Monday, November 3, 2014

JAPAN - Arashiyama, Kyoto, Kishibe


Hariini nak ke Arashiyama pulak, tak pasti lagi tempatnya jauh ke tidak. So lets go to Arashiyama!!!



Baru sampai Saga Arashiyama station, ambil gambar dulu baru tanya jalan. Kalau jauh munkin tak jadi pergi sebab dah 3 hari berturut-turut jalan, kalau ada basikal for rent then I will definately rent a bicycle.




Arashiyama ini tempatnya memang cantik dan menarik, oleh kerana lutut saya mengalami kecederaan sebelum ke sini terpaksalah saya sewa basikal dengan harga 1000 yen, kalau berjalan kaki saya rasa lebih kurang 10 hingga 15 minit. Susah juga, mana nak pegang kamera, tripod lagi, beg kamera lagi.



Tengok peta dulu , nampak macam cantik je tempatnya, entah jauh ke tidak. Kalau di lihat dari peta kawasannya luas dan kemunkinan besar jauh dari station. Aduh!!Gambarimasu!!


Alamak sorry ye adik,,,terlebih posing sampai tertutup muka, seronok punya pasal.




Kalau mak dengan adik posing kaki serupa jer...agaknya pernah berlajar kursus modelling dengan guru yang sama tak?  macam tak best jer..asyik-asyik kaki kiri atau kaki kanan keluar, sekali sekala buatlah giler-giler macam yang tengah tu, sukahati dia je hehehe, dia tak peduli muka orang ke ape ke dia kira dia je..macam lagu tiru macam saya








Menurut salah seorang pengunjung Jepun yang juga hobinya mengambil gambar seperti saya, kalau datang minggu depan , kawasan disekeliling tasik ini akan nampak lagi cantik, semua daunnya bertukar warna merah dan kuning. Nampaknya tahun hadapan kena rancang betul-betul perjalanan, apa yang mengecewakan saya tak sempat nak menaiki keretapi keliling tasik dan merakamkan gambar bamboo yang terletak di tengah-tengah kawasan ini sebab kesuntukan masa.















Nak masuk juga, walaupun sikit, bukan apatu sebagai bukti bahawa saya pernah berada di sini...


Cuba lihat betapa bersihnya kawasan di sini, kagum saya dibuatnya, entah bila mereka membersihkan daun-daun yang berguguran.


Mama dan adik dengan gaya kaki yang serupa je...


 Kawasan sekitar Arashiyama, pemandangan ini ambil oleh adik ipar saya








Di sini juga anda boleh sewa kenderaan seperti di belakang, lupa pulak nak bertanya apa namanya, mereka akan bawa dari station ke tempat ini dengan bayaran, emmm lupa pulak berapa harganya. senyum lebar mama..best kan!!


Ini di antara omiyage atau souvenior yang terdapat di sepanjang Arashiyama. Memang cantik tapi agak mahal, kalau saya beli mungkin tak balik lah saya.Silap hari kena buat arubaito atau part time job jadi bagi sesiapa yang meminati barangan seperti ini, memang berbaloi kalau ada wang lebih.

Kita akan ke KYOTO pula selepas ini.


Kami sekarang berada di KYOTO, Osaka dah pergi tapi tak banyak omiyage (soveniour) so nak cuba cari di Kyoto. Saya lebih suka beli key-chain holder , kalau nak beli barang makan susah nak bawa balik lagipun beli barang makan ni tak boleh simpan buat kenangan. Kyoto station cukup besar boleh sesat dibuatnya, di dalam station itu sendiri terdapat banyak kedai omiyage tapi mahal. Kalau tak bertanya bertambah-tambah sesat, 2 hari lagi dah nak balik, souvenior belum cukup ni....Tanya punya tanya , rupanya dalam Kyoto Tower ada tempat jual omiyage yang berkualiti , harganya berpatutan dan banyak pilihan. Dari Kyoto station tu dah nampak Kyoto Tower, 3 minit dah sampai.












Bersiar-siar disekitar Kyoto, tak sangka ada Yodobashi camera di sini, rasanya lebih besar dari yang terdapat di Tokyo


Anda boleh lihat tulisan di bangunan belakang tu "Yodobashi Camera", besarnya tapi sayang tak sempat nak melihat-lihat di dalam. Mesti banyak kelengkapan kamera , beg , lenses dan macam-macam lagi. Rasa rugi tak masuk , sebenarnya bukan apa, duit dah habis beli omiyage, takut kalau masuk berkenan di hati tak mampu nak beli, terbawa-bawa pula dalam mimpi. 


