Dah lama tak update blog sebab terlalu sibuk dan mungkin juga pura-pura atau sengaja cari sibuk. Walau apapun saya doakan semoga semua yang membaca blog ini sihat serta dilindungi Allah. Hari ini saya nak kongsi resepi masakan solok lada kegemaran saya. Saya pun dah lupa mana saya ambil resepi ini tapi dah beberapa kali saya cuba dan diubahsuai untuk citarasa sendiri.
SOLOK LADA ala UTARA
Bahan-bahannya :-
Cili hijau
Kelapa parut ( agak2lah ya banyak mana nak buat )
Santan
1 sudu teh Lada Hitam
1 Ulas Bawang Besar
1 Biji Telur
Garam
Gula
CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan cili hijau, belah di tengah untuk membuang bijinya
2. Tumbuk kelapa parut dengan bawang besar
3. Campurkan lada hitam dan tumbuk
4. Masukkan isi ikan rebus ( kalau suka )
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Selepas semuanya ditumbuk, masukkan dalam bekas dan gaul bersama telur sehingga sebati
7. Sumbatkan semua bahan ke dalam cili hijau dan tekan hingga padat
8. Masukkan santan sehingga melepasi paras cili dan rebus hingga cili agak empuk.
9. Keluarkan dan hidang untuk santapan seisi keluarga
Perhatian :-
a)Kalau anda mahu boleh juga masukkan isi Ikan kembong / ikan tongkol (mambu) yang telah direbus dan digaul bersama kelapa parut.
b) Lada hitam tu kalau nak pedas boleh tambah lagi.
Celoteh :
Nampak saja senang, tapi adoi berpeluh-peluh jugak untuk meyiapkan hidangan di atas. Tak sampai 5 minit dihidangkan , habis licin , berbaloi jugak.
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA