Thursday, January 15, 2015

KYOTO BOTANICAL GARDEN



Sebelum ke Osaka maupun Kyoto saya banyak melayari internet untuk mendapatkan info-info mengenai tempat-tempat menarik di sana, kemudian saya akan cari di google map untuk mengetahui kedudukan, jarak dari satu tempat ke satu tempat, perkidmatan keretapi yang mana satu sebabnya anda mungkin perlu menaiki lebih dari satu pengangkutan, begitu juga dengan masa serta kos tambang keretapi/subway ataupun bus samada ianya berdekatan dengan tempat menginap.


Kyoto Botanical Garden ini merupakan satu tempat yang bagi saya agak menarik dan cantik cumanya masih di dalam pembaikan ketika saya berada di sana. Sekiranya anda suka berjalan di dalam taman yang dipenuhi bunga, pokok-pokok, mungkin ini boleh dimasukkan di dalam itinerary lawatan anda.











Bila tengok pokok cili yang berbuah lebat tu..timbul pulak satu perasaan emmm...nak ambik makan dengan nasi. Dah beberapa hari tak merasa makanan pedas, nak ambik ke tak?? Akhirnya saya ambik jugak tapi gambarnya bukan buahnya. Mencuri tak baikkan..

















Saya rasa taman ini akan lebih menarik waktu spring dengan bunga sakura. Akan saya masukkan dalam itinerary saya ...insyaAllah














Patung Naga pun ada...yang lain tu tak pasti lah pulak





Bila melihat taman ini , mulalah saya bayangkan taman ini di rumah saya... lepas balik kerja...bancuh kopi seteko, goreng pisang panas..duduk goyang-goyang kaki sambil menyanyi depan taman ni ye tak. 





Kawasan tasik ini memang cantik tapi cuaca pada hari itu sekejap-kejap mendung terpaksalah saya tunggu matahari bersinar baru cun ambik gambar. Terdapat beberapa orang jurugambar dengan kamera yang lebih besar dan peralatan kamera 1 beg besar. Lensa yang dibawa rasanya 2 kali lebih besar dari kamera saya. Rasa macam kecik pulak kamera Nikon DSLR 3100 saya ni. 








Pengunjung tak begitu ramai mungkin kerana masih awal pagi. Jadi bolehlah saya mencari sudut-sudut yang sesuai sebelum dipenuhi orang nanti.

















Buat ape tu Si Burung...?











Kalau ikutkan hati saya nak duduk kat pondok tu, sambil makan cucur kodok..ehhh mana ada cucur kodok kat Jepun..makan snack ke...duduk mengalamun menulis puisi cinta ka..macamlah pandai ye tak


Saya rasa kawasan ini sesuai untuk mereka yang sukakan ketenangan atau yang suka melukis keindahan taman, atau pun menulis buku ke , sajak ka, cerpen ke....kalau bukan tujuan saya ke sini mengambil gambar, sudah pasti saya akan menulis sajak atau cerpen berunsurkan alam semulajadi. 
















































































Rupa macam sikat rambut









































I Love you Too!!