Mula dah posing yang giler-giler,,,take 1


Take 2, action  ..mama dengan adik buat apa,lekaslah 


Gambar ni nak kena besarkan sikit,,,adoi sepak orang ke!! sebagai bahan bukti untuk mendakwa adikku telah melakukan kekasaran ketika gambar diambil..hehehe, ada ubi ada bas, 


Janganlah dengki oii, 











Agaknya meyampah melihat kakaknya yang overrr reacting,...


Tunggu, mana mau lari hah

Di bawah ini gambar pemandangan dalam station keretapi Kyoto, besar , cantik dan bersih  


Adik dan Mama tidak ketinggalan bergambar, cuma gaya mesti sopan tak seperti anak dan kakak yang sulung hehehe





Gambar atas dan gambar bawah adalah Kyoto Yodobashi Kamera, tempat yang teringin sangat saya nak pergi tapi tak berkesempatan sebab dah ada plan lain. If you like to buy camera, lenses and all equipments related to camera , i am sure this is the place you should never missed , unfortunately zannen to me, I wasn't have enough time to enter the building :( just by looking from outside I am sure you will have to spend a day or two  there !!!!


Dah penat berjalan di KYoto kita balik ke Kishibe , dan sempat juga posing di station keretapi di Kishibe 



Adik Ipar saya kalau ambil gambar dia tak kira macamna saya posing, dia click saja sampai saya pun dah tak tau macamna nak pusing bukan posing lagi dah. pusing kanan , pusing kiri dah buat,


posing  peluk tubuh pun dah buat


tunduk sikit kot , mana tau nampak cun sikit. maklumlah lutut dah cedera kena jaga juga , takut tunduk lebih sakit


Ini posing "menggapai awan" hehehe


Ini posing ' ooi nak pi mana tu '


sat sat, nak rehat , tengah fikir nak buat gaya apa pulak


 ini dah kehabisan idea untuk posing


kumpul energy , mula semula posing


posing senget ke kiri belum buat, apa salah kalau cuba ya tak


 alamak ini nak bagi nama posing apa plak?? oo ya,,,posing ala tarian salsa, salsa dance pose..hahaha



ini posing ' orang sombong huhuh




ini posing terkejut nampak sesuatu


Yang terakhir posing..hey jangan kau lari 

Bagi sesiapa yang berminat nak berlajar posing bayaran tidak dikenakan cuma mesti ada kriteria suka senyum, spontan  dan tak pernah orang buat sebelum ini..hehehe. Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang luarbiasa hahahha.Kena ada sesi uji bakat dulu ya!!!


Pemandangan pukul 7.00 pagi dari atas hotel, agak kabur sikit sebab gambar di ambil menerusi cermin tingkap.


Kami memang bernasib baik hotel Kishibe dekat dengan station dan selesa, tak lah nak berebut-rebut macam di Tokyo, kalau naik di sini InsyaAllah boleh dapat tempat duduk.








Kawasan sekita hotel juga bersih, dalam longkang nak cari sampah pun susah, rasa macam nak buang jer sampah dalam tu



Saya sempat juga mengambil gambar di sekitar hotel dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Masa ini sibuk orang nak masuk kerja dan tak jauh dari situ ada sebuah University jadi ramai pelajar-pelajar yang kelihatan berjalan ke arah University dengan uniform mereka.


Pakcik tunggu!!! saya nak ikut sama......chotto matte kudasai ne !!!!






Kawasan di sekitar university berkenaan, daun-daun dah mula berguguran dan ada yang baru bertukar hijau ke kuning dan ke warna merah . Cuaca agak sejuk tapi menyenangkan dan membahagiakan ,,chewah hehehe. Ada ka orang bercuti kata tak best, mestilah bestkan!!


Subuh awal di Jepun so selesai solat , saya bawa tripod dan mulalah bergambar, tak payah nak suruh-suruh orang


Nampak kulit tu macam putih jer masa kat Jepun,,,heheheh perasan dan di timpa perasaan. Tak payah nak pakai foundation tebal-tebal.Sebenarnya bukan putih ...PUCAT !!!! sebab sejuk





Atas bangunan / university pun ada tanam pokok, cantik sangat





Macam burung patah sayap jer posing.........











