. 


Sempat juga bergambar dengan sepasang suami isteri  dari Jepun dan seorang pelancong dari Thailand.


Bunga-bunga tulip yang beraneka warna berkembang mekar pada musim bunga, ketika kunjungan saya pada 10 April 2014 bunga ini memang pada tahap mekar ( full bloom ) 






Gambar kenangan bersama Maksu dan sepupu. Mak, adik dan suami beliau tidak ikut serta kerana mereka ada rancangan lain.......shopping di Tenjinbashisuji ( one of the longest shopping arcade in Osaka ). Saya tidak begitu gemar bershopping tapi lebih kepada photography. 












Cuaca di sini agak dingin dan angin yang bertiup sesekali menerjah ke muka dengan bau wangi bunga amat menenangkan jiwa, sesuai sangat kalau stress2 tu. Maksu disapa oleh seorang pemandu pelancong yang bertanya bagaimana kami tahu ada bunga tulip di sini sedang berkembang mekar, sebab kata beliau sudah beberapa kali beliau datang membawa pelancong tapi bunganya sudah gugur atau belum berkembang.


Bukan senang untuk mengatur itinerary ke Osaka selama 2 minggu tanpa bergantung kepada mana-mana agensi pelancongan, hanya bersandarkan kepada perancangan yang teratur, itupun beberapa kali sesat semasa menaiki keretapi.


Bunga ini benar-benar menarik perhatian saya, warna serta bentuknya yang unik.















Salah sebuah cafe yang terdapat di dalam taman ini.






Aku dan bunga tak dapat dipisahkan, melihat bunga ni saja dah hilang segala stress. Memang kami bernasib baik kerana kunjungan kami ke park ini tidak sia-sia, walaupun saya mark dalam itinerary saya sebagai optional, plan B kalau plan A tak menjadi. 




Kami ditegur oleh beberapa pelancong dari Jepun ketika sedang bergambar, salah seorang dari pelancong tersebut bagi kami coklat , walaupun dah lama saya tidak bercakap bahasa Jepun , bantai je lah sikit - sikit yang penting saya faham apa mereka cakap. Kawan saya Halimah agak fasih berbahasa Jepun kerana di Malaysia pun beliau bekerja dengan syarikat dari Jepun, jadi tak menjadi masalah.



Bersihnya taman







minta maaflah ya, asyik-asyik gambar kami je, mengepak macam burung nak terbang.




Baru separuh perjalanan dah penat, rehat kejap sebelum meneruskan perjuangan menakluki taman ini..rasa macam tak boleh jer!!!










Cabaran seterusnya bermula, anda boleh lihat betapa panjangnya jambatan ini, ingatkan tadi titi gantung, rupanya bukan. 


Tarik Nafas, istighfar panjang-panjang dan jom kita mulakan langkah menaiki jambatan ini, tidak pasti apa yang menunggu di seberang sana dan berapa lama masa yang diambil untuk sampai..


Silakan Maksu dulu...Maksu saya ni memang kuat, kami terhencot-hencot, dia cool macam cuaca kat sana jugak cool.. makan makjun kuat dah ni...


Sepupu saya yang sorang tu, kaki dia dah sakit sebenarnya, dah macam nak mengalah, kalau anda tengok cara jalanpun macam Charlie Chaplin tapi beliau kuatkan semangat bila dalam gambar, senyum buat-buat ka...ehehh


Giliran saya mengikuti dari belakang, masih kuat dan bersemangat walaupun tapak kasut yang baru dibeli sudah berlubang gara-gara banyak berjalan. 


Gambar ini saya ambil dari atas jambatan, kalau anda nak tahu warga tua Jepun nampak lebih cergas dari kami. Malu....nye lah hai







Saya guna tripod untuk mengambil gambar 





Kami bernasib baik datang awal, tak ramai orang tapi kalau nak bergambar kena cepat sebab di bawah tadi saya nampak ramai warga tua yang penuh semangat mula menaiki tangga. 


Apa yang direnungkan tu Maksu...ingat buah mempelam ke???





 Kalau anda lihat lurus ke depan, rasanya panjang jugak jambatan ni...dua tiga kali juga terfikir, nak teruskan atau turun balik , akhirnya kami sepakat untuk teruskan 


Saya ambil gambar apa saja yang menarik perhatian saya


Macam gambar di atas, ada sesuatu yang unik, cantik pada daun dan batangnya. 




Memberi laluan kepada pelancong dari Jepun terlebih dahulu sebab nak ambik gambar ni perlukan masa, yang pertama sekali cahaya matahari.



Ingat!! Kalau anda suka bergambar, bawalah tripod bersama, walaupun berat anda tak akan rasa rugi.



Apa tidaknya masing-masing nak ambik gambar tempat yang mereka suka, begitu juga saya, cuma saya lebih suka memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu dan mengamati keindahan alam di samping itu mencari sudut-sudut yang saya rasa menarik untuk gambar.


Merehatkan lutut yang cedera suatu ketika dulu, sekali-sekala terasa ngilu.





Maksu apa kurangnya mengalahkan photographer , lentok sana, lentok sini, saya pun tak nak mengalah...lentok gak ish ish ish. cukup-cukuplah tu Maksu...heheh. Tengok  cara lentok tu macam dah penat jer..maksu


lebih 15 minit berjalan, belum gak sampai!!, kalau sesat kena patah balik ni


Rehat lagi...hai kalau macam ni bilalah nak sampai, bagus juga cuaca sejuk taklah rasa teruknya, kalau panas dah melekit-lekit peluh.


