sexy Enchanteur
sexy Enchanteur
Enchanteur adalah generasi ke 3 daripada 3 adik beradik, 2 hilang entah ke mana, manakala generasi 1 dan ke 2 hidup mereka tak lama.Dalam banyak-banyak kucing dia telah memecah tradisi bebas masuk sesuka hati dalam rumah dan dalam bilik cousin saya. Nak tau sebabnya...ok...enchanteur tak kencing dan buang najis dalam rumah dan kalau di luar rumah pun , dia akan pastikan jauh dari rumah...jadi taklah berbau busuk. Bukan saja mempunyai lirikan matanya yang cantik dan sexy..hohoh malah manja dan photogenic ..ada juga kucing photogenic ingatkan orang je!!!mata yang memikat kalbu dan tak hairan dlam sekelip mata dah megandung sekarang!! Nak dapat ahli keluarga barulah kami...sekarang pun dah ada ....5 ekor . Bukan setakat manusia saja kalau dapat anak rezeki bertambah, macam tulah dengan kucing...alamat kena kerja lebih sikitlah tuannya. Semua nama kucing of course sepupu saya yang berikan, macam nama perfume. Generasi ke 3 dapat 3 ekor dan dinamakan JJ,JiJi and JoJo@Jo Black. Kejap lagi kita berkenalan dengan J,Ji dan Jo.
My sexy legs and sexy eyes wink! wink!
Meet JOJO @ Jo Black
Agak pendiam mungkin kerana dia merasakan dia hitam dan tak cantik seperti saudara-saudaranya yang lain. Bagaimanapun Jo mempunyai bulu yang sangat lembut dan halus.
Meet Jay Jay
Periang, nakal suka menggigit, masa kecil dulu takut sangat pada kami, tapi sekarang tidak lagi. Mungkin kami pula yang takut sebab dia suka mengigit, pantang diajak bermain. J mempunyai bulu yang agak cantik dan berekor panjang.
POTRAIT OF JJ
Yang depan tu J dan yang belakang sekali JiJi, mula-mula tu sukar membezakan mana satu J dan Ji. Apa yang menarik mereka suka memanjat pokok dan tak berani masuk rumah seperti Enchanteur dan si Ibu juga tak dibenarkan masuk ke rumah dan beliau terpaksa akur heheh( sekejap lagi kita berkenalan dengannya ) Taktau apa ilmu yang Enchanteur pakai, dia satu-satunya boleh tidur dalam rumah tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil kheh heheh
Hitam itu rupawan dan hitam juga menawan
Walaupun rupaku hitam tapi mataku bulat dan cantik berbanding dengan saudara-saudaraku, yelah Jo
Let us meet AChinta their mother, i have tried so hard to take pictures of her from different angle . i guess she is not photogenic , tapi apapun achinta ibu yang penyayang dan mengambil berat anak-anaknya.
sori achinta, rasanya ini shot yang terbaik yang dapat saya ambil, yang lain semuanya nampak bengis and scarry but you are an amazing mom.
Enchanteur dan adiknya, JJ
Saya rasa meluangkan masa bermain dengan binatang peliharaan merupakan salah satu terapi yang baik untuk mengurangkan stress setelah penat bekerja. Nampak gayanya achinta pun stress dengan saya, dari tadi saya asyik ikut dia dengan kamera nak dapatkan gambar yang terbaik. Mungkin anak dia mirip ayahnya