Boleh nampakkan makcik yang sedang pegang penyapu tu, dia dah mula nak menyapu daun-daun yang gugur dan sempat juga saya ucapkan Ohaiyo gozaimasu ( Selamat Pagi ) kepada makcik tu. Dia sempat mohon maaf sebab tak sempat nak bersihkan daun-daun yang gugur tu.







Mula-mula tu saya ingatkan sekolah, macam prasekolah kat negara kita ni, tapi bila diperhatikan betul-betul , sebenarnya bukan ....


Nak tahu juga apa yang mereka buat di situ pada awal pagi....TIBA_TIBA muncullah sebuah kenderaan / van / bas yang berupa puppy, cute dan sempat saya ambil beberapa keping gambar di sini. Rupa-rupanya kenderaan inilah yang membawa kana-kanak tersebut ke sekolah dan saya tak pasti di mana. Kalaulah di negara kita ada kenderaan seperti itu berupa kucing, gajah, bat man, spiderman, mesti ramai anak-anak kita nak pi sekolah kan. Ini mungkin salah satu inisiatif mereka untuk menggalakkan kana-kanak bangun pagi dan seronok nak menuntut ilmu. Bolehlah kita fikir-fikirkan ye!!!





Kalau saya diberi peluang nak kenderaan berupa binatang ke ? saya mungkin pilih bentuk  muka hero pujaan saya kot...hahahha, sape tu ????sape tuuu?/??   atau bentuk gambar bunga raya besar...wah best best.....kalau bentuk petai ,atau bentuk buah durian ke bagi yang minat .


cantik cantik...apenye yang cantik.....orangnya kot...hahaha. Hidup kita ni mesti ada keseimbangan, mesti ceria, happy go lucky, ubat tak nampak tua. senyum. Orang suka cakap senyum memanjang tapi mesti kena dengan gaya dan tempat, kalau senyum kat orang yang baru dikenali biarlah senyum memanjang, kalau dah lama kenal senyum memendek lah pulak ye tak.....


Kalau gambar di atas tangan depa depan , bawah kita depa kiri kanan pulak. Gambar mencerminkan perasaan hati so ikutlah kata dan rasa hati maka akan terpancarlah ia...huhuhuh. Ini adalah falsafah saya untuk kelihatan lebih muda dari usia. Janganlah ikut sangat ye...sebab saya suka bergurau.....Tua tetap tua tapi biarlah tua bergaya ..hahaha...ada ka falsafah macam tu ish ish ish!!!!!





Mak aiii, macam tak realistik je...tak pe janji nampak classic heheheh dan elastik. 


Asyik ambil gambar sendiri , kesian kat pokok-pokok tu.....tak tahu buah ni nama apa....tapi cantik juga bila kena dengan daunnya dan cahaya ,,, boleh tahan juga. Bila kita ambil gambar, kalau tak ada orang yang memuji baiklah kita sendiri yang puji ...hemmm cantik! cantik!








Orang dah mula nak masuk kerja, pelajar-pelajar pula dah mula kelihatan berjalan menuju ke university, kenderaan tak begitu banyak sebab pengangkutan yang mudah dan murah adalah keretapi dan berbasikal.




Ada ketika kita suka, ada kala kita gembira, adakala kita susah, tapi yang penting SENYUM!!!!!!!!











Bagi masyarakat Jepun suasana seperti ini mungkin biasa tapi bagi kita luarbiasa indahnya, betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan bumi ini untuk umatnya menghargai. Bestnya kalau boleh buat BBQ atau study group cuma keadaannya yang agak berangin dan sejuk tak sesuai untuk berbuat demikian. Tapi ape ku kisah !!! masa berlajar di Jepun dah lama berlalu, 30 tahun yang lalu tak pernah terlintas pun nak baca buku kat tempat macam ni. Saya puji mereka memang rajin , awal pagi dah tau apa nak buat , tak payah disuruh2. Kalau kita mungkin lepak dulu.... pukul 9 atau 10 makan, kerja sikit...mula sembang, lepas sembang kerja pulak, lepas tu makan, kalau dah berkali-kali makan, matapun dah mula naik kembang-kembang kuncup....mengantuklah tu. tersengguk atas meja  sekejap, sambung kerja......tengahari makan lagi, alih-alih tengok jam lagi berapa minit dah nak balik. capai beg tunggu kat punch card. Ini cuma rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang menulis dan yang membaca hehehehe....di harap tidak mengguris hati atau perasaan sesiapa. 