"where do I Go From Here"

Gambar ini saya ambil dari atas jambatan, saya rasa musim autumn di sini mungkin lebih menarik. Terpanggil untuk datang semula, tapi bila??? 






"Green Green World"


"Peacefull"



"I am lost into your world"

Sekarang kita akan menuruni tangga plak, ikut saya atau anda terus tinggal di sini... bagaimana?? Jom!!



Macam lalu terowong untuk ke dunia lain plak rasanya...


 ooo...ada macam bentuk menara dibuat daripada kayu, nampak interesting












Rupanya ada bunga poppy, jom tengok bagaimana bentuk bunga ini.














Osaka Park - Banpaku-Kinen-Koen (The Expo Commemeration Park Osaka) series 3 (in progress)Osaka Park, Banpakukinen Koen series 1

TERUNG GORENG CABAI



Bahan-bahan

Terung dipotong dan digoreng sehingga kekuningan
sedikit ikan bilis digoreng
6 tangkai cili kering
1/2 ulas bawang besar
1 biji bawang putih
secubit belacan ( kalau anda suka )
sedikit perhan asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :-

1) Cili kering dipotong, di rebus sehingga lembut
2) Cili tersebut dimesin dengan bawang dan belacan
3) Tumis dengan minyak dan masukkan perahan asam jawa dan tambah sedikit air, garam dan gula tumis sehingga agak kering.
4) Boleh tambah air sekiranya anda suka kuah yang banyak
5) Akhir sekali biarkan sejuk sebelum anda masukkkan ikan bilis dan terung.

CORETAN

Masakan di atas disediakan oleh sepupu saya (Kak Cik), salah satu masakan kegemaran saya. Mesti ada pedas , sayur , sambal belacan atau kerabu. Daging dan ayam tak main ye.. ikan tak pa.Maklumlah bila dah meningkat umur ni, banyak benda yang tak boleh makan. Doktor suruh pantang, ikut saja selagi boleh, kalau rasa tak boleh sembunyi-sembunyi makan dan tanggung sendiri sakit.



Friday, October 31, 2014

IKAN SUMBAT



Bahan-bahan


6 ekor ikan kembong sederhana besar
segenggam kelapa parut
2 sudu kecil lada hitam 
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 biji telor ayam
Isi ikan yang saya kikis dari 6 ekor ikan tadi
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

1) Ikan kembong dibelah belakang, dibuang tulang dan kikis isinya mula dari ekor ke atas.
2) Tumbuk lada hitam dengan kelapa parut dan serai sehingga lumat, dan masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati kemudian baru masukkan bawang besar dan tumbuk  lagi tapi saya lebih suka bawang tersebut ditumbuk tidak begitu hancur. 
3) Asingkan dalam bekas, masukkan garam dan gula halus secukup rasa dan akhir sekali pecah telor ayam dan gaul dalam bahan tadi sehingga sebati supaya bila menggoreng ia melekat dalam ikan.
4) Sumbat bahan-bahan tadi didalam ikan dan goreng dalam minyak penuh dan panas.
5) Tekan sikit badan ikan semasa anda masukkan dalam kuali untuk menggoreng supaya isi tidak terkeluar dan goreng hingga masak.

CORETAN

Kalau ikan sumbat ni, 3 ekor saya sorang pun boleh habis, tak perlu makan dengan nasi, meratah macam tu saja atau cicah dengan sos cili. Fuhhh!!! sedap. Penyediaannya agak rumit dan leceh ketika nak asingkan isi ikan, itu saja, yang lain mudah. Makan lagi mudah dan cepat habis sebab tulang dah dibuang

Wednesday, October 29, 2014

KERABU BUNGA BETIK



Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Bunga Betik direbus sehingga lembut dan dibasuh dan toskan

Bahan A

Secubit belacan
1/2 ulas bawang besar
1 tangkai cili besar
6 tangkai cili padi
4 sudu besar kelapa parut

Bahan B

1/2 ulas baki bawang besar tadi dihiris sederhana nipis
2 - 3 sudu besar kerisek
sedikit perahan asam jawa ( boleh campur dengan santan dan perah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

1) Tumbuk semua bahan A
2) Gaulkan dalam bunga betik
3) Masukkan kerisek, perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

CORETAN

Di kampung saya memang banyak pokok betik yang berbunga, dan kerabu merupakan makanan kegemaran kami tak kira Pak Cik, Mak Cik, sepupu-sepupu pun suka. Air bunga betik digunakan untuk ubat cuci buah pinggan oleh Pak Cik, beliau merupakan pengamal perubatan islam. Bunganya kalau dibuang sayang, jadi kami buatlah kerabu. Penyediaannya tidaklah susah cuma leceh bagi yang suka buat sendiri kerisek. Kalau nak beli kerisek kena hati-hati juga sebab ada yang buat campur minyak. Kerisek yang sedap bila kelapa parut tu digoreng dengan api sederhana sehingga keperang-perangan dan hampir bertukar ke coklat, jangan sampai hitam plak ye...hangus dah namanya tu. Tutup api dan terus tumbuk sehingga pecah minyak dan mengeluarkan aroma yang wangi barulah kerisek tahan lama dan sedap untuk masakan. Hari ini saya masak kerabu betik dan ikan sumbat. Kak Cik masak terung goreng cabai dengan ikan bilis. Makan panas-panas , puas hati. Lepas tu tidur....