Warnanya bagaikan menggamit hati ku untuk mendekati dan menyentuh kelopaknya , dalam hati tertanya-tanya bunga betul ke ....ni!! atau bunga plastik, bagaikan tidak percaya aku menyentuh lembut dan alamak kerana tangan ini gugur satu persatu kelopak bunga yang dipuja...chewahhh, awat tak kelam kabut kutip takut ada orang nampak...maaf tak sengaja!!! maaf ya bunga!!
Kawan siap menjerit..Anna!!! jangan!! jangan!! Geram tengok bunga, rasa macam nak cabut-cabut bawa balik tanam depan halaman kampung
Sekiranya anda suka, boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi kecil ini bagi megelilingi taman yang sememangnya luas.
Sempat juga bergambar dengan sepasang suami isteri dari Jepun dan seorang pelancong dari Thailand.
Bunga-bunga tulip yang beraneka warna berkembang mekar pada musim bunga, ketika kunjungan saya pada 10 April 2014 bunga ini memang pada tahap mekar ( full bloom )
Gambar kenangan bersama Maksu dan sepupu. Mak, adik dan suami beliau tidak ikut serta kerana mereka ada rancangan lain.......shopping di Tenjinbashisuji ( one of the longest shopping arcade in Osaka ). Saya tidak begitu gemar bershopping tapi lebih kepada photography.
Cuaca di sini agak dingin dan angin yang bertiup sesekali menerjah ke muka dengan bau wangi bunga amat menenangkan jiwa, sesuai sangat kalau stress2 tu. Maksu disapa oleh seorang pemandu pelancong yang bertanya bagaimana kami tahu ada bunga tulip di sini sedang berkembang mekar, sebab kata beliau sudah beberapa kali beliau datang membawa pelancong tapi bunganya sudah gugur atau belum berkembang.
Bukan senang untuk mengatur itinerary ke Osaka selama 2 minggu tanpa bergantung kepada mana-mana agensi pelancongan, hanya bersandarkan kepada perancangan yang teratur, itupun beberapa kali sesat semasa menaiki keretapi.
Bunga ini benar-benar menarik perhatian saya, warna serta bentuknya yang unik.
Salah sebuah cafe yang terdapat di dalam taman ini.
Aku dan bunga tak dapat dipisahkan, melihat bunga ni saja dah hilang segala stress. Memang kami bernasib baik kerana kunjungan kami ke park ini tidak sia-sia, walaupun saya mark dalam itinerary saya sebagai optional, plan B kalau plan A tak menjadi.
Kami ditegur oleh beberapa pelancong dari Jepun ketika sedang bergambar, salah seorang dari pelancong tersebut bagi kami coklat , walaupun dah lama saya tidak bercakap bahasa Jepun , bantai je lah sikit - sikit yang penting saya faham apa mereka cakap. Kawan saya Halimah agak fasih berbahasa Jepun kerana di Malaysia pun beliau bekerja dengan syarikat dari Jepun, jadi tak menjadi masalah.
Bersihnya taman
minta maaflah ya, asyik-asyik gambar kami je, mengepak macam burung nak terbang.
Baru separuh perjalanan dah penat, rehat kejap sebelum meneruskan perjuangan menakluki taman ini..rasa macam tak boleh jer!!!
Cabaran seterusnya bermula, anda boleh lihat betapa panjangnya jambatan ini, ingatkan tadi titi gantung, rupanya bukan.
Tarik Nafas, istighfar panjang-panjang dan jom kita mulakan langkah menaiki jambatan ini, tidak pasti apa yang menunggu di seberang sana dan berapa lama masa yang diambil untuk sampai..
Silakan Maksu dulu...Maksu saya ni memang kuat, kami terhencot-hencot, dia cool macam cuaca kat sana jugak cool.. makan makjun kuat dah ni...
Sepupu saya yang sorang tu, kaki dia dah sakit sebenarnya, dah macam nak mengalah, kalau anda tengok cara jalanpun macam Charlie Chaplin tapi beliau kuatkan semangat bila dalam gambar, senyum buat-buat ka...ehehh
Giliran saya mengikuti dari belakang, masih kuat dan bersemangat walaupun tapak kasut yang baru dibeli sudah berlubang gara-gara banyak berjalan.
Gambar ini saya ambil dari atas jambatan, kalau anda nak tahu warga tua Jepun nampak lebih cergas dari kami. Malu....nye lah hai
Saya guna tripod untuk mengambil gambar
Kami bernasib baik datang awal, tak ramai orang tapi kalau nak bergambar kena cepat sebab di bawah tadi saya nampak ramai warga tua yang penuh semangat mula menaiki tangga.
Apa yang direnungkan tu Maksu...ingat buah mempelam ke???
Kalau anda lihat lurus ke depan, rasanya panjang jugak jambatan ni...dua tiga kali juga terfikir, nak teruskan atau turun balik , akhirnya kami sepakat untuk teruskan
Saya ambil gambar apa saja yang menarik perhatian saya
Macam gambar di atas, ada sesuatu yang unik, cantik pada daun dan batangnya.
Memberi laluan kepada pelancong dari Jepun terlebih dahulu sebab nak ambik gambar ni perlukan masa, yang pertama sekali cahaya matahari.
Ingat!! Kalau anda suka bergambar, bawalah tripod bersama, walaupun berat anda tak akan rasa rugi.
Apa tidaknya masing-masing nak ambik gambar tempat yang mereka suka, begitu juga saya, cuma saya lebih suka memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu dan mengamati keindahan alam di samping itu mencari sudut-sudut yang saya rasa menarik untuk gambar.
Merehatkan lutut yang cedera suatu ketika dulu, sekali-sekala terasa ngilu.
Maksu apa kurangnya mengalahkan photographer , lentok sana, lentok sini, saya pun tak nak mengalah...lentok gak ish ish ish. cukup-cukuplah tu Maksu...heheh. Tengok cara lentok tu macam dah penat jer..maksu
lebih 15 minit berjalan, belum gak sampai!!, kalau sesat kena patah balik ni
Rehat lagi...hai kalau macam ni bilalah nak sampai, bagus juga cuaca sejuk taklah rasa teruknya, kalau panas dah melekit-lekit peluh.
"where do I Go From Here"
"Green Green World"
"Peacefull"
"I am lost into your world"
Sekarang kita akan menuruni tangga plak, ikut saya atau anda terus tinggal di sini... bagaimana?? Jom!!
Macam lalu terowong untuk ke dunia lain plak rasanya...
ooo...ada macam bentuk menara dibuat daripada kayu, nampak interesting
Sekarang kita akan menuruni tangga plak, ikut saya atau anda terus tinggal di sini... bagaimana?? Jom!!
Macam lalu terowong untuk ke dunia lain plak rasanya...
Rupanya ada bunga poppy, jom tengok bagaimana bentuk bunga ini.