Kishibe Hotel Station yang indah dan bersih, saya bagi 5 bintang dari segi bilik , keselesaan, kebersihan, 1 minit dari station keretapi . Sila layari laman web ini untuk keterangan lebih lanjut. http://www.agoda.com/asia/japan/osaka/kishibe_station_hotel.html?type=1&site_id=1410012&url=http://www.agoda.com/asia/japan/osaka/kishibe_station_hotel.html&tag=a38e0309-a93c-4702-8f1f-211319c9e981&gclid=COCq6s3X07YCFcsg6wod9TMAPA&cklg=1










Walaupun keadaan rumah agak sesak dan berdekatan antara satu sama lain tapi   suasananya cukup tenang , damai dan bersih.











Inilah hotel kesayanganku, harganya berpatutan, staffnya peramah dan boleh berbahasa Inggeris walaupun tak fasih dan sedia membantu sekiranya anda menghadapai sebarang masalah. Untuk pengetahuan kami pergi tidak melalui package tapi sendiri, semua perancangan dan program  lawatan kami susun dan sediakan sendiri  menggunakan kemudahan internet. Anda boleh mengatur dan merancang perjalanan anda sendiri. sekiranya anda berminat melalui laman web ini. Sila layari :- http://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298566-Activities-Osaka_Osaka_Prefecture_Kinki.html

Sebelum ke Osaka, kami sekeluarga tentukan tempat mana yang menarik, kos perjalanan, jarak perjalanan, masa, peta untuk hari pertama hingga hari perjalanan balik. Walaupun begitu kena sediakan beberapa pelan seperti pelan A, B dan C sekiranya hari hujan dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan cuma melawat Rose Garden di Osaka tiada dalam perancangan kami. Ia disyorkan oleh salah seorang wanita Jepun yang kami jumpa semasa bertanya arah, supaya kami mengunjungi tempat ini dan memang tak sia-sia kerana tempatnya amat cantik dikelilingi oleh bunga-bunga ros yang berbagai warna.
Anda boleh lihat dalam blog saya di link ini http://anjasukma.blogspot.com/2012/11/japan.html

dan link ini ketika saya melawat osaka castle http://anjasukma.blogspot.com/2012/12/japan-osaka-castle.html


Saya dah tunjukkan suasana sekeliling hotel , jom kita ke bilik, tengok apa ada dalam bilik yang menyebabkan mama saya tersenyum lebar selebar-lebarnya.


Siapa yang tak suka , tengok bilik macam ni angkat tangan hehehe!!!,   Mak saya terus menjerit tapi tak kuat, yang kuat jerit saya....best nye, best nye, western and Japanese style, very nice, perfect for us

 Aii mama,,, apa rasa di hati...seronok ke??? yang tak bestnya saya yang pegang kamera so kena ambil gambar mama dulu, kat sini, kat sini, kat sana pulak,,,kita ikut jer,,,dah lepas ambil gambar mama baru saya buka tripod , barulah boleh bergaya, kalau tidak asyik si ibu je.....







 Lekaslah buka tripod tu mama!!! maka si ibu dengan segera membukanya kerana si anak dah tak sbar-sabar nak bergambar. Kalau guna tripod bolehlah pakai self timer, lepas tu posing lah sesuka hati.


Masa baru sampai , letak beg dan terus ke Friendo Mart yang berdekatan, dah lama tak makan Kimchi, rupanya musim pisang kaki....so saya beli Kimchi, apple, pisang kaki, dan salad unatuk santapan hariini. Mama, adik dan adik ipar dah bawa makanan sendiri, mereka tak berani nak makan kecuali buah-buahan , ubi, timun. Yelah kena tahu juga mana makanan yang halal mana yang haram.







Mi Goreng, Bihun PAMA , Maggi, telur, dan yogurt serta ubi , itu makanan mak, adik dan adik ipar, saya dah lama tak makan makanan Jepun, so untuk hari ini saja saya beli tuna mayonaise, pisang kaki dan salad. 





Sarapan pagi , teh hijau dan tuna onigiri...sedap!!! Sama tinggi cawan teh..:))


Kalau nak jimat, boleh beli nasi saja dan telur ayam boleh direbus menggunakan flask yang ada dalam hotel. Kulit pun boleh jadi putih , gebu asyik makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Harga taklah mahal sangat, bagi yang takut nak makan bolehlah bawa makanan segera.