Wednesday, March 20, 2013

POPIA GORENG

Assalamualaikum semua,

Petang nanti teringin pulak nak makan popia goreng rangup dengan sambal pedas manis. Dah meleleh air liur bila terbayangkan saja popia goreng. Kalau popia goreng ni sepupu saya cukup pandai, air tangan menjadi kata orang tua!! Tengoklah di bawah ni......





 POPIA GORENG dengan SAMBAL PEDAS MANIS

Bahan-bahannya :

Untuk Inti

1 biji buah sengkuang  (diparut)
3 biji carot (diparut)
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 bungkus kulit popia ( brand ikut suka )
sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Anda juga boleh tambah taugeh atau udang untuk bahan inti. Oleh kerana saya alahan pada udang dan taugeh pula tak boleh simpan lama bila dijadikan inti jadi inti di atas pun dah kira ok. 

CARA MEMBUATNYA :

Tuangkan sedikit minyak didalam kuali.
Tumis bawang merah dan putih sehingga kuning
Masukkan bahan yang telah diparut tadi bersama sedikit serbuk kunyit
Masukkan garam dan gula secukp rasa
Kacau sekejap dan tutup api jangan terlalu lama di atas api takut layu, nanti dah tak rangup.
Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk
Masukkan inti yang telah sejuk ke dalam kulit popia dan goreng
Jangan lupa setelah masukkan inti gunakan sedikit air untuk mencantumkan hujung kulit popia.

Untuk Bahan sos pedas manis

5 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
Sedikit asam jawa
Gula melaka secukup rasa
sedikit garam

Tumis semua bahan sehingga masak dan pekat.

Anda juga boleh buat sos cili bawang putih bagi yang gemarkan bawang putih

caranya mudah saja :

2 biji cili besar (ditumbuk)
3 biji cili padi (ditumbuk )
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa


SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA