|
Perjalanan Ke Padang Besar melalui Ladang Tebu Terbesar di Perlis. |
Sudah lama tak keluar bersantai, cuaca pun kelihatannya cerah sekali, apa kata ikut kami ke Padang Besar. Perjalanan ke Padang Besar dari rumah kawan saya di Pauh lebih kurang 30 minit , itupun kalau dia yang bawa kalau saya yang bawa munkin mengambil masa 45 minit hingga 1 jam. Ingat tu kawan kelajuan boleh membawa padah!!. Anda boleh memilih untuk ke Padang Besar melalui beberapa jalan ,hari ini saya bawa anda melalui kawasan Ladang Tebu di Perlis, tapi maafkan saya tebunya sudahpun ditebang cuma anda dapat menikmati keindahan kawasan tersebut dari jauh yang menghijau dan cantik sekali
|
Penunggu Setia |
|
oh I wish I could fly |
|
KoTeow Kung Fu |
|
Ko Teow Sup |
|
|
akhirnya lebih kurang jam 10.30 , kami tiba di Padang Besar. Perut pun dah lapar sebab dari pagi tak sarapan semata-mata ingin menikmati Ko Teow Sup Padang Besar, sekiranya anda ke sana, jangan tak cuba, menyesal tak sudah dan bila dah makan kemunkinan bulan depan datang lagi. Kawan saya pesan KoTeow Kung Fu, dia memang suka cuba macam-macam , nasib baik tak ada yang buat Koteow Superman. 2 pinggan Ko Teow dengan teh tarik dan air kelapa berharga RM14.50. Agenda seterusnya lepas makan ialah shopping , sini macam-macam ada cuma kena pandai pilih, pandai tawar menawar , yang penting bijak mengurus kocek anda supaya tidak kering kontang sebelum pulang. Tapi terfikir juga ya, dari jauh datang tak beli, bila lagikan. Nanti terbawa-bawa dalam mimpi, sepanjang jalan menyesal tak sudah-sudah , kawan beli , kita tak beli. Bijaklah berbelanja ye. Tunggu apa lagi jom kita jalan-jalan sebentar di Padang Besar,,emmm ..lihat apa yang ada sambil kira duit dalam kocek, cukup ke ni???Kalau tak cukup, minta mak, kalau isteri minta pada abang, jadi saya nasihatkan si abang jangan ikut si isteri, bawalah diri anda sendiri, takut juga naik bas atau kereta nanti penuh barang mereka jer..ye tak??
|
Colourful handbags |
Kalau yang meminati brooch, gelang tangan beraneka bentuk , yang gantung, bentuk love, bentuk bunga, pendek kata siap duit saja, kalau rasa susah nak datang , saya boleh uruskan, harga boleh dirundingkan.