Thursday, January 15, 2015

TOFUKUJI TEMPLE





One of the best place that I have been so far...and I fell in LOVE..
Salah satu tempat yang saya rasa paling cantik pernah saya lawati, walaupun keseluruhan daunnya belum cukup merah, tapi betul-betul menakjubkan. 


Di Malaysia pun ada tempat-tempat yang menarik dan InsyaAllah saya akan abadikan dalam blog ini. 


Tofukuji Temple 





Sementara menunggu gate untuk masuk ke Tofukuji dibuka pada pukul 8.30 pagi. Saya meninjau-ninjau kawasan di sekeliling temple untuk mendapatkan angle yang menarik.








Bila gate dah dibuka saya bergegas masuk dan beratur dikaunter untuk mendapatkan tiket. Kalau tak salah saya harga tiket berjumlah 400 yen.





















































Beginilah situasinya jika anda lewat, pengunjung terlalu ramai, bersesak-sesak dan berebut-berebut untuk mendapatkan angle yang terbaik dengan berlatarbelakangkan daun merah.














































Kena cepat-cepat ambik gambar ni sebelum ramai orang, kebanyakkan pengunjung yang datang terdiri dari orang Jepun, China dan satu-satunya yang bertudung saya sorang je ketika ini...hemmm 



























































Di dalam Tofukuji Temple ni pulak terdapat sub temple yang anda boleh masuk dengan berbayar tapi tak ingat pulak berapa harga tiketnya. 

















Kalau dah bersusah payah datang sampai sesat-sesat, apasalahnya bayar sikit dan anda takkkan merasa menyesal. Jepun dah memang terkenal dengan garden dan park yang menarik , mungkin boleh dijadikan contoh untuk merekabentuk halaman rumah anda bagi yang berminat. 



Kalau nak buat kat rumah saya, seperti mimpi di siang hari , halaman rumah sebesar kangkang kera je.







Bila dah kelam kabut mengambil gambar bagi mengelakkan orang bersesak-sesak nanti tak dapatlah saya merasai nikmat menghirup udara segar di sini. Tapi tak mengapa...cuacanya agak sejuk hariini, mungkin saya akan datang lagi.




















Pengunjung dah berpusu-pusu tuu...

Tadi saya berada di atas sana, tapi saya cepat-cepat turun ke bawah untuk mencari angle yang sesuai bagi saya abadikan dalam kamera. Bila saya masukkan gambar-gambar ini dalam blog baru saya betul-betul dapat merasai betapa indahnya ciptaan Allah Yang Maha Esa





Yang bagusnya walaupun ramai, masing-masing sabar menunggu giliran untuk mendapatkan sudut-sudut atau lokasi yang sesuai untuk dirakam dalam video maupun kamera.








Tak boleh lama-lama kat sini, nanti tak sempat solat, sebab tu lepas solat subuh saya terus keluar dari hotel. Cumanya anda perlu tahu pukul berapa train beroperasi. Kalau tak salah saya pukul 6.00 pagi ( ikut tempat ) , kalau di Malaysia pukul 5.00 pagi, saya bergegas keluar. Bukan apa, pertamanya kalau sesat anda dah rugi masa kat situ, Keduanya pukul 7 lebih train dah penuh dengan orang-orang yang keluar untuk bekerja, perjalanan dari satu tempat ke satu ada yang jauh sampai memakan masa 45 minit atau lebih, dan anda terpaksa tukar train pulak. Dari satu platform untuk ke platform lain pun agak jauh, lepas tu sesat plak. Pernah beberapa kali saya asyik megelilingi kawasan yang sama sampai kaki cramped. Kalau anda suka fotografi seperti saya, bolehlah anda buat itinerary sendiri tak perlu pergi dengan travel agent. Sekiranya anda ingin membawa keluarga bersama saya syorkan anda pergi dengan travel agent.