Selepas ke Todaiji Temple, saya meneruskan perjalanan ke arah Kiyomizudera Temple melalui Ninenzaka dan sannnenzaka area.
Saya berada di Todaiji Temple seawal 7.30 pagi, masih belum ramai pengunjung yang datang, jadi sempatlah saya mengambil gambar di sekitar Todaiji Temple.
Todaiji Temple mula dibuka pada pukul 8.30 (kalau tak silap saya), selepas lebih kurang 2 jam saya mengambil gambar, saya menerusklan perjalanan ke Kiyomizudera yang tidak jauh dari situ.
Untuk ke Kiyomizudera, saya melalui jalan kecil yang dipanggil Ninenzaka dan Sannnenzaka. Yang menariknya kat kawasan ni banyak kediaman yang unik dan berbentuk tradisional. Banyak gerai makan dan kedai menjual omiyage ( gift shops)
Totemo Kawai ne!!
Oleh kerana pegunjung terlalu ramai saya megambil keputusan untuk tidak ke puncak Kiyomizudera Temple. Kawasan di sekitarnya pun dah cukup cantik dan menarik untuk saya abadikan dalam kamera saya.
Kedai makan ni cukup menarik diterangi pulak dengan cahaya matahari yang memancar ke arah daun-daun yang berwarna kuning dan merah menjadikannya begitu cantik.
Kalaulah makanannya halal, saya dah membayangkan saya duduk di sini sambil makan udon atau soba.
Semasa berada di sini saya ditegur oleh 2 orang anak muda Jepun yang sedang membuat kajian mengenai kepercayaan terhadap agama. Mereka menanyakan saya beberapa soalan tentang agama Islam. Lepas tu saya minta tolong mereka ambil gambar saya sebab nak guna tripod orang dah terlalu ramai.
Terpandang pulak burung ni....sedang berehat.