Saturday, April 7, 2012

Kemana Kita Hari Ini??

Selepas penat bershopping di Padang Besar , kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan , teringin pulak nak makan jagung.





Rancangan seterusnya hariini nak main bowling di C-Mart Changloon. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 1.15 t.hari, cari surau dulu , lepas solat zohor baru boleh main puas-puas. Pertama kali main kat sini, kalau tak silap cuma ada 13 lane, manually control. Kami cuma main 1 game sebab sudah ada perancangan lain, nak mandi kolam tapi apakan daya kolam renang sudah ada orang yang booking jadi kami singgah makan laksa  berhadapan dengan Politeknik Syed Sirajuddin sebelum pulang.




Laksa special RM2.50 sepinggan 





Pada  sebelah malamnya pula  , saya mengerah tenaga kerja sepupu untuk keluar mengambil gambar pemandangan waktu  malam. Lokasi yang terlibat ialah Pauh, Kangar dan Kuala Perlis. Selesai solat Ishak kami pun bertolak....

pintu Masuk UNIMAP 




Dewan Undangan Negeri Perlis






Masjid terapung Kuala Perlis yang diberi nama Masjid al-Hussain, berupaya menampung 1000 jemaah, hanya 3 minit dari terminal feri Kuala Perlis. Dilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh seorang jutawan, Ariffin.





Pemandangan di tepi pantai Kuala Perlis