Looking for Halal food / restaurant in Osaka? I found one in Chibune Osaka. Ownernya seorang Pakistan dah lama menetap di sana, boleh berbahasa Inggeris dan Jepun, jangan bimbang kalau tak boleh berbahasa Jepun.
Curry nya memang sedap, kalau anda tidak suka pedas minta saja yang biasa , mesti cuba sekiranya anda ke Osaka. Harga 1 set ketika itu 980 yen, sekarang harganya dah berubah kerana pertambahan 5% tax kepada 8% tax.
Anda boleh minta curry ayam / vegetables
Mango Lassi
Nasi ini agak manis tapi menyelerakan, service istimewa yang diberikan oleh ownernya kepada kami ketika menikmati hidangan di sini.
Harga ini tidak termasuk tax 8%, bagaimanapun saya rasa berbaloi sebab pemiliknya memang berbaik hati menyediakan hidangan ini walaupun sebenarnya ketika kami sampai, restaurannya sudah ditutup.
Jom kita makan, rezeki Allah bagi ni.
Alhamdulillah, habis
Restaurannya taklah besar sangat, berdekatan pula dengan masjid, dah makan kenyang jom kita solat dulu sebelum meneruskan perjalanan balik. Biarlah perjalanan kita ini diberkati dan dilindungi Allah.
Masjid di seberang jalan saja, ditingkat bawah sekali, ada kedai menjual bahan-bahan mentah, dan bahan-bahan masakan halal oleh sepasang suami isteri dari indonesia yang menetap di Osaka ni.
Family akan datang minggu depan, alhamdulillah bolehlah bawa bersolat dan makan di Osaka Halal Restauran ini.
Ini tempat solat untuk wanita, yang sebelah kanan saya ada dinding yang memisahkan jemaah lelaki. Menurut pemilik restaurant tadi, adakalanya mereka terpaksa azan dan solat berjemaah agak lewat dari biasa kerana kebiasaan yang solat di sini tinggal agak jauh.
Dapat juga cari sampai jumpa masjid ni, alhamdulillah kita merancang Allah yang menentukan segalanya. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang saya rancangkan agak jauh dan banyak kali juga tersesat tapi kami berdua cuba untuk sampai ke hotel sebelum waktu solat habis. Terimakasih kepada seorang pelajar Indonesia yang menunjukkan arah ke sini, menurut beliau pada mulanya agak sukar untuk menjadikan bangunan ini sebagai masjid, tapi disebabkan ramai pelajar-pelajar mahupun mereka yang tinggal dan bekerja di sini ramai orang Islam terutama sekali warga Pakistan, maka akhirnya dapat juga kelulusan dari kerajaan Jepun. Saya rasa kalau ada di antara anda yang ada kesempatan ke sini apa salahnya anda sumbangkan Al Quran atau apa-apa saja bahan bacaan yang berunsurkan keagamaan.
Di antara barang-barang yang dijual di kedai makanan halal di tingkat 1 bangunan masjid. Dari rempah ratus sehingga ke bahan mentah boleh anda dapatkan di sini.
Petai, tempe, rempah kari ada dijual
Di antara barang-barang yang dijual di kedai makanan halal di tingkat 1 bangunan masjid. Dari rempah ratus sehingga ke bahan mentah boleh anda dapatkan di sini.
Ahh, brand Knorr pun ada kat sini....
Keluarga saya tiba seminggu kemudian, nasib baik saya dan kawan survey tempat ini awal, jadi mudahlah jadi tourist guide...konon!!. Yang pasti mereka akan bawa makanan berkodi-kodi seperti maggi, biscuit tiger dan macam-macam lagi.
Kalau anda amati betul-betul, anda akan nampak disebelah kirinya sign kedai 100 yen corner , yang terletak di tingkat 2 dalam station Chibune itu sendiri.
Kepada yang datang bercuti di Osaka, kalau berkesempatan datanglah ke Masjid di Chibune dan menjamu selera di Osaka Halal Restauran. memang sedap terutama sekali curry ayam dan sayur bagi mereka yang tidak makan daging.
Kelapa Parut
Untuk ke Mosque dan Osaka Halal Restaurant , sila lihat gambar di bawah.
Anda akan turun di Chibune Station, turun tangga dan ambil kanan
Kalau anda amati betul-betul, anda akan nampak disebelah kirinya sign kedai 100 yen corner , yang terletak di tingkat 2 dalam station Chibune itu sendiri.
Untuk ke Mosque, sila ambil jalan Chibuneohashi-dori ini
Anda akan dibawa meyeberangi jambatan , terus saja sehingga anda nampak bangunan di hadapan yang ada sign biru tu
Selepas menyeberangi jambatan, terus berjalan sehingga anda terjumpa trafic light, belok kanan dan terus sehingga jumpa T junction.
Ambil kanan selepas traffic light ini dan terus berjalan sampai T Junction , di hadapannya ada sebuah college dan di hadapan college sebelah kirinya masjid dan di sebelah kanannya Osaka Halal Restauran.
Ini college yang saya maksudkan, maaf terlupa pulak tanya nama penuh college tersebut
Gambar di bawah adalah perjalanan balik dari masjid ke Chibune station.
Ini pemandangan yang terdapat di bandar Chibune
Dah semakin hampir dengan Chibune station
Semasa kami mula sampai, memang susah juga mencari lokasi masjid, terpaksa bertanya dengan seorang peniaga kedai bunga, terimakasih kepada beliau yang prihatin. Kalau anda perhatikan betul-betul, kedai bunga tersebut dapat anda lihat dalam gambar di atas.