Thursday, June 5, 2014

Japan Arashiyama - Travel series 5



Yang gemar dan minat melukis, takkan melepaskan peluang yang datang 1 tahun sekali sekiranya ingin mengabadikan gambar bunga sakura

























































   
Sekirannya anda berminat menaiki sampan ini , bolehlah mencubanya






Atau menaiki beca / lanca, terlupa pulak bertanya apa nama pengangkutan ini. Kalau dah penat berjalan ke stesen keretapi, bolehlah balik dengan pengangkutan ini.










Kawasan ini agak luas dan terdapat banyak tempat-tempat menarik di sekitarnya yang belum sempat saya lawati, apapun sekiranya anda ke Kyoto, jangan lepaskan peluang ke Arashiyama, kalau boleh tu ambil masa 1 hari bermula awal pagi sebab kedudukannya juga agak jauh dari Kyoto.







Bangunan-bangunan di sekitanya juga unik dan berbentuk tradisional.






























































































Dari jauh saya dah nampak sikecil ini berlari, jadi saya get ready dengan kamera, zoom in. Kalau orang tua macam saya..eh taklah tua sangat kan...suka suasana musim bunga ini, apatah lagi sikecil ni








Gambar-gambar ini saya ambil semasa perjalanan balik ke stesen, kawasan sekitarnya nampak tenang dan damai sekali, mungkin lain kali boleh tinggal 2 hari kat sini. Kalau dapat ryokan yang ada shower dan bilik air baguslah, kalau nak yang murah tanpa bilik air tapi tulah walaupun dah biasa tinggal di Tokyo dulu saya masih tak biasa masuk public bath.














Agaknya sedang fikir apa nak makan


Yang menariknya pokok bunga sakura ditanam di sepanjang jalan, sehinggakan saya terpesona dengan keindahannya...memang cantik. TOTEMO KIREI DESU




Berhenti rehat sekejap di hadapan stesen keretapi, makan tuna sandwich dulu sebelum meneruskan perjalanan balik.



Dah sampai pun kami, kena cari makanan untuk makan malam pulak. 7 eleven pun ada tapi tak banyak , anda boleh ke LAWSON , kedai ini macam 7 eleven juga.






Tsukemono ni dibuat dari lobak putih, timun dan terung dan paling saya suka, kalau makan dengan nasi emmm memang sedap, kalau anda suka jeruk macam jeruk maman tu, cubalah ye.
 

Rupa-rupanya musim ICHIGO ( strawberry dan kiwi fruit ), rugi tak beli, fresh dan manis, cuma ada sekali tu terbeli yang masih muda agak masam sikit.



Selepas makan, mandi dan solat kami ambil kesempatan keluar untuk ambil gambar malam pulak sebab hotel Naniwa ni berdekatan dengan Dotonbori, malamnya memang happening dengan lampu-lampu Neonnya , ramai pelancong  terutamanya dari Cina, Thailand yang shopping kat sini.  Bagi yang gemar makan di sini memang banyak kedai makan dan tempat shopping tapi saya lebih selesa shopping di Tenjimbashi-suji 6 Chome tak jauh juga dari sini, cumanya kena naik keretapi. Dotonbori ini agak sesak dengan orang, Hotel Naniwa ni memang best dekat dengan stesen dan tempat shopping. Highly recommended hotel sebab harganya juga taklah mahal ketika itu lah. 












Agak menarik hotel ni, mungkin ada keistimewaan disebalik ukiran yang dibuat. Dotonbori Hotel




Berdekatan dengan Dotonbori terdapat Namba HIPS - entertainment center, maaf saya tak sempat nak masuk sebab dah malam, tiap hari dah ada plan so kena ikut itinerary yang dah dirancang sebelum ini.


Namba HIPS - entertainment center