Thursday, September 11, 2014

Banpaku-Kinen-Koen ( Expo Commemoration Park Osaka )

Located in Suita Osaka. You may click the link on how to get there Banpaku-Kinen-Koen


The Tower Of The Sun

What are there to see ! Well.....

Me..Of course..

Actually there are quite a few famous spots, like The Tower Of The Sun, Japanese Garden, flowers such as tulips and poppy in spring and also one of the best sights to enjoy cherry blossom viewing. 


Ini baru sikit,,,tunggu nanti keluar banyak lagi bunga, bunga hidup dan 4 bunga yang berkesempatan melawat park ini iaitu saya, kawan saya, Maksu dan sepupu. Macam-macam gaya ada, apapun nak minta maaf dekat Maksu ni....sebab lambat masukkan gambar ini, ala ala comei-tomei.....





Monorail







Jom ikut saya....tapi diharap anda semua dapat bersabar sebelum kita sampai ke park tersebut sebabnya group kami ni memang suka bergambar, jalan baru beberapa langkah, bergambar, dekat pintu masuk pun dah beberapa keping gambar, sabar sajalah...


 Ini di antara bunga-bunga yang saya maksudkan..heheh










Ini baru kat depan pintu masuk,  saya gunakan tripod dan ambil gambar dulu, Maksu, Alang dan member saya entah mana menghilang, masing-masing mencari lokasi-lokasi yang menarik agaknya untuk bergambar.

Terlalu leka bergambar saya ditegur oleh beberapa orang Jepun yang kebetulan juga melalui tempat tersebut, masing-masing membawa tripod dan kamera dengan lensa yang agak besar. Mereka bertanya samada saya perlukan pertolongan untuk mengambil gambar. Saya pun Onegaishimasu...Please. Itu yang gambar jadi macam ni....sebab uncle Jepun tu yang suruh saya buat gaya...nak gaya macam model tak pandai...terkejut juga bila saya posing macam ni..tersenyum-senyum dia. Mereka juga nak ke sana ambil gambar tulip katanya. 


Yeah!!

Baik-baik...awak tu bukannya sihat sangat....tapi itu namanya bercuti, sakit ke, apa ke...


Alahai!!! comel-comel lah tu konon...


Maksu!! tak habis-habis pegang pipi nape !~~

Pemandangan kat luar ni pun menarik, belum masuk lagi ni,,, hai entah pukul berapa nak balik, rasanya 1 hari pun tak cukup.




Saya memang suka bunga tak kira apa jenis bunga apatah lagi yang tak pernah dilihat sebelum ini.  Nampak tu bunga tulip... cantik sangat macam bunga plastik .




Masing-masing entah mana menghilang jadi saya lebih suka guna tripod untuk mengambil gambar.








Kita kena seberang jambatan ini dulu, dari jauh anda sudah nampak Tower Of The Sun sedang menanti ketibaan kami dengan gembiranya






Tengok mata Tower Of The Sun,, macam terkejut je  tengok kami....mesti dalam hati kata...depa mai dah ..ooo pandai cakap Utara rupanya..

yeaaa!!! 







Sebelum beli tiket lawan tarik-tarik dulu...



Di kaunter tiket






250 yen sekali masuk. ok jom kita lihat apa ada kat dalam.



Ini mesin tiket, tak usah bimbang ada tulis bahasa Inggeris


Dah masuk ke dalam park, bergambar depan Tower Of The Sun dulu, lepas tu tengok map mana nak pergi sebab saya difahamkan park ini memang besar dan luas dan setiap kawasan ada keistimewaannya yang tersendiri.








Sana bunga, sini bunga, kena tentukan kawasan mana nak pergi ni sebab kesuntukan masa, yang penting saya tak nak lepaskan peluang mengambil gambar bunga tulip hari ini.










Masing-masing sibuk ambil gambar sendiri , nape Maksu?? Kamera rosak ke? 

Get ready...kakak nak guna tripod ni....10 second je tau,,,click!! 













Kehijauannya menambat hatiku..





Siapalah yang punya idea ni ye...bukan senang nak jaga 




Tak sempat nak pose.. nasib baik tak jatuh, letak selftimer 10 second , nak lari ke pondok tu lagi,, tercungap-cungap...aaa macam tulah jadinya. Kalau tidak tersembam dalam pondok tu..


Tadi sebelah sana, pose sebelah sini pulak lah kot, member kat dalam entah apa buat....




Lekas Maksu, Alang...kakak dah buat selftimer,,,cepat pose....emmm sempat juga Maksu pegang ranting pokok ye




















Pokok buluh pun cantik, orang tu boleh tahan je..


Dengan menggunakan exposure dan focus subjek yang berbeza, kita akan dapat gambar yang lebih menarik. 


Tuan gambar mesti masuk juga, tidak nanti rugi datang jauh-jauh.


Memang pemandangannya cantik, dan kebersihannya terjaga, saya rasa musim autumn mungkin lebih menarik cumanya anda tak dapat melihat bunga tulip yang tumbuh dan berkembang segar dalam musim bunga saja.






























asyik-asyik berkepak


tapi tak terbang-terbang juga
















Bunga sakura putih dan merah hati























Tidak jauh dari tempat saya bergambar, terdapat banyak bunga-bunga tulip yang beraneka warna, memang cantik sekali, bila saya dekati dan pegang bunga tersebut , ingatkan bunga plastik rupanya tidak, memang bunga betul.



Kalau masyarakat Jepun yang tinggal di sini pun kagum dengan kecantikan bunga tulip, apatah lagi saya. 
















Yang paling seronok, mestilah kanak-kanak, saya syorkan kepada sesiapa yang ingin melancong ke Osaka, jangan lepaskan peluang ke Banpaku-kinen Koen, musim bunga memang cantik, saya pasti musim luruh juga menarik







click here : Osaka Park Banpakukinen Koen series 2