Friday, June 27, 2014

Japan- Nara Travel Series 2

 continue from Japan - Nara Travel Series 1













chewah...chewah










































Entrance to Isuen Garden


Gambar ini pula diambil selepas dah penat kami menerokai Isuen Garden,  walaupun kepenatan tapi kepuasaan menikmati keindahan alam ciptaan  Allah.












Ini pula garden bersebelahan Isuen Garden, maaf saya tak ingat namanya sebab tidak ada dalam itinerary saya, cuma ia bersebelahan dengan Isuen jadi saya ajak kawan explore garden ini. Menarik juga pemandangan di dalamnya . Di sini tidak dikenakan sebarang fee bagi pelancong luar cuma kami tidak dibenar menggunakan tripod bagi mengelakkan rumput di dalam garden ini rosak.































Terlebih dahulu saya mohon maaf banyak-banyak, saya ni kalau bergambar giler-giler sikit, tak erti sopan-sopan, sebab tu kalau saya minta tolong adik ambilkan gambar saya, dia asyik ketawakan saya..nak buat macamana dapat kakak macam ni , ye tak , semulajadi posing bertemakan alam semulajadi pulak tu..heheh





Cuaca pada hari ini sebenarnya sejuk tapi disebabkan nak tunjuk pakai baju bunga-bunga dalam musim bunga, kenalah bertahan sikit.




Saya dapat bayangkan garden ini mungkin lebih menarik pada musim autumn, dengan daunnya merah dan kuning, rumputnya yang menghijau. 





















 
Kalau berjalan dalam garden ini, tolong jangan pijak rumput-rumputnya ya..

 Membawa haluan masing-masing nampaknye...








Kalau bergambar tertib sangat dah tak tau nak bergaya, keras macam batu, macam gaya askar pun ada.


























Gambar ini saya ambil dalam perjalanan pulang ke Kintetsunara station , sebab ia lebih hampir  , kalau nak ke Nara , saya rasa lutut dah macam nak tercabut, kaki pun dah rasa macam tak pijak di bumi yang nyata sebab terlalu sakit. Kami singgah sekejap di 7 eleven...tu di sebelah kanan nampak sign 7 Eleven tak?  


Pemandangan sekitar Nara menuju ke station




Tak susah cari tempat ni, kalau anda menaiki keretapi ke Nara Station, ambil bus tak sampai 3 minit tapi kalau anda turun di Kintetsunara station, anda boleh berjalan kaki dan agak meletihkan juga sebab itu saya syorkan datang awal pagi , tak rugi masa anda. 






 salah sebuah keretapi yang menghubungkan Nara dan Kyoto 


Makan malam saya berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, kalau duduk lama kat sini mau balik tak dak pinggang.





Ini makan malam saya, strawberry, buah kiwi , kimchi dan nasi. Alhamdulillah.









Musim buah kiwi dan strawberry rupanya.....



Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di mana saja anda berada, mudah-mudahan puasa pada kali lebih baik dan jangan asyik fikirkan perlawanan bola sepak saja ye....sampai tak tidur malam. Adahlah lebih baik lakukan solat-solat dan banyakkan zikir bagi mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Esa. Jaga diri anda